Dengan pelonggaran sekatan perjalanan dan banyak negara telah membuka semula sempadan mereka bagi mengalu-alukan pengembara, aktiviti pelancongan kini menjadi semakin rancak hingga ramai yang tidak sabar untuk memulakan percutian mereka. Bagi meraikannya, Tic Tac Malaysia mahu terus memastikan rakyat Malaysia kekal segar dan positif menerusi kempen “Rays of Positivity” anjurannya sambil memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah percutian, telefon baharu atau berbelanja sakan di Shopee.
Mulai hari ini hingga 25 April, para peserta boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Rays of Positivity’ Tic Tac dengan hanya beberapa langkah mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah seperti baucar perjalanan berjumlah RM10,000 yang menjadi rebutan daripada Trip.com yang boleh digunakan untuk menempah tiket penerbangan, hotel dan banyak lagi. Para peserta turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah mingguan menarik seperti Samsung Z Flip 4 (bernilai RM4,099) dan 25 baucar Shopee yang bernilai RM100 setiap satu. 209 pemenang bakal diumumkan menerusi kempen ini yang berlangsung selama 8 minggu.
Untuk mengambil bahagian, para pengguna hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah berikut:
Langkah 1: Beli mana-mana pek “imbas & nikmati” edisi terhad Tic Tac bagi mendapatkan kod unik
Langkah 2: Hantarkan penyertaan anda di tictac.com/my (Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan dalam tempoh 8 minggu)
Langkah 3: Rebut peluang untuk memenangi hadiah utama dan hadiah mingguan
Di sepanjang tempoh pertandingan selama 8 minggu, para pengguna juga boleh menikmati kandungan yang menyegarkan dan boleh dikongsi bersama setiap hari yang dihasilkan secara eksklusif oleh Tic Tac untuk semua. Dengan mengunjungi tictac.com/my, para pengunjung boleh melayari pelbagai kategori kandungan menarik seperti muzik, cerita, dan permainan. Mereka yang menggemari lagu rancak boleh mendengar, menikmati, dan berkongsi lagu-lagu hit yang disusun oleh Tic Tac melalui Spotify di bawah kategori muzik. Untuk mereka yang gemar berkongsi fakta-fakta menarik dan pelik bagi menceriakan hari seseorang boleh melayari kategori cerita, manakala mereka yang ingin berehat sebentar sambil menikmati Tic Tac boleh bermain permainan yang pantas, menyeronokkan, dan ringkas.
Ketua Jenama Tic Tac Asia Tenggara, Diane Gan berkata, “Memandangkan dunia sedang kembali pulih dan beransur normal, keinginan untuk melancong menjadi semakin kuat dan melonjak, berserta dengan keperluan untuk merasai pengalaman yang hebat dan bermakna. Tic Tac sentiasa menyasar untuk menjadi teman yang menyegarkan dan membakar semangat yang sentiasa berusaha menyemarakkan positiviti. Menerusi kempen ‘Rays of Positivity’, kami memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi percutian yang mereka idamkan agar mereka dapat menerokai dan mencipta kenangan dan pengalaman baharu bersama-sama dengan orang yang tersayang.”
Bagi menyemarakkan lagi positiviti, Tic Tac Malaysia telah melancarkan pek edisi terhad baharu dan menyegarkan yang menampilkan karakter ikoniknya, Tic dan Tac yang gembira bersama-sama sebagai sebahagian daripada kempen ‘Rays of Positivity’ ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Rays of Positivity’ Tic Tac, sila kunjungi www.tictac.com/my atau https://www.facebook.com/tictacmalaysia/
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you