Hey korang....Ulangtahun kelahiran mama kolin pada 18 Februari yang lalu. Syukur Alhamdulillah mama masih sihat dan doakan terus sihat sepanjang usia ya. Sayang cik timah!
Dan disebabkan anak dia ramai, kami adik beradik ni take turn untuk celebrate. Jadi kolin terlewat lah sikit. Kali ini dia teringin nak makan-makan di salah sebuah restoran milik chef terkemuka tanahair iaitu Chef Wan.
Kami ke cawangan yang di TTDI. Cantik juga tempatnya, suka..cantik sangat tempatnya. Dekorasi pun sejuk mata memandang.
Ini antara hidangan yang kami order.
ni mama kolin order, SOTO AYAM
Ini pula MEE REBUS CIK AINI, pilihan imran
Si Alisa pula pesan BEEF BOLOGNESE, tak sempat nak snap gambar di dah sambar. Maklumlah dah lapar.
yang ini pula NASI KERABU AYAM pilihan kolin. Ini dah kali kedua kolin order bila ke sini. Memang suka betul makan nasi kerabu ni. Sedap dan kolin suka portion dia. Boleh makan 2 orang juga tu.
Akhir sekali, pilihan suami iaitu pizza. Semua ada pilihan selera masing-masing.
Semua okay, selesa juga makan sekeluarga kat sini. Yang penting mama kolin seronok dapat merasa makan di Cafe Chef Wan.
Untuk yang nak tahu berapa bajet. Ini bil kami, bukan nak menunjuk. Tapi kalau ada rezeki teringin boleh lah simpan or berkongsi merasa makan kat sini.
Selepas dah siap makan, kita bawa dia ke AEON Mall pula. Saja lah jalan-jalan. Mak kolin kaki memang tak berapa kuat dah.
Satu aje kolin minta dekat korang, doakan untuk mama kolin ya, supaya sihat selalu dan dipanjangkan usia dalam penuh kebaikan.
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT MAMA
Selamat hari lahir buat mama...
ReplyDelete