Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAJLIS PELANCARAN SHOWROOM WIRDORA


Kilauan batu permata bukan sesuatu yang asing kan, idaman semua wanita. Dan disebabkan itu lah, Wirdora sebuah jenama tempatan yang mengeluarkan barangan perhiasan wanita dan lelaki yang mengunakan kristal Swarovski asli yang di import dari Austria, hari ini telah melancarkan butik pameran baru mereka yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur. Jadinya sekarang ini dah senang lah korang nak cari perhiasan Swarovski dari Wirdora. Kolin suka cucuk tudung dia, comel!

 MAJLIS PELANCARAN SHOWROOM WIRDORA


Tahniah kolin ucapkan untuk semua yang terlibat. Untuk pengetahuan korang semua Wirdora adalah Swarovski branding partner yang sah di mana kesemua batu kristal ini adalah asli, bak kata orang puteh authentic ya. Korang jangan risau sebab setiap pembelian akan disertakan seal tag & code no. di mana pembeli boleh buktikan kesahihan dan ketulenan batu itu di laman web Swarovski sendiri. 
 


Diasaskan oleh Wirdalina Binti Tauhed pada Mei 2017. Wirdora ini ada dua kategori produk ditawarkan iaitu luxe series dan standard series. Bagi aksesori di dalam kategore luxe series, terdapat aksesori yang diberi sentuhan rhodium, 18k rose gold plated, 18k white gold plated beserta pin, stainless pin. Setiap satu dijamin kualiti tau.

Dijamin tahan karat, hypo-allergenic dan juga anti- tarnish. 

Produk-produk keluaran Wirdora setiap satu jalani ujian QC yang sangat ketat tau. Ada ujian anti falls dan ujian ketajaman bagi pin. Bagi aksesori pula yang di dalam kategori Luxe ini di datangkan dengan jaminan warranty selama setahun dan after sale service. Kiranya memang premium tau!

Antara aksesori wanita keluaran Wirdora ialah kerongsang, pin tudung dan scarf ring. Manakala bagi kaum lelaki pula ianya menyediakan butang baju melayu dan juga boleh dijadikan sebagai cuff link. 

Wirdora yang dimulakan oleh Wirdalina dengan kaedah home-based business kerana menyedari kekurangan jenama tempatan yang mengeluarkan aksesori buat kaum hawa. Bermodalkan hanya RM200 sedikit demi sedikit, terus bersama mengorak langkah dan akhirnya melangkah lebih jauh dengan mencatat jualan RM1 juta dalam masa setahun. Hebat kan!

Sehingga ke hari ini, Wirdora dikenali sehingga ke Brunei malah telah berjaya membuat penampilan di pentas berprestij London Fashion Week pada bulan Februari 2020 yang lalu. Wirdora adalah satu-satunya produk aksesori jenama keluaran tempatan yang terpilih ke pentas  peragaan bertaraf antarabangsa tu. Prestij gila!

Pada majlis pelancaran showroom Wirdora, mereka turut melantik personaliti TV iaitu Hawa Rizwana Redzuan sebagai Faces of Wirdora 2020. 


Buat yang nak tahu, mahal atau tidak, jangan risau ada pelbagai harga tau. Bermula dari RM18 sehingga RM350 dan boleh didapati secara online dan juga offline. Kalau online boleh terus ke semua laman web di bawah okay


Laman web Wirdora :- https://wirdora.com
Laman web fashion valet :- https://www.fashionvalet.com
Instagram Wirdora :- www.instagram.com/wirdorahq

Manakala pembelian secara offline boleh dibuat di physical store Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan IOI City Mall, Putrajaya.

Produk Wirdora juga boleh didapati melalui agent-agent Wirdora yang sah dan juga dengan cara berkunjung ke butik pameran Wirdora sendiri.

So pastikan raya ini korang gayakan satu Swarovski okay. Sudah pastinya dari Wirdora tuu...cantik berkilau sis.



 

2 comments:

  1. Ruginya tak g sebab dah dekat dah dengan rumah...nak g usha la nanti :D

    ReplyDelete
  2. hebat wir...ada tgk kt fb dia..dlu die model tudung and jual tudung..then now dh makin berkembang ngan pin tudung plak...

    ReplyDelete

loving me..loving you