Assalammualaikum semua. Mesti korang heran kenapa lah kolin ni baru nak share story pasal MITSUI OUTLET PARK, KLIA SEPANG ni.
Sebenarnya kolin tak pernah ke sini hahahah. Punya lah dekat dan selalu ke KLIA 1 dan 2 tu, tapi tak pernah terdetik nak singgah.
Tapi memang kami cuci mata sahaja, sebab tak banyak sale yang ditawarkan. Satu lagi kami target nak shopping masa bulan puasa nanti untuk raya bulan April 2023. So datang mitsui ni memang niat nak cuci mata sahaja.
Banyak juga kedai yang boleh kita try nak beli nanti. Ada Padini, Mango, Adidas, Nike, Puma dan banyak lagi. Tomaz ada, kedai coklat pun ada. Yang branded macam saccor, calvin klein pun ada juga. Cuma masa pergi tak de sale, so tak ada lah jebak beli. Lagipun kita sekeluarga fokus nak shopping time raya nanti.
mami dan papa selfie aje lah. Sebab tengok2 tak ada yang berkenan. Lagi pun kolin tak suka pakai kasut sport atau kasut ala-ala sukan. Kita suka heels jerr hahaha
MAKAN DI MEE HIRIS CHINA MUSLIM, MITSU OUTLET PARK
Bila dah penat berjalan tu, perut dah lapar. Mula hunting nak makan apa kat sini. Pilihan ada beberapa tempat makan. Food court pun ada, cuma teringin nak try yang ini, MEE HIRIS CHINA MUSLIM
Habis tengok menu, ini lah antara hidangan kami sekeluarga order. Ada 2 jenis mee iaitu mee hiris atau mee tarik.
Dan ini lah bil hidangan kami untuk makan malam di sini. Boleh tahan juga untuk 4 orang makan. Tapi sesekali bolehlah kan, belanja anak beranak makan menu lain sikit dari yang selalu.
Semua dah kenyang baru lah boleh balik ke rumah kan. Senang hati heheh, semua dah kenyang.
sebelum balik kolin dan alisa posing lah dulu kat sini. Lawa pulak lampu banyak-banyak ni. Tak sempat pulak buat tiktok hahaha. Ramai orang juga tu.
Sekian kisah kami di MITSUI OUTLET PARK, KLIA SEPANG. Terima kasih sudi baca blog kolin!
Tak pernah lagi pi mitsui ni selalu dengar orang share je. Nampak sedap menu2 tu :)
ReplyDelete