Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM DI LAGENDA GUEST HOUSE DI KUALA LINGGI, MELAKA

Assalammualaikum korang semua. Untuk sambutan tahun baru 2023 kolin sekeluarga ke Melaka.

Buat yang selalu ke bandar Melaka, apa kata korang tukar angin melepak area Linggi pulak. Mesti korang jarang melepak di kawasan kampung kan. Kolin suka sangat wei, sampai teringin nak cari tanah area sini. Ianya sempadan sahaja antara Negeri Sembilan dan Melaka. Ada satu sungai memisahkan antara 2 negeri ini. Kalau nak ke bandar Melaka dalam sejam juga lah. Tapi kolin memang tak pergi bandar pun, melepak aje kawasan Linggi. 


Kali ini kami menginap 3 hari 2 malam di Lagenda Guest House, Kuala Linggi. Korang waze sahaja, memang lawa tempat ini, ala-ala bali! Satu lagi air laut dia bersih tau, sebab memang dalam kawasan kampung.



Ini lah bilik penginapan kolin. Dalam tu ada katil queen dan anak-anak tidur bawah. Ada toilet tau, tv, peti sejuk segalanya lengkap untuk RM150 untuk satu malam. Kalau tanya kolin, selesa!! Kolin suka suasana sempit2 tu (bawa tilam angin, bantal, selimut).

Aircond ada, kipas ada, paling best ada beranda tu tempat kami melepak anak beranak. 

 


Lebih kurang macam ini lah susun aturnya. Semua mengunakan perabot kayu jati. Lawa betul. Ini gambar dari FB Lagenda Guest House. Kolin terlalu gembira nak celebrate new year sampai terlupa nak ambil gambar hahaha. Petang tu kami berehat ambil angin laut. Tak jauh pun nak ke pantai. Mana yang bawa anak kecil tu sesuai ke sini.


Malam tahun baru tu memang meriah kat sini. Ada a few chalet dan homestay, siap BBQ dan karaoke. Kolin sekeluarga memula nak berkelah kat tepi pantai, tapi hujan. Sudahnya depan chalet kami sahaja. Buka meja, pakai dapur dan grill sahaja. Barang mentah semua kolin beli sahaja kawasan kampung. Senang masak macam ini, kalau korang nak makan nasi, beli siap2. Yang lelain tu boleh lah grill panas-panas.



Konsep kolin anak beranak meratah aje malam tu. Senang kalau pergi camping, memang ada meja, tempat masak dan sebagainya. Tapi kalau korang beli pun tak mahal mana. Senang wei, kalau berhenti R&R nak masak terus makan panas-panas. Jimat duit hahahah

Sempat lah posing depan chalet sambil cik suami masak-masak

 


Dalam kemeriahan dalam keluarga kecil kami, di sambut dengan kemeriahan sekeliling. Kat KL tak ada bunga api sambut tahun baru, kat Linggi ni tak putus-putus bunga api. Sampai 5x kami layan tau. Syokk wei. Habis segala, kemas-kemas barang semua letak kat beranda, jom la masuk tidurr!!!

Esok pepagi kami sekeluarga ke Fort Supai, kat situ ada kedai makan ala-ala kampung. Korang kena pergi makan pagi-pagi. Kalau tak cepat habis!!

Habis sarapan kami mandi laut laaa. Mandi pagi tak sunburn haha


Lagi satu yang best kan pantai ni, boleh cari remis! Kalau tak makan pun takpe, cari2 lepas tu lepas lah balik. Kolin cari siap rebus makan hahahah. Sedap wei manis!

Rebus semua, kupas siap2 masuk dalam maggie kari. Mak aii..sedap betul makan lepas mandi laut tu. 



Seronok sangat kolin spend 3 hari 2 malam kat sini. Memang sekarang kolin hunting chalet atau tempat penginapan kampung2 macam ni. Muak rasanya pergi hotel atau resort besar yang banyak pulak peraturan. Kalau kat chalet atau guest house macam ini, rasa bebas sangat. Yang jaga sini pun peramah tau. Siap kolin minta air kelapa hahahaha. Sebab kawasan LAGENDA GUEST HOUSE ini banyak betul kelapa wei. Fresh suami kolin petik bagi kami sekeluarga minum. 

Dan buat korang yang nak menempah dia banyak bilik. Ada 2 bilik, 3 bilik dan ada juga unit yang punya tangga melaka yang lawa giler tu



Nak booking boleh wasap/call terus En. Aziz 013-8388100 (baik, peramah, humble) 

Kalau nak tengok lebih informasi terus sahaja ke IG https://www.instagram.com/lagendaguesthouse

atau FB mereka https://www.facebook.com/lagendaputri

Sudah tentu kolin sekeluarga akan kembali ke sini. Tempat ini sangat mendamaikan tau. Terima kasih atas layanan kepada kami sekeluarga!

PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM DI LAGENDA GUEST HOUSE DI KUALA LINGGI MELAKA

 


 



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you