Teh Tarik, minuman teh berbuih halus ini menjadi kegemaran masyarakat Malaysia sejak sekian lamanya. Namun, disebabkan gaya hidup yang semakin sibuk, agak sukar untuk generasi muda Malaysia duduk dan menikmati secawan teh tarik. Bagi mengatasi masalah ini, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, salah satu pengeluar dan pengedar minuman terbesar telah melancarkan F&N Teh Tarik dalam format yang mudah untuk dibawa ke mana-mana pada April 2020. Kempen terbarunya “Biar Ori, Baru Sempoi” ini dianjurkan bagi mengukuhkan lagi kedudukan jenama dengan menampilkan video dan lagu tema baharu yang disampaikan secara eksklusif oleh penyanyi dan rapper terkenal tempatan, MK K-Clique.
Kempen F&N Teh Tarik baharu ini bertujuan untuk menarik perhatian generasi muda Malaysia dengan cara yang ceria lagi bertenaga dan mengujakan. Ia juga membolehkan mereka menikmati Teh Tarik kegemaran pada bila-bila masa, tidak kira di mana mereka berada.
F&N Teh Tarik ORI yang dibru menggunakan krimer pekat manis F&N dan teh asli memberikan Teh Tarik sejuk dengan rasa mantap dan asli. Dicipta untuk dinikmati pada bila-bila masa tidak kira dimana, ia sesuai selepas sehari bekerja ataupun semasa bersama dengan kawan-kawan. Produk ini kini boleh didapati dalam 2 variasi – ORI dan Kurang Manis dan didatangkan dalam format botol dan juga tin.
“F&N Teh Tarik yang dikeluarkan pada awalnya semasa kemuncak pandemik pada 2020, dicipta untuk mereka yang merindukan ‘rasa teh tarik mamak’ sebenar. Bagi meneruskan momentum dengan generasi muda Malaysia, kami melancarkan kempen baru ini yang melambangkan rasa asli adalah yang terbaik dan memastikan F&N Teh Tarik tersedia dan mudah didapati dan dinikmati oleh semua orang pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja,” kata Tiffany Tan, Ketua Bahagian Pemasaran Jenama Tenusu, F&N Dairies, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.
Dengan berpegang teguh
pada komitmen untuk
menawarkan minuman yang mantap dengan rasa kepada rakyat Malaysia tidak kira di
mana mereka berada, kempen ini juga akan menempatkan mesin layan diri
interaktif yang unik di kawasan transit utama di Malaysia bagi membolehkan
orang ramai mendapatkan Teh Tarik mereka secara PERCUMA untuk sebulan.
F&N Teh Tarik ORI dan Kurang Manis juga akan dilancarkan di Malaysia Timur bermula bulan Mei, sebagai usaha untuk meluaskan lagi penawarannya kepada semua rakyat Malaysia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai F&N Teh Tarik, sila layari www.fn.com.my atau laman media sosial rasmi @fnndairies di Facebook & Instagram.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you