Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SDCC x GLAMWEDDINGS 2.0 Open Day untuk semua bakal pengantin

Assalammualaikum semua. Bertuah rasanya dapat hadir sama di Open Day atau hari terbuka hasil kerjasama Sime Darby Convention Centre x Glamweddings Open Day 2.0. Kalau korang nak tahu, Glamweddings adalah salah satu perkhidmatan yang tersohor yang telah diasaskan oleh pereka terkemuka tanahair Dato' Rizalman Ibrahim. Dan Sime Darby Convention Centre pula tempat yang sangat lawa untuk buat apa-apa majlis. 


Terbuka untuk orang ramai, untuk bakal pengantin juga pada 7 dan 8 Mac 2020 bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kolin memang ambil kesempatan untuk lihat sendiri semua persiapan perkahwinan yang disediakan di sini. Nasib baik dah kahwin oii! Kalau tidak memang teringin sangat nak buat majlis kat sini hehehe. 

 



SET UP MEJA PENUH ROMANTIS 



NI SEDAP GILERRRRR

Serba romantis dan paling mengujakan kerjasama mereka bersama Dato' Rizalman membawakan 11 pakar dalam menyediakan majlis berkelas mewah iaitu kepakaran gambar, video, kek dan pelbagai lagi. Ianya memberikan pasangan yang mahu membina mahligai 'dream wedding' yang mereka dambakan. Maklumlah raja sehari kan. 

SIME DARBY CONVENTION CENTRE ada menyediakan pakej bermula dari harga RM19,999 nett untuk 300 pax. 10% diskaun akan diberikan untuk pakej perkahwinan yang lain seperti 'Orked' untuk perkahwinan melayu,'Cala Lilies' untuk chinese wedding dan 'Jasmine' untuk indian wedding. Akad nikah pun ada pakej juga, dapat diskaun sebanyak 5%. 

Untuk yang kerjasama ini SDCC x Glamweddings menawarkan kadar sangat istimewa pakej bermula dari RM138,000 nett untuk 500 pax. Inilah dia 11 vendor yang terkemuka yang menjanjikan majlis korang sure letop.

1. GlamWeddings Event & Planner
2. Qippy Photographer
3. WSVS
4. LH Media
5. Rerama Planner & Coordinator
6. Miss Shortcake
7. Memory Forever
8. Dennsa Event
9. Hardy Arbi
10. Saiful Nizam
11. N3 Production
12. Weddie - Guest Management System

Masa open day tu, tak payah booking pun tau. Terus datang dan boleh lah tanya apa yang korang nak tanya  mengenai pakej mewah ini. Untuk maklumat lanjut boleh 
hubungi 03-2089 3688 atau enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com

1 comment:

loving me..loving you