Assalammualaikum semua!! Dalam masa 40 hari bulan puasa akan tiba. Setiap kali bulan puasa GRAND BLUEWAVE HOTEL, SHAH ALAM tidak pernah ketinggalan memberikan hidangan istimewa dan juga satu pengalaman berbuka yang manis buat korang sekeluarga mahunpun sesiapa juga. Bertemakan HOUSE OF SMOKE AND GRILL korang mesti dah terbayang kambing golek kan. Memang sedap!! Jujur kolin nak bagitahu, banyak nyaaa menu!!!
Seksi kan kambing tu...rasa dia pulak lazat!
Bufet iftar tahun ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan
tempatan yang akan bertukar setiap hari. Antara masakan tempatan yang boleh
dinikmati ialah Nasi Putih, Nasi Kukus Pilaf Mentega, Nasi Kukus Lentil Mentega,
Nasi Kukus Mentega, Lebanese Chicken & Char Grilled Vegetable, Ayam
Bakar bersama Sos Cendawan, Sambal Tumis Udang bersama Petai, Rendang Tok
Daging, Pizza, Udang Masak Kelio, Gulai Ikan Ala Kampung dan pelbagai lagi
masakan untuk dicuba!
Tambahan lagi, terdapat masakan Pilihan Antarabangsa iaitu Assortment
Garden Salad, Salad Tuna, Salad Ayam Panggang, Salad Tabbouleh, Coleslaw,
Salad Makaroni Klasik, pilihan sos dan Seafood on Ice; Kupang, Udang dan
Ketam. Tetamu juga boleh mencuba makanan Pilihan Tempatan seperti Ulam-ulam
bersama 6 jenis Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Assam dan
4 jenis Raita, Jeruk Buah-Buahan, Aneka Keropok, Lemang, Ketupat, Nasi Impit
bersama Kuah Kacang & Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botol, Jantung
Pisang, dan Kacang Panjang & Som Tham.
Selain itu. tetamu juga boleh melihat barisan 16 gerai yang menampilkan
konsep yang berbeza semasa iftar nanti. Antara gerai yang boleh dikunjungi
ialah “Must Try Nasi Kandar”, “Ramadhan House of Smoke & Grill”,
“Wagon from Texas”, “Wok with Me”, “The Asian Fritters”, “The
Penang Street”, “Oriental Favourite”, “Something Sweet”, “Sahara
Tent”, “Seafood on the Grill”, “Oishii!!!”, “Noodle
Galore”, “Little India”, “The Hot Pot”, “Italian Memories”
dan “Bazar Favourite”.
Tarikan utama Bufet Ramadan kali ini ialah gerai “House of Smoke and
Grill” kami yang juga merupakan konsep utama Bufet Ramadan kali ini. Di
gerai ini, tetamu berpeluang mencuba masakan istimewa kami iaitu Smoke
Hickory Roasted Whole Lamb bersama Sayur Panggang, Lada Hitam, Rosemary,
Cendawan dan Sos Pudina.
Antara hidangan lain yang menjadi kegemaran ramai ialah Nasi Kandar bersama
Daging Masak Hitam Mamak, Ayam Goreng Berempah Madu, Kari Ikan Berbendi, Dhalca
Sayur, Kobis Koot, Acar Buah, Acar Timun dan Papadom Massala.
Terdapat juga pelbagai gerai sepanjang lobi yang menawarkan pelbagai
masakan panas serta aneka masakan yang terdiri daripada pelbagai konsep. Antara
menu yang boleh dinikmati tetamu adalah Burger, Mee Goreng Mamak, Yong Tau Foo
bersama Sotong Kangkong, Nasi Ayam Hainan, ABC, Nasi Arab, Ayam Mandy, Ikan
Merah Panggang, makanan Jepun seperti Sushi, Maki, Terriyaki, pelbagai jenis
Laksa, Murtabak Ayam, Roti Bom, Roti Jala, Sup Ayam Utara, Bubur Lambuk, Pasta,
Roti John dan pelbagai lagi boleh dicuba.
Antara lain yang dinanti-nantikan semasa berbuka puasa selepas seharian
menahan lapar dan dahaga, tentulah pilihan minuman. Terdapat dua gerai minuman
iaitu Minuman Panas dan Minuman Sejuk. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk
mencuba minuman-minuman seperti Kopi O Kampung, Teh Tarik Penang, Nescafe Tarik,
Air Soya, Tebu, Bandung Cincau, Jagung Manis, Mangga, Blue Lime Soda, Coklat
Ais and Air minuman berperisa.
Selain
dari hidangan buffet yang membangkitkan selera, tetamu juga berpeluang mencuba
pemanis mulut yang lazat. Chef Pastri kami menyediakan bermacam jenis pemanis
mulut termasuklah Serawa, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Bubur
Cha Cha bersama Keladi, Aneka Kek dan Pastri, Aneka Kurma, Buah-buahan tropika,
pilihan kuih-kuih Melayu dan Dodol, Aneka Jeli, Agar-Agar dan Puding, Sago Gula
Melaka dan Tembikai Susu bersama Sagu Pearl.
Bufet Ramadan Al-Kareem “House of Smoke & Grill” dibuka setiap
hari bermula jam 7.00pm hingga 10.00pm dari 24 April 2020 sehingga 23 Mei 2020.
Harga bagi bufet Ramadan ini ialah RM148.00 bersih setiap orang bagi dewasa dan
RM70.00 bersih bagi setiap kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu, harga RM150.00
bersih ditawarkan bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak pada hari Sabtu,
Ahad dan Cuti Umum.
Terdapat potongan harga istimewa untuk tempahan awal dan bayaran sebelum 1
Ramadan (24 April 2020) apabila tetamu berbuka pada 1 Ramadan sehingga 10
Ramadan (24 April 2020 sehingga 3 Mei 2020) iaitu dengan harga RM74.00 bersih
bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi kanak-kanak dan warga emas.
Sebagai penghargaan terhadap tetamu yang amat kami hargai, GBWHSA melancarkan
promosi Beli 10 Percuma 1 iaitu beli 10 baucar Bufet Ramadan bagi dewasa,
pelanggan akan mendapat 1 baucar Bufet Ramadan. Lebih menarik, mereka yang membeli
15 baucar Bufet Ramadan layak mendapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe
selama 2 hari 1 malam.
GBWHSA juga memenuhi keperluan majlis berbuka puasa di dewan. Bagi
mengadakan majlis berbuka puasa di dewan, harga pakej adalah serendah RM68.00
bersih bagi minimum 100 orang dan pakej ini didatangkan dengan 1 pilihan gerai.
Promosi ini ditawarkan khusus buat
syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis
berbuka di dewan bankuet GBWHSA.
Tarikan lain bagi promosi Bufet Ramadan tahun ini ialah sesi cabutan
bertuah. Setiap pembelian 5 baucar dewasa bagi Ramadan Bufet akan mendapat 1
penyertaan cabutan bertuah. Terdapat 5 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi
apabila anda berbuka puasa di Bufet Ramadan GBWHSA. Hadiah yang
dinanti-nantikan adalah Pakej Umrah untuk 2 orang bagi tempat pertama, Pakej
Umrah untuk 1 orang bagi tempat kedua, manakala tempat ketiga akan memenangi
baucar penginapan selama 3 hari 2 malam di bilik Deluxe Suite bernilai
RM1,300.00. Sementara itu, tempat
keempat akan memenangi baucar penginapan selama 2 hari 1 malam di bilik Deluxe
yang bernilai RM650.00 dan hadiah tempat kelima ialah baucar makan dan minuman
di GBWHSA bernilai RM300.00. Cabutan Bertuah akan diadakan selepas bulan
Ramadan iaitu pada bulan Syawal.
Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati
alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu boleh dapat menunaikan solat
Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam kami di Surau kami.
Untuk maklumat lanjut dan
tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran kami di talian 03-5511
8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar email dosm@bluewavehotels.com atau Jabatan
Telepemasaran melalui WhatsApp +60192736801 atau
+60192757801.
Terima kasih Grand Bluewave sebab ajak kolin previu buffet ramadan you! Love~
bestnya kalau ada rezeki dapat..tapi jauh la nak ke Shah Alam :(
ReplyDelete