Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TELEKUNG SISTERGOJES EMPIRE KINI DI 13 CAWANGAN AEON MALL

 Assalammualaikum semua

Lebih kurang 24 hari kita bakal bertemu Ramadhan. Sudah tentu kita semua nak buat persiapan awal. Dari segi lauk pauk, kemas rumah awal dan pelbagai lagi. 

Buat kolin sememangnya mementingkan telekung yang selesa untuk tarawih nanti. Bila dapat tahu AEON Mall ada jual telekung lagi lah mudah kerja kolin. Beli barang keperluan, singgah terus.

Pilihan kolin kali ini TELEKUNG SISTERGOJES EMPIRE. 

TELEKUNG PREMIUM SISTERGOJES

Kita semua nak barangan premium dan berkualiti tapi pada harga yang berpatutan. Kadang-kadang tu harga mahal sebab "jenama" tapi tak berbaloi pun. Tapi yang ini kolin gerenti korang akan suka. Harga berbaloi dengan apa yang kita dapat. 

SISTERGOJES EMPIRE 

 


Jenama ini bermula pada tahun Disember 2014. Diusahakan oleh sepasang suami isteri yang gigih memasarkan urusniaga dalam talian di salah satu platform jualan atas talian. Menjual pelbagai produk telekung, handsock, inner tudung dan pelbagai lagi. 

Setelah mencuba jualan atas talian, Sistergojes Empire mula masuk ke AEON Mall bagi menaikkan nama jenama ini agar dapat bersaing dengan jenama lain di pasaran. Dan kini ternyata jenama ini antara pilihan yang mampu memberikan kualiti yang premium dan terbaik untuk para pelanggan mereka. 

Untuk korang yang teringin nak tengok barangan jualan Sistergojes Empire boleh klik link di bawah:

Instagram: https://www.instagram.com/gojesmy_premium/
Facebook: https://www.facebook.com/telekungpremiumsg
Shopee: https://shope.ee/6f9GYVzKID
 

Pelbagai design telekung yang ditawarkan. Kalau nak simple boleh, nak bersulam pun boleh. Kalau korang suka warna gelap atau warna pastel pun ada juga. 




Dan kalau korang 'emergency" atau last minute kena cari jubah, kaftan, anak tudung atau inner, pun boleh terus ke AEON Mall yang terdekat untuk beli barangan SisterGojes Empire. 

Nak bagi hadiah buat kawan kita menunaikan umrah pun boleh tau. 



Lebih istimewa, ada kotak yang premium untuk kita letak dan beri hadiah kepada yang tersayang. 

Premium Telekung dari Sistergojes Empire memang tak dapat dinafikan. Korang pergi sendiri dan cuba sarung. Selesa, kain cukup sejuk, cotton yang digunakan pun terasa lembut di badan. 

Tak sabar rasanya nak solat tarawih nanti guna telekung baru. Dan kalau korang nak juga, jangan lupa singgah di 13 cawangan AEON Mall yang ada jual okay. 

Akhirnya kolin pilih warna putih simple tanpa sulam atau apa-apa. Teringin pula nak patah balik macam telekung dulu-dulu. Harga cuma RM119 dan cotton dia memang terpaling amat selesa untuk kolin. Kain labuh!!! Suka sangat. 

Dan kalau korang beli nanti bayar sahaja pakai debit atau kredit kad. Lepas tu tengok nombor Approval Code korang. Kalau berganda macam 111, 222 atau 144 ke, boleh menang hadiah tau. Boleh lah tengok maklumat lanjut di IG mereka. Mana tau..tuah korang menang cash sehingga RM9999 tu. Rezeki dapat pakai telekung premium harga baloi ini. Alhamdulillah :)

TELEKUNG SISTERGOJES EMPIRE KINI DI 13 CAWANGAN AEON MALL


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you