Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BAJU RAYA - KOLEKSI SHARA OTHMAN JADI PILIHAN

 Assalammualaikum semua. 

Buat yang masih mencari baju raya, jom ikut kolin ke SHARA OTHMAN yang di Central I-City Mall Shah Alam. 

Menampilkan koleksi pakaian muslimah tetapi moden dan paling menarik semua peringkat usia ada. Malah baju raya ibu dan anak sedondon pun ada. Saiz bermula dari S sehingga XL bagi dewasa dan kanak-kanak dari 2 tahun sehingga 12 tahun. 

SHARA OTHMAN


Ianya bermula dari Bentong, Pahang dan di ilhamkan oleh seorang mak kepada anak. Seiring dengan zaman, ianya terus menerus menghasilkan pelbagai koleksi bagi memeriahkan lagi industri fesyen tanah air. Kain dan jahitan terbaik yang mereka sediakan membuatkan lebih ramai tertarik dengan koleksi SHARA OTHMAN. Ini antara lokasi butik ya.

 

L2-10, Central i-City, i-City,
Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
40000 Shah Alam.

L1-28, East Coast Mall, 
25200 Kuantan.

Butik Zalina,
Taman Bentong Prima, 
28700 Bentong, Pahang.
 

SHARA OTHMAN RAYA COLLECTION 2023

Antara koleksi raya yang boleh ialah:

 

SAOMA 

Inspirasi dari potongan kebaya labuh klasik yang mengunakan kain cotton bercorak belang


 

Baju koleksi sedondon ibu dan anak pula ada:

Kartini

Yang ini adalah baju kurung potongan Riau dan mengunakan material tafetta silk + cotton. 

Tijah

Mengunakan cotton eyelt dan di hasilkan dengan potongan moden dengan belahan di hadapan. 




 

Camelia 

Diserikan dengan lace dan juga satin pleated crush dan diberikan potongan dress bertingkat menampilkan lagi gaya elegan si pemakai. 

bagi pembelian RM150 ke atas dapat sampul raya percuma tau. Dan ada juga tawaran voucher RM20 bermula 27 Mac - 10 April 2023 dengan pembelian minimum RM200. Jangan lupa gunakan kod diskaun SORAYA20



 

SHARA OTHMAN selain ada di Central I-City Mall Shah Alam, mereka ada juga di Pop Up Store, Setia City Mall juga.

Buat korang yang inginkan lebih banyak maklumat boleh tengok informasi di bawah:

Shopee Shara Othman : https://shope.ee/2feYg21weM



 

Dan sudah tentunya kolin pun ada beli satu koleksi baju raya SHARA OTHMAN. Semua koleksi dia buat kolin rambang mata sangat. Ada sehelai dua yang mengimbau zaman dulu-dulu, 'Timeless' sangat design. 

Kalau secara jujur, material dia memang nampak 'kayangan' tapi harga tak melambung. Sesuai untuk kita yang ingin meraikan Hari Raya tahun ini secara sederhana. 

Jangan tak ke butik SHARA OTHMAN tau untuk cari baju raya. Ni baru puasa ke 8, baik pergi usha dulu tengok koleksi yang ada sebelum saiz abis hahahah. 

Lagi satu, butik dia cantik dan sangat selesa. Semua staff peramah dan jangan segan-segan kalau nak try mana-mana baju raya yang korang berkenan tu. 

Jom shopping raya - Baju Raya, Koleksi SHARA OTHMAN jadi pilihan 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you