Assalammualaikum korang semua. Siapa yang tak suka makan ayam goreng kan? Tapi jangan tak tahu, ada pelbagai tips atau resipi untuk ayam goreng yang sedap tau. Lagi lah buat mak-mak yang nak pikat hati anak-anak dengan masakan di rumah. Jangan lupa para ibu semua, masakan kita adalah 'senjata' tau.
Hari ini menu ayam! Kalau dah ayam mesti lah ada ayam goreng. Tapi selalu kolin akan gunakan cara tradisional iaitu kunyit dan garam. Tapi kadang tak berapa laku ayam goreng macam tu. Jadinya kolin potong dadu isi ayam dan gaul dengan ramuan rahsia kolin iaitu TEPUNG BESTARI HOT & SPICY. Jimat garam dan kunyit tau. Korang hanya perlu basuh semua ayam tu bersih-bersih dan gaulkan dengan tepung Bestari tu.
TEPUNG BESTARI COATING MIX
untuk makluman korang semua, tepung bestari ada dua jenis, satu biasa dan satu lagi spicy. Tapi yang spicy atau pedas tu tak lah pedas mana pun wei, anak-anak confirm suka.
Selesai dah goreng, korang potong bawang holland dan cili tabur atas ayam tu. Tengok lah macam mana berselera anak korang makan nanti tau. Kolin suka sebab ianya akan buat ayam tu ranggup.
Itu lah rahsia ramuan ayam goreng sedap dan menyelerakan dari kolin. Siapa yang tak pernah cuba lagi tepung goreng dari bestari untuk mengoreng ayam, sila cari kat pasaraya terdekat okay. Dulu dia jual paket besar, tapi sekarang ada jual dalam kotak kecil harga tak sampai RM5 pun tau. Boleh pakai banyak kali. Korang jangan buh banyak pun, buh tipis-tipis gaul ayam korang. Ianya sudah cukup!!
Selamat mencuba gais!!
sedappnyaaa ayam goreng
ReplyDelete