Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SONGKOK MALAYA DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

 Assalammualaikum korang...

Pertama kali kolin ke butik songkok! Sebelum ini memang tak pernah terfikir untuk songkok ni ada butik tersendiri. Kalau tudung, baju tu biasa dah. Ini lah kelainan SONGKOK MALAYA yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ini. 

Minggu lepas kolin ke Songkok Malaya, memandangkan anak lelaki kolin bakal naik sekolah semula. Songkok yang ada pun dah buruk juga. Jangan ingat raya sahaja kena cari songkok, ada juga sekolah sekarang yang mewajibkan pemakaian songkok macam sekolah anak lelaki kolin. Disebabkan nak cari yang kualiti dan tahan lama, kawan-kawan suruh ke Songkok Malaya. 

 

Perfectly fit! Memang elok sangat, paling kolin suka kat sini semua saiz songkok ada. Dari orang tua sampai ke baby. Dan kalau yang nak beli tengkolok pun ada!! Datang sini sahaja untuk semua saiz, kan senang.
 


punyalah comel budak tak sampai setahun pakai songkok! Harga jangan risau sangat berpatutan. Songkok Malaya harga bermula dari RM50 sehingga lah ke RM400 yang lebih premium. Kena tengok lah apa songkok yang korang inginkan. 

Kalau nak songkok yang boleh dibasuh pun ada ya. So jangan ingat songkok macam dulu-dulu. Sekarang dah ada inovasi yang songkok boleh dibasuh!!


Telah memenangi beberapa anugerah membuktikan produk ini mempunyai kualiti dan nilai tersendiri. Buat korang yang nak hadiahkan abah, suami, adik beradik atau sesiapa sahaja boleh lah pertimbangkan hadiah songkok atau tengkolok. 

Selain dari songkok, ada juga brooch, butang baju melayu dan sampin songket untuk dipilih. Segala dikemaskan rapi dalam kotak.



Kalau nak bagi hadiah atau cenderamata memang elok. Segala nampak eksklusif dan mewah. Harga pula mampu milik. 

Buat kita orang perempuan yang menunggu kaum adam cuba songkok tu, boleh juga cuci mata dengan beberapa koleksi yang ada. 

Antaranya koleksi Rizman Ruzaini juga ada dijual di Butik Songkok Malaya. Ada baju kurung, kurta dan juga beg tangan wanita. 


Satu lagi koleksi dari AHR Exclusive pun ada untuk kita kaum hawa kalau teman suami shopping songkok kat sini. 



Pendek kata, kalau kita suami isteri datang ada yang kita boleh shopping sama-sama. 

Ini antara yang menarik mengenai Songkok Malaya:


Bergaya kan bila mengenakan Songkok Malaya.



Kolin dah pun beli untuk anak kolin songkok yang memang terbaik. Pakai untuk naik sekolah dulu, nanti akan datang semula beli untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Jom korang bawak suami dan anak-anak beli sini. Berbaloi tau, sebab semua dalam kotak, dalam paper bag dan setiap pembelian dapat roller dust tu percuma.

BERGAMBAR BERSAMA FOUNDER SONGKOK MALAYA EN. HAFZAN

Terima kasih Songkok Malaya atas layanan yang cukup ramah dan mesra. Pergilah korang, confirm puas hati!


SONGKOK MALAYA DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM




1 comment:

  1. Bagusnya ada kedai khusus macam ni. Mudah kerja satu tempat je. Songkok dia pun berkualiti nampaknya

    ReplyDelete

loving me..loving you