Assalammualaikum semua! Nak bulan puasa kita yang orang dapur ini memang mencari bahan masakan yang mudah dan cepat. Paling penting sedap juga untuk seisi keluarga.
Ikutkan banyak dah jual di pasaran. Tapi kolin nak berkongsi dengan korang yang ini homemade atau ianya adalah hasil keluaran masakan di rumah. Memang sedap tau. Setakat ini ada dua pes yang boleh korang cuba, dan harga permulaan cuma RM10 sahaja! Murah kan.
DEA'S FOOD HOMEMADE PASTE
Pes masakan dari Dea's Food ini memang menyelerakan. Senang nak disediakan oleh kita semua. Jom kolin cerita pes percik dahulu okay.
Bekas besar ini cuma RM10. Rahmah giler kan harga dia.
PES PERCIK DEA'S FOOD
Kolin guna pes percik untuk buat ayam percik letopan. Tapi rasanya kalau korang guna untuk ikan pun sedap juga tau. Ok jom kolin tunjuk macam mana kolin masak senang, mudah dan cepat dengan pes percik dari pes DEA'S FOOD ni.
Mula-mula kolin ambil dalam 10 ketul ayam, sebab kolin makan 4 orang, masak pula dah malam. So ikut portion kecil sahaja.
CARA-CARA NYA:
1. Ayam dah dibersihkan dan basuh rapi.
2. Perapkan ayam bersama pes percik selama 10 ke 15 minit.
3. Setelah itu, panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan semua ayam.
4. Biarkan masak garing dahulu, kemudian masukkan pes selebihnya. Kalau nak berkuah tambah air dan garam okay.
5. Biarkan seketika dan dalam 3 minit boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan.
PES MASAK HITAM DEA'S FOOD
Pes ini pula sedap kalau masak daging wei. Ayam pun boleh juga, nak buat rencah untuk nasi goreng pun boleh tau. Sedap gilerrrrr
Cuma kolin tak kesempatan nak tangkap gambar pulak masa test hari tu. Gelojoh sangat lapar, lupa!
Kolin kongsi cara nak masak daging masak hitam okay. Ikut aje flow ini.
1. Memula, bersihkan daging. Letak sedikit minyak dalam kuali dan masukkan daging.
2. Lepas daging dah empuk, baru masukkan pes masak hitam tu. Lepas tu tambah air sikit dan garam. Siap!!!
Senang kan. Nak tambah kerisik, santan dan serai pun boleh. Jadi lah rendang hitam. Sedap weii...
PES MASAKAN MUDAH DAN CEPAT DARI DEA'S FOOD.
Setakat ni dua pes ini aje kolin sempat rasa. Tak sabar pulak nak tunggu pes lain. Setakat ni tengah promo satu bekas tu RM10 sahaja. Nak order boleh lah ke laman IG dia iaitu www.instagram.com/deasfood_lovers
untuk tempahan lanjut.
Tak pun komen aje bawah ni, nanti kolin order tuk korang rasa okay. Tak rugi beb..sedap gilesss
siap dah makan malam kami sekeluarga. Masak nasi panas tu, memang selesai semua ayam percik guna pes dari Dea's Food ini.
Jangan lupa order okay. RM10 ajeee
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you