Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM KEMBALI LAGI DENGAN BUFET RAMADAN BERTEMAKAN CITA RASA MUHIBBAH

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), satu lokasi yang sinonim dan popular dengan majlis bufet ramadan kembali lag dengan tradisi bufet Ramadan bertemakan "Cita Rasa Muhibbah" bermula 25 Mac sehingga 19 April 2023.

Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional hasil daripada pencampuran budaya pelbagai kaum etnik yang telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan situasi masyarakat yang majmuk di Malaysia - SACC memilih "Cita Rasa Muhibbah" sebagai tema untuk menu bufet ramadan kali ini, ujar Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohd Yusof bin Mahmud. 


 

Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama-sama kumpulan Chef SACC menyajikan komplikasi hidangan tradisi setiap kaum dan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC. Setiap kali, Ramadan juga sudah menjadi kelaziman bagi SACC untuk menyediakan hidangan utama iaitu Kambing Kebuli yang sering menjadi tumpuan pengunjung. 





Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa seperti ayam bakar bersantan, kambing varuval, ikan sitm ala nyonya, daging bakar masak lemak, udanga goreng telur asin dan sebagainya. 



Tambahan lagi, SACC turut menyediakan gerai makanan yang menyajikan Mee Kari Nyonya, Apam Lenggang, Gerai Mamak, Aneka Goreng-goreng, Sup Periuk dan banyak lagi. 

Dengan hanya RM98+ untuk dewasa dan RM58+ (untuk kanak2 7 sehingga 12 tahun) amat berbaloi dengan pakej yang ditawarkan. Sementara itu, kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah akan dijamu secara percuma. 

Bagi mereka yang merancang untuk berbuka puasa bersama rakan niaga atau kaum keluarga, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan penjimatan melalui promosi istimewa yang ini berlangsung di laman sesawan SACC www.sacc.com.my/ramadan-buffet dengan hanya RM78+ bagi promosi pembukaan 6 hari awal dan RM88+ bagi promosi pembelian awal Bufet Ramadan SACC 2023. 

Menyedari unjuran agam islam untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadan, SACC mengambil satu lagi inisiatif mulia untuk berkerjasama dengan pihak MyFundAction dalam membantu  mengumpul dana untuk penambahbaikan Program Pendidikan Kanak-kanak B40 di Selangor. Program CSR ini memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk "Berbuka Sambil Beramal". Mekanisma yang digunakan adalah melalui setiap baucar pembelian awal Bufet Rawasan yang dijual dengan harga RM88+, RM1 akan disaluarkan bersama-sama dengan sumbangan lain kepada program yang telah diamanahkan oleh MyFundAction ini. 

Sementara ini, bagi pelanggan korporat, Pakej Korporat ditawarkan dengan harga bermula daripada RM98+ lengkap dengan pengunaan ruang dewan, seleksi menu, system audio and visual - khas untuk tetamu anda. Untuk pakej ini, anda boleh menghubungi SACC dan berbincang dengan pegawai jualan untuk memastikan sambutan Ramadan anda berjalan lancar. 

Jika anda ingin membuat tempahan awal, korang boleh hubungi SACC di talian 09-55118858. Pastikan korang mengikuti pengumuman SACC di laman facebook dan IG mereka okay. 

www.instagram.com/shahalamconventioncentr

wwww.facebook.com/SACCOfficialnew


 

PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM KEMBALI LAGI DENGAN BUFET RAMADAN BERTEMAKAN CITA RASA MUHIBBAH

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you