Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BUFFET RAMADAN 2023 - SELERA NUSANTARA DI DEWAN BANKUET MBSA SHAH ALAM

 

Raikan kedatangan bulan mulia dengan menikmati Buffet Ramadhan 2023- ‘SELERA NUSANTARA’ yang  ditampilkan oleh Dewan Bankuet MBSA pada kali ini.

 

Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadhan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian. 


Para tetamu yang menikmati Buffet Ramadhan 2023 di Dewan Bankuet MBSA ini akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 6 gerai, pilihan makanan tempatan yang cukup enak.






 

Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.



 

Lauk pauk tradisonal Melayu seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.



Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.

 


Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.


Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

 

Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.

Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

 


Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.


 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com

Tiktok: www.tiktok.com/nusantaracatering.event

FB: www.facebook.com/Nusantaracatering.event

IG: www.instagram.com/nusantaracatering.event.

 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you