Assalamualaikum semua pembaca blog kesayangan kolin. Tak lama lagi Ramadan akan tiba dan untuk kita yang bakal berpuasa ini memang mencari tempat-tempat berbuka puasa dengan orang yang tersayang. Kolin ada 1 tempat yang korang boleh pergi berbuka bersama iaitu MARDHIYYAH HOTEL & SUITES (MHS) di Shah Alam Kalau berbuka puasa tak makan satay memang tak sah kan. Yang ini kegemaran kolin !
MENU-MENU DI
NOSTALGIA RAMADAN BUFFET
Nostalgia Ramadan yang dibawakan kali ini dimeriahkan dengan pelbagai hidangan tradisional masa silam. Dan sudah tentu pilihan tradisi Melayu menjadi keutamaan.
Tetamu yang bakal datang berbuka nanti dihidangkan lebih 100 jenis juadah dan antara yang menjadi hidangan utama ialah GULAI LEMAK PADANG URAT KETING, SIAKAP BERLADA NENAS, RENDANG KAMBING & DAGING HITAM MANIS.
Pelbagai stesen juga seperti salad & kerabu warisan, stesen kawah-kawah ada gulai kawah daging breama umbut kelapa, gulai kawah lemak cili api bersama itik, bulai kawah asam pedas ikan bersama terung pun ada. Selain itu roti john, briyani ayam, pratha, murtabak ayam, satay pun ada!!
Kalau semua hidangan utama dah ada pencuci mulut pun tidak kurang hebatnya. Ada ais kacang, bubur pulut hitam, sago gula melaka, kek red velvet, marble cheese cake, pandan tiramisu, green tea cake, kuih seri muka, kuih koley kacang, kuih talam, bread & butter pudding, chocolate fountain with fruits stewer yang pasti menambat hati anak-anak berbuka puasa di MARDHIYYAH HOTEL & SUITE nanti.
TEMPAHAN PRIVATE GROUP
Untuk korang nak berbuka bersama keluarga yang besar atau kawan-kawan pejabat. Boleh lah tempah juga bermula 23 Mac sehingga 20 April 2023 dengan harga RM128.00 seorang. Bagi mengisi malam-malam Ramadan, tetamu juga boleh menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di Surau Al Latifah yang berada di aras 4. Dan kalau yang nak menginap di Mardhiyyah berpeluang untuk bersahur dan solat subuh berjemaah juga.
Harga Early Bird berbuka puasa di Bufet Ramadan Restoran Royale Songket adalah pada RM125 untuk seorang.
HARGA BUFET NOSTALGIA RAMADAN
Bermula pada 24 Mac sehingga 20 April 2023 di Restoran Royale Songket dengan harga serendah RM100 untuk kanak-kanak (6 -12 tahun), RM120 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan untuk harga dewasa pula RM155.
Untuk hari minggu, Sabtu, Ahad atau cuti umum ianya berharga RM222 untuk seorang dewasa dan seorang kanak-kanak di restoran Royale Songket.
Selain Royale Songket, Restoran Cina Tung Yuen pun menawarkan menu berbuka puasa. Dibuka pada 31 Mac 2023 sehingga 20 April 2023, kita boleh datang berbuka dengan harga RM125 untuk dewasa, RM105 untuk warga emas dan RM85 untuk kanak-kanak.
Borak-borak Cafe & Lounge juga turut menjadi lokasi berbuka puasa tau. Dengan menu Timur Tengah pada harga RM90 untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak.
Bagi tempahan boleh hubungi
019-2736801
019-2639801
019-2757801
019-2616847
atau emel di sales@mardhiyyahhotel.com
So pergi tempah sekarang dan dapatkan harga Early Bird tu. Boleh plan dah dengan keluarga, kawan-kawan atau kesayang korang untuk berbuka bersama kat Restoran Royale Songket nanti.
Kolin tak sabar wei nak ajak keluarga makan di NOSTALGIA RAMADAN BUFFET DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITE, SHAH ALAM
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you