Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

CARA BUAT AGAR AGAR SUSU

Assalammualaikum! Siapa yang tak suka agar-agar atau jelly. Kalau cuaca panas-panas dapat makan agar-agar confirm sedap! Satu lagi pemanis mulut agar-agar ini memang menjadi pilihan dari anak kecil sampailah yang berusia. Agar-agar pula ada macam-macam, selalu yang senang dibuat ialah 'agar agar pekak' alah yang warna merah tuuuu..selalu masa birthday party atau kenduri ada agar-agar merah sirap tu. 



Tapi yang ini agar-agar susu, resipi turun temurun dari mama kolin. Dari kolin kecil sampai lah dah tua ini memang ada agar-agar susu ini masa raya atau bila-bila masa. Jadi kali ini kolin nak berkongsi dengan korang pula resipi mama kolin ye. Caranya sangat senang, murah dan sedap.

RESIPI AGAR-AGAR SUSU

Bahan-bahan yang diperlukan:

agar-agar tali (pastikan rendam dahulu sebelum merebus)
gula putih dalam 7 ke 8 sudu
susu sejat (tak kisah apa brand pun)
pewarna merah atau apa-apa color pun takpe

Cara nak buat:

1. Tali agar-agar yang direndam tu dalam setengah jam boleh on api. Masa nak merebus tu siap masukkan 7 ke 8 sudu gula putih. So biarkan sampai agar-agar tu hancur. 

2. Setelah semua hancur agar-agar direbus, ambil sedikit air rebusan masuk ke mangkuk lain dan titiskan warna merah. Biarkan mengeras okay. Masukkan dalam peti terbaik.

3. Yang masih dalam periuk tu, sila masukkan susu sejat dan api diperlahankan. Masuk perlahan-lahan ye. Kita nak elakkan berbuih-buih. 

4. Setelah semua susu sejat dimasukkan, kacau perlahan-lahan sampai semua rata.

5. Masukkan dalam bekas yang disediakan dengan menapis ye. Kita tak mahu sisa agar-agar yang masih ada tu. So tapis perlahan-lahan. Biarkan
sejuk seketika. 

6.Ingat tak yang warna merah dalam mangkuk kecil tadi tu, korang cincang dia macam korang cincang cincau. Perlahan-lahan tabur dalam bekas yang korang dah masukkan agar-agar susu tu. Perlahan-lahan okay. 



Selesai sudah. Tunggu keras sikit, korang masuk dalam peti sejuk dan boleh lah makan setelah sejuk. 

Cuba sekali, confirm lepas ini semua dalam rumah minta lagi hahahah. Sekian sahaja perkongsian kolin mengenai resipi warisan dari mama. Yang tak faham sila komen, kolin bagi tutorial khas ye...love you.

Be safe everyone :)

2 comments:

  1. lama tk buat agar2..sodap tu sejuk222

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..yg ni senang dan bahan x banyak..bleh la kakak buat...huhu

    ReplyDelete

loving me..loving you