Assalammualaikum semua..
Bulan Ramadan yang menjelma pada tahun ini, Hotel Concorde Shah Alam tidak ketinggalan menganjurkan buffet ramadan bagi semua pengunjung. Bagi korang yang ingin berhimpun boleh lah ke "IFTAR AT CONCORDE" nanti.
Bertempat di Melting Pot Cafe ada 4 menu yang belainan yang bakal dihidangkan mengikut hari. Kiranya setiap hari menu lain-lain tau.
Menurut Ms. Amilia, Director of Sales & Marketing Hotel Concorde Shah Alam, - pelbagai menu yang dihidangkan pada tahun ini yang bakal memikat hati semua pengunjung.
Antara menu yang bakal dihidangkan ialah:
*Kerabu Sotong Suhun Utara
*Stir Fried Green Mussels with Thai Basil
*Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi
*Kambing panggang Berempah Bawang Putih
dan banyak lagi menu menarik.
BUBUR LAMBUK, HOTEL CONCORDE SHAH ALAM
Menjadi kelaziman Hotel Concorde Shah Alam yang terkenal dengan Bubur Lambuk menyediakan Bubur Lambuk Ayam Dara Lada Hitam, Bubur Lambuk Daging Batang Pinang dan Bubur Lambuk Makanan Laut.
Selain itu ada nasi putih kukus pandan wangi, nasi jagung bergajus, nasi briyani kismis emas, nasi bukhara & nasi hujan panas pun ada. Lauk pauk seperti ketam masak cili Chef Mong Style, ikan patin gulai tempoyak, sup kambing mamak dan banyak lagi hidangan yang bakal membuatkan selera kita terbuka.
Yang suka popia basah, roti john mayonis bersusu, murtabak, roti jala atau gorengan seperti keropok lekor, pisang, keledek pun ada juga di Buffet Ramadan Hotel Concorde Shah Alam.
Kuih muih melayu, agar-agar buah peach, almond tarlets, bubur kacang hijau, cendol, lai chi kang, aiskrim untuk anak-anak pun ada ye. Semua boleh enjoy berbuka puasa kat sini bersama.
Pelbagai hidangan air seperti air bandung, air barli, air kembang semangkuk, air sirap pandan selasih, air tebu, air teh bunga dan air panas macam teh dan kopi pun ada juga. Pilih la ikut selera korang, nak yang mana satu.
IFTAR AT CONCORDE bermula dari harga RM140nett dewasa dan RM108nett untuk warga emas dan RM70nett untuk kanak-kanak 5 ke 12 tahun.
Kalau rasa nak menginap pun ada promosi juga dari RM180 nett ataupun RM200 nett termasuk sahur atau sarapan pagi.
Nak tempah, meh...ini info nya
Ramadan Centralized Counter | Lobby Level
T 603 5520 8000 | M 6012 289 8103 E vasanthi@concorde.net
Room Reservation
T 603 5520 8000 | Ext 2500 or 2404 | E reservation-chsa@concorde.net
W https://shahalam.concordehotelsresorts.com/
BUFFET RAMADAN 2023, CONCORDE HOTEL SHAH ALAM
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you