Assalammualaikum semua! Sekarang dah Mac 2020 dan dalam masa 40 hari kita semua akan berpuasa. Tak tipulah semua persediaan kita memang dah mula kan. Termasuk juga Butik Bahari Asyek yang terletak di Plaza Massalam dan juga ruang lobi hotel Concorde Shah Alam ini. Meniti tahun ke 12 dalam persada dunia fabrik dan fesyen tempatan, butik ini juga tidak kalah dalam memperkenalkan identiti budaya melayu dalam setiap rekaan yang ada.
BAJU RAYA UNTUK AIDILFITRI TAHUN INI, PENUH TRADISI MELAYU - 'SYAWAL SHOWCASE BAHARI ASYEK 2020
Wanita besi atau teraju utama Bahari Asyek ini tidak jemu-jemu berkongsi dengan peminat baju melayu klasik setiap tahun. Dan tahun ini Puan Zahalina, selaku Pengarah Urusan Bahari Asyek menganjurkan Syawal Showcase Bahari Asyek 2020 pada 12 Mac 2020 yang lalu dan ikut mata kolin ianya SUKSES! Tak pernah tak cantik, semua rekaan dia kolin jatuh cinta!
ni dia Puan Zahalina, Pengarah Urusan Bahari Asyek |
Buat makluman korang, sebanyak 32 rekaan terbaru untuk Syawal 2020 telah diperkenalkan masa showcase hari tu. Ini senarai busana yang korang perlu beri perhatian, sebab cantik gila. Ini 17 senarai baju yang kolin kongsi dengan semua okay.
KURUNG MODEN PUSPA - inspirasi dari kurung moden pada zaman retro 70an yang mana warna terang digunakan beserta butan besar diperkenalkan untuk menampilkan gaya ranggi, lincah, lasak dan cerdas.
KURUNG KUNO KAPAS - kurung kegemaran di Bahari Asyek yang mengunakan kain kapas India teknik hand block.
KURUNG RISAU TENUN - mengunakan bahan tenun tangan bercorak halus yang ditempah khas dengan warna prime yang menjadi permintaan ramai
KURUNG RIAU COTTON RAW SILK PRADA EMAS - gabungan menarik yang membuatkan hati tertawan. Kurung Riau mengunakan teknik cop dengan air prada pansa memberikan keindahan kepada busana ini.
KURUNG POKET DUA - kurung retro ini ditampilkan dengan warna terang dan mempunyai dua poket besar yang memberikan sisi ranggi dan muda untuk si pemakai.
KEBAYA PAHANG COTTON CHOP - inspirasi dari kebaya lama berbunga telepok. Memang nampak klasik yang ini.
KURUNG TUN FATIMAH - kurung voil yang kembang dan memberikan kesan ayu malah beralun ketika memakai. Sangat selesa dan sesuai untuk apa sahaja acara.
KURUNG SULTANA - sesuai juga untuk yang berbadan gempal. Tapi yang lawa ianya memberikan perasaan cantik bak permaisuri tau potongan baju ni.
KURUNG KELASI - kurung linen kelasi mendapat inspirasi dari kelasi kapal yang mana kurung ini mempunyai leher yang tinggi bagi menghalang panas mentari.
KURUNG ARCHIPELAGO - kurung versatil yang tetap unik. Ada 6 kekek di kiri dan kanan mewakili jujukan kepulauan melayu di Nusantara.
KURUNG DANDIA - kurung inspirasi dari baju lelaki Gujerat yang di olah dengan pendekatan kurung melayu. Mengunakan thai silk, itu yang nampak mewah sangat.
KURUNG MODEN ROSALINDA - kurung moden dengan bahan brocade cantik padanan design dan bahan cantik mengusik hati nak memilikinya.
KURUNG KUNO BINTANG SERIBU - kurung kuno yang ada sulaman khas ini begitu cantik rekaan nya, bagaikan ada bintang seribu.
KEBAYA RIAU CENGKIH - kebaya riau yang mengunakan fabrik brocade ditempah kahs bermotifkan rempah ratus cengkih.
KURUNG TUN TEJA - kain busana ini bahan brocade dan tampil mewah serta ayu.
KEBAYA CIK SITI WAN KEMBANG - kebaya yang menjadi imej Bahari Asyek selama 12 tahun mengunakan songket bermotif bunga pecah 4 dan design bawahan jalur lebar.
KEBAYA DAYANG SENANDUNG - kebaya yang mempunyai 17 butang merupakan design baru. Ianya mengunakan bahan cotton silk bermotifkan polkadot masa kini.
Yang lelain korang boleh ikuti semua update mereka di laman sosial okay. Jangan lupa follow www.instagram.com/bahariasyek.co
Semua ini boleh dibeli online tau. So korang jangan risau. Segala rekaannya di jamin memang klasik. Kolin setiap tahun hadir pada Syawal Showcase mereka memang setiap kali kagum dengan semua yang ditampilkan.
Tahniah Zahalina, Tahniah team Bahari Asyek!! Semoga terus sukses dalam perjuangan menjadi rekaan Melayu Klasik terus mekar di Malaysia.
Yang kuning ni memang kolin suka giler. Tengah menabung sebelum raya Insha Allah boleh lah beli wei. Memang kain berkualiti, jahitan bermutu dan paling penting rekaan tu sangat klasik. Doakan tabung kolin penuh okay!! Lawaaaa giler kuning niii! Tahniah BAHARI ASYEK :)
waalaikumussalam. semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak penyakit covid-19 ni. aamiin
ReplyDelete