Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KENALI JENIS KAKI ANDA BERSAMA PAKAR DI SUNFEET INTERNATIONAL

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

Buat korang yang tak pernah dengar SUNFEET INTERNATIONAL, ianya adalah pakar Orthotic & Prosthetic bagi yang mengalami masalah kesihatan berpunca dari kaki. Sudah berada di Malaysia lebih kurang 40 tahun dan mempunyai kepakaran dari UK dan USA Certified since 1978. Pusat Rehab ini terletak di Petaling Jaya dan telah berjaya membantu ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan kaki. Memperkenalkan kepada korang Dato' Dr. Edmund Lee, pakar di SUNFEET INTERNATIONAL.

      

Sekiranya korang mengalami flat feet, foot pain (sakit kaki), knee pain (sakit lutut) atau back pain (sakit belakang) yang lama dan tak baik-baik selepas makan ubat dan berjumpa doktor, kolin sarankan datang ke:

SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE

Buka Isnin ke Jumaat 10.00am - 5.30pm
Ground Floor, Wisma Daju 5
No. 21 Jalan Barat
46200 Petaling Jaya, Selangor
(bersebelah Wisma Thriffy, bertentangan dengan PJ Hilton Hotel) 

Call: 0135283939/0139122839
 
 
KENALI KAKI ANDA DI SUNFEET INTERNATIONAL
Minggu lepas kolin berkesempatan hadir sama di sesi perkongsian mengenai kesihatan kaki. Mula-mula kami semua buat pemeriksaan mengunakan mesin khas yang ada di sini. Macam korang tengok kat banner tu, ada pelbagai jenis kaki. Ada flat feet, neutral foot, high arch dan lain-lain. 

Agak penting pada kolin bagi kita semua mengetahui jenis kaki kita. Di Sunfeet mereka dapat membantu kita. 



Selepas itu, kami semua diberikan penerangan apa yang kita semua perlu tahu mengenai kaki sendiri. 

 
Bila Dr. Edmund terangkan, barulah masa itu tahu yang kolin ada masalah pada tumit kaki (high arch) dan kalau tak dirawat dari awal mungkin lama kelamaan  boleh ada masalah lutut pula. Takutnyaaaa.... Takut kan!! 
 
 
Selepas ini jangan risau lagi, kita boleh ke Sunfeet International dan betulkan. Macam kolin selepas konsultasi bersama Dr. Edmund masalah kolin boleh diatasi dengan memakai in-sole atau lapik kaki yang sesuai. So ianya masih boleh diperbetulkan. Lega dengar, kita cegah sebelum sakit teruk. 

Kaki kita ni macam kereta jugak tau, perlu buat alignment juga. 
 
Bukan setakat itu sahaja, kalau ada yang mempunyai masalah diabetes dan memerlukan kasut yang khas pun boleh ke sini. Korang akan diberikan penerangan mana yang sesuai dan pemakaian kasut yang betul. 
 


 
Kadang-kadang kita rasa sakit lutut atau sakit belakang, dan sering kali makan antibiotik atau ubatan lain. Tapi ke sini masalah korang akan lebih dikenalpasti. Masalah kesihatan yang korang alami bermula dari kaki tau sebenarnya.
 
 
Selain itu, kalau korang perlukan terapi, di Sunfeet International ada juga menyediakan terapi bagi kita yang mempunyai masalah. Sebagai contoh, untuk yang memang sukar berdiri lama, sakit kaki yang terlampau teruk tu, buat temujanji okay. Harga tidak terlalu mahal pun. Siap ada promosi RM99 untuk 5 sesi. Call dulu ya, buat pertanyaan dan kemudian set terus temujanji. Ruang yang disediakan sangat selesa.
 
PROMOSI BACK TO SCHOOL
 
Bukan kasut orang dewasa sahaja yang ada ya. Kadang-kadang masalah kaki pun ada di kalangan kanak-kanak. Buat korang yang nak keselesaan buat persekolahan anak-anak boleh ke Sunfeet International. Pelbagai variasi kasut terkini ada. Malahan ianya dapat disesuaikan dengan kaki anak-anak kita. Pemakaian kasut sekolah yang lama amatlah penting kita mencari yang selesa dan sesuai. 



Promosi sehingga berakhir Mac 2023 adalah 30% untuk kasut sekolah ya.
 
Luangkan masa korang datang kat sini. Informasi yang akan di dengar memang bagus. Di Malaysia masih kurang makluman tentang masalah kaki. Hakikatnya banyak antara kita mempunyai masalah kesihatan berpunca dari kaki kita yang mempunyai masalah. Mencari kaki yang sempurna kena usaha. 
 
Kolin dan Alisa dah dapatkan konsultasi mengenai kaki kami berdua dan langkah seterusnya kami perlu buat in-sole atau pelapik kaki untuk membantu. 

 
Buat korang jangan lupa pergi dan dapatkan serba sedikit penerangan atau maklumat mengenai kaki korang. Jangan lupa bawa semua ahli keluarga atau kawan-kawan. Sebarang informasi tambahan boleh ke sosial media SUNFEET INTERNATIONAL.
 
KENALI JENIS KAKI ANDA BERSAMA PAKAR DI SUNFEET INTERNATIONAL  

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you