Hai korang...selama ni memang dengar aje kan kad kredit kena caj bukan-bukan, sekali kolin pun kena. Bukan sikit wei..caj dalam harga USD dan dalam RM mencecah hampir RM2000 juga tu.
Nampak tak caj lain harga, bila refund pun lain.
Memula memang cuak juga bila dapat notifikasi dari SMS. Ingatkan tak ada apa-apa. Sebabkan OTP Number tu kan kat handphone. Rupanya boleh ye korang, dia boleh fraud kad kita tanpa lalu OTP Number. Memang terus call emergency number Maybank dan sekat kad. Esok tu isi borang dispute dan emel terus.
By the way, dispute form dari maybank ini korang boleh google aje terus.
Selepas beberapa minggu bila selalu tengok akaun online, kolin pun cek lah amount USD tu dah reverse ke belum.
Memula 1 jumlah sahaja dia reverse. Rezeki kolin satu hari sebelum raya, 1 lagi jumlah dah reverse siap tukaran wang tu pun diselesaikan sekali.
Memang serik nak pakai kad wei lepas kejadian tu. Tunggu sikit masa lagi kolin rasa memang nak tutup dan tak mahu pakai dah kredit kad.
Lagipun kad kredit kolin ada 1 aje, bukan banyak pun. Guna pun banyak kalau pergi travel.
Mungkin pasal tu kad tu agak terdedah kepada aktiviti fraud.
So korang mana yang suka swipe kad atau letak nombor kad kat website mana-mana tu, hati-hati okay
Semoga apa yang terjadi kat kolin, tak jadi kat orang lain.
Terima kasih baca entri KAD KREDIT MAYBANK KENA FRAUD, CAJ DALAM USD
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you