Menjelang Ramadan 1444H, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan KEMPEN RAMADAN ANUGERAH TERINDAH yang akan berlangsung sepanjang Ramadan.
Ianya bertujuan untuk memberi galakan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan ibadah zakat di bulan Ramadan selain menguar-uarkan perkhidmatan dan saluran bayaran serta program-program menarik anjuran PPZ-MAIWP sepanjang Ramadan tahun ini.
Istimewa kempen kali ini, PPZ-MAIWP menyediakan saluran bayaran untuk orang ramai berwakaf. Untuk makluman, bermula Disember 2022, PPZ-MAIWP telah diberi kuasa untuk mengutip wakaf di Wilayah Persekutuan.
Sebagai galakan, PPZ-MAIWP turut menawarkan lebih 1,000 hadiah menarik khas buat pembayar zakat yang menunaikan zakat harta, fitrah, wakaf tunai di PPZ-MAIWP melalui saluran bayaran yang disediakan.
Antara hadiah yang ditawarkan antaranya Pakej Umrah, Set Solat Eksklusif, Jam Buruf, Smartphone, iPad, baucar makanan dan banyak lagi.
PPZ-MAIWP turut menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang Ramadan seperti Vibe Ramadan Tadabbur Al-Quran, bual bicara, program turun padang, doa senjata mukim dan kuiz interaktif zakat dan banyak lagi pengisian ilimiah.
Orang ramai dijemput untuk mengikuti laman Facebook, Instagram serta Tiktok rasmi Pusat Pungutan Zakat bagi mengikut perkembangan terkini dan informasi menarik.
Selaras dengan moto PPZ-MAIWP iaitu 'Memudahkan Anda Berzakat' pelbagai saluran disediakan bagi memudahkan urusan bayaran zakat.
PERKHIDMATAN DAN SALURAN BAYARAN SEPANJANG RAMADAN
Kewajipan zakat fitrah boleh ditunaikan melalui:
AMIL FITRAH
921 penolong amil fitrah di seluruh Wilayah Persekutuan. 10 Kaunter PPZ-MAIWP, masjid-masjid, surau-surau dan juga pasaraya
EJEN-EJEN ONLINE KUTIPAN PPZ-MAIWP
Ada 15 perbankan internet, e-wallet, boost,shopee, tulus, gopayz, the noor, raiz
Untuk online portal pula ada senangpay, myEG, PayHalal, MyPay, Elzar Shriah, Al Amin dan MyVerify
Selain itu ada kaunter PPZ-MAIWP di buka 7 hari seminggu termasuk cuti umum dari 8.15 pagi sampai ke jam 4.30 petang. Boleh juga download aplikasi MyZakat dan buat potongan gaji bulanan iaitu Skim PZB.
Door to Door atau kaunter zakat bergerak, ride2u & kaunter zakat digital ini pula khas untuk pembayar yang ingin mendapatkan layanan personal & tidak ada masa ke kaunter. Tempahan boleh dibuat di www.mytemujanji.zakat.com.my
ejen-ejen kutipan zakat - perbankan internet, kaunter bank, pos, e-wallet, firma-firma dan lain-lain.
Manakala pembayaran wakaf tunai boleh dilaksanakan melalui kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu termasuk lah cuti umum dri 8.15 pagi sehingga 4.30 petang. ada juga kaunter zakat dan wakaf bergerak ya.
PPZ-MAIWP menyeru agar semua masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan untuk merebut keberkatan Ramadan dengan menunaikan zakat untuk mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita ini. Agar asnaf-asnaf ini dpat disantuni dan bergembira di Hari RAya Aidilfitri seperti umat Islam yang lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini sila layari www.zakat.com.my/ramadan2023 atau hubungi di talian 1300 885757 atau emel kepada info@zakat.com.my
Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman dan turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Encik Mohamed Hassan.
PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you