Assalammualaikum korang, kali ni kolin nak berkongsi dengan korang semua pasal minyak pelincir keluaran tempatan yang bertaraf antarabangsa, Tahniah!!! Inilah barisan distributor yang ada. Dah lama di pasaran tapi kali ini pertama kali dilancarkan tau.
GLIDE TECHNOLOGY SDN BHD PERKENAL “WAJAH BARU” MINYAK
PELINCIR GLIDE LUBRICANTS KELUARAN BUMIPUTERA
Kini
terdapat pelbagai jenis minyak pelincir
kenderaan untuk kegunaan yang berbeza-beza di pasaran. Namun, pastikan anda
memilih minyak pelincir yang sesuai
serta berkualiti tinggi bagi memastikan dapat memberikan perlindungan optima
untuk enjin kereta anda!
Baru-baru
ini Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk barunya
iaitu MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20
API SP/SN PLUS.
Majlis
pelancaran semalam 12 Mac 2020, “ The New Glide” itu diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur
dan telah dirasmikan oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad,
CEO - Glide Technology Sdn Bhd.
Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad
Glide
Technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat di bawah Glide Group. Syarikat
ini ditubuhkan pada 16 Januari 2007, di mana ia memfokuskan pembuatan minyak pelincir
di bawah jenama Glide Lubricants.
Di
majlis pelancaran tersebut, Glide Technology Sdn Bhd turut memperkenalkan
rekaan botol dan pelekat botol baru
untuk ke semua produk yang dikeluarkannya.
MaxiGlide
BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 adalah rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant, di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan
mengurangkan
pelepasan.
MaxiGlide
BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut menyediakan ‘coating effect’ daripada
penggunaan teknologi Molybdenum untuk
meningkatkan lagi perlindungan anti
haus, karat dan mengurangkan haba
supaya enjin dapat berfungsi
dengan
lebih efisien.
Minyak
enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin
waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai
untuk
penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles
(EEV)). Standard API: API SP/SN PLUS (RC)
Kesemua
produk “berwajah baru” yang dilancarkan ini sudah hampir enam tahun menembusi
pasaran Jepun. Bersandarkan pengalaman tersebut, Glide Technology Sdn Bhd telah
menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia.
Melalui
kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan
minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan maksima serta jangka hayat enjin kenderaan
yang tahan lebih lama daripada biasa.
Di
samping itu, ia juga akan menjimatkan penggunaan bahan api serta dengan campuran
tambahan
‘coating
effect’ daripada penggunaan teknologi ‘Molybdenum’ untuk meningkatkan lagi perlindungan
anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan
lebih efisien.
Untuk
dua gred yang baru dilancarkan ini Glide Technology Sdn Bhd menumpukan kepada
pengguna
kenderaan baru yang memerlukan performan kenderaan yang terbaik dan kenderaan
yang tidak lagi menghantar ke pusat servis yang ditetapkan.
Harga
pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS
adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS
adalah RM170.00.
Bagi
yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar
sah Glide di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat
pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke
admin@glidetechnology.com.my
Kalau nak tahu cerita terkini mengenai mereka korang boleh terus ke FB www.facebook.com/glidelubricants, IG pula www.instagram.com/glide.lubricants atau terus ke www.glidetechnology.com.my
Tahniah GLIDE TECHNOLOGY SDN. BHD.
Semoga terus sukses dan menjadi pilihan utama di Malaysia. Korang jangan lupa sokong keluaran tempatan okay.
dah ada produk bumiputera, kita sokong yg ni plak la lepas nehhh
ReplyDelete