Assalammualaikum korang
Buat yang masih belum ada baju untuk hari raya aidilfitri, boleh lah semua ke BUTIK CHENTA LUNAR yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.
BUTIK CHENTA LUNAR
Nak mencari kelainan raya ini kena lah datang sini. Menyediakan koleksi raya "Celestial in Style" sememangnya memberikan ketrampilan yang istimewa di pagi raya nanti.
"Celestial" yang bermaksud cakerawala atau 'heavenly' ianya merupakan metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa 'up to date' atau tidak lapuk dek zaman.
LOKASI BUTIK CHENTA LUNAR
Lokasi yang cukup strategik buat korang sekeluarga membeli belah. Di kawasan Seksyen 7, Shah Alam ini semua ada. Kalau cari baju anak-anak ada, cari baju untuk orang lelaki pun ada.
Butik Chenta Lunar beralamat di 65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam ini mula beroperasi pada 9 Oktober 2022, ianya di inspirasi oleh seorang wanita yang bersemangat dalam memperjuangkan keinginan hidupnya.
Direalisasikan selepas zaman pandemik, seiring dengan inspirasi nama 'Lunar' itu sendiri mempunyai ekpresif, mudah berbicara, bersosialisasi, kreatif dan menikmati hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat menjadi pilihan orang ramai.
semua kat situ rm100 sahajaaaaa
PROMOSI HARI RAYA 2023
Bermula 1 Ramadan iaitu 23 Mac 2023, berkonsepkan baju raya Ibu & Anak akan mula di lancarkan bermula pada harga RM150 dan ke bawah. So korang jangan lah tak rebut peluang ini. Dua pasang tau, ibu ada baju, anak pun ada baju. Kiranya konsept "Mother Daughter Type" ini memang kena dengan konsep penjimatan kita semua tahun ini.
baju budak ada sale ni rm100 tau
Biar raya meriah tapi jimat dan bersederhana kan. Satu lagi, mak-mak tak perlu pergi banyak-banyak butik. Satu tempat terus ada baju untuk mak dan anak kan. Kiranya membeli belah di bawah satu bumbung aje.
Buat yang ingin tampil di hari raya lebih glamor, perkhidmatan 'on the spot request' turut ada di Butik Chenta Lunar. Jadinya yang nak tambah batu, manik, bunga atau lace boleh request ya. Inilah dia kelainan Butik Chenta Lunar.
Selain itu, buat yang membeli belah di sini dan berbelanja lebih dari RM150 ada free gift istimewa untuk korang juga.
Busana baju raya ada baju kurung, baju kebaya, baju moden malah baju korporat pun ada tau. Baju Kurta Eksklusif juga ada di Butik Chenta Lunar.
Jom korang semua, nak raya dah ni. Jangan lupa ramai-ramai ke Butik Chenta Lunar di Seksyen 7 Shah Alam.
Harga bermula dari RM45 tau, kat sini banyak pilihan yang boleh mengikut bajet korang sendiri.
Syawal 2023 sudah tentu memberikan kemeriahan buat semua. Kalau dah meriah baju pun kena meriah sama lah kan.
Butik ini kalau nak cari senang aje, cari PKNS Biz Point, sebelah dia aje. Lebih tepat di belakang Jakel Seksyen 7 yang terbakar tu. Senang aje nak cari. Dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam (hari Isnin tutup). Buat yang nak bertanya atau buat tempahan boleh hubungi di talian 019-7542705.
Selain itu ada beg, aksesori dan juga hamper bagi menyambut ramadan dan hari raya di sini. Boleh lah buat tempahan tau
Jangan lupa ikuti sosial media BUTIK CHENTA LUNAR untuk baju raya fesyen terkini.
BUTIK CHENTA LUNAR, LENGKAPI GAYA DI HARI RAYA
#chentalunar #chentalunarraya2023
#bajuraya #bajukurung
alahaiii...cecantik cecomel baju haaa...gewammmm nengoknyaaa..nasib takde saiz HAHAHA
ReplyDelete