Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SARAPAN DI CAFE BAHULU CLASSIQ, HULU LANGAT

Sebelum berpuasa kolin dan kawan-kawan sempat lah breakfast kat sini. Kalau mengikut kata orang tempat ini terkenal tempat melepak orang yang suka kayuh basikal melepak. Tapi kami pergi time hari bekerja, so tak ramai masa tu. Tenang-tenang sahaja masa sarapan di Cafe Bahulu Classiq Hulu Langat

Cafe Bahulu Classiq ini dia tak lah besar mana, ruang parkir juga agak terhad  tapi yang penting selesa. Ruang tuk makan ada disebelah dalam dan juga luar kedai.  Jangan risau sebelah luar ada kipas, kalau tidak memang panas lah.



Kat Cafe Bahulu Classiq ini  ada jual-jual kerepek dan pelbagai barangan tempatan. Macam kuih muih, sos, kicap dan banyak lagi kudapan kat sini. Bahulu pun ada...yang jenis gulung tu pun ada. Kalau orang johor memang suka la makan bahulu gulung tu.

Kolin pesan nasi lemak sambal paru dan teh tarik. Menu kat sini simple aje. Kalau nak nasi lemak telur mata pun ada juga. 

Kalau nak makan soto pun boleh. Kata kawan kolin sedap.

Meriah kan dia punya soto. Bolehlah kalau korang nak try makan area hulu langat ni. Mana tahu sebelum terjun ke sungai. Singgah makan dulu.

Buka dari hari selasa ke ahad, hari isnin tutup tau. Bermula 9 pagi sehingga 6 petang dan kalau nak menempah atau apa-apa pertanyaan boleh hubungi nombor telefon yang tertera kat situ.

Cafe Bahulu Classiq ini ada mengambil tempahan juga tak silap kolin. Dan mungkin bulan puasa ada juga menu-menu yang dihidangkan. Cuma kolin tak ada kesempatan lah nak pergi bulan puasa ini.

Muka gembira bila bab makan, ini lah dia. Meja dia jenis macam kat kantin kita makan ramai-ramai tu. 

Bila dah kat area hulu langat jangan lupa datang ke area sungai untuk bergambar okay. Tripod jangan lupa bawak!!
 



Boleh juga bergambar kenangan bersama-sama kan. Alhamdulillah, semoga kami terus bersahabat sampai syurga.

jangan lupa singgah cafe bahulu classiq hulu langat kalau free..babai

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you