Assalammualaikum korang.
Minggu lepas balik kerja dah lewat sangat. Memang dah kelaparan lah, kolin pun suruh semua siap-siap keluar makan aje lah. Maklumlah nak memasak lagi memang tak mampu, penat laa mengadap sesak jalan raya hari-hari.
Ini pertama kali kolin makan di KAK SITI CAFE. Ianya terletak di dalam Taman Mastiara, Batu 5 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Deretan kedai makan kat sini banyak. Antara yang popular ialah Kerabu Kaki Ayam. So buat lah pilihan, cuma kolin ke kedai yang itu, servis lambat betul. So pergilah kedai sebelah-sebelah. Tak kurang juga sedap hidangan mereka.
SET TALAM RM50
Kak Siti Cafe ini kolin nak berkongsi sebab rasanya macam murah dan sedap! Boleh datang bawa anak-anak kalau nak bajet.
Set talam RM50 ini kalau korang datang berdua nak dating atau bawa anak kecil memang baloi. Siap ada spaghetti, nugget, hotdog, lamb, beef dan juga chicken. Paling istimewa ada siap sos limau yang warna kuning tu. Untuk bebudak mesti suka juga makan kentang goreng atau fries tu kan. Itu yang kolin rasakan set talam RM50 ini sesuai sangat kalau nak berbelanja sekeluarga bila dapat gaji.
Bagus lah kalau ada kedai yang mampu menghidangkan makanan mampu dan berbaloi macam ini.
Kalau korang kebetulan ada di kawasan KL, Jalan Ipoh boleh lah try makan kat sini. Tak silap kolin ada juga promosi untuk berbuka kat sini.
Korang boleh call, atau pergi ke sosmed mereka untuk melihat promosi berbuka nanti.
Anak-anak suka juga makan kat sini. Lain kali boleh lah repeat kan.
Semoga KAK SITI CAFE terus maju dan menghidangkan makanan yang sedap-sedap kepada semua lapisan masyarakat. Ni review ikhlas ya, kalau korang nak cuba set talam RM50 tu datang okay.
KAK SITI CAFE DI TAMAN MASTIARA, KL
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you