Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KENAPA MERUNGUT KALAU ORANG DATANG MINTA SEDEKAH? TAK TAHUKAH BETAPA BESARNYA NILAI SEDEKAH TU? NAK TAHU BACA SINI

Salam Jumaat korang semua. Anyway kolin bukan lah ustazah, jauh sekali nak gelar diri Muslimah tersohor. Tapi kali ini terasa nak berkongsi. Itu lah blog wei, kena tulis dengan penuh minat dan kasih sayang. Supaya orang yang baca dapat informasi dan sedikit ilmu. So hari Jumaat yang sungguh bahagia ini kolin nak kongsi sedikit petikan ayat manis dari kawan-kawan yang kenal dan tidak kenal.

Pernah tak korang pergi minta kawan sedekah sebab kawan lain kesusahan, pernah tak? kolin pernah dan sekali tu terus rasa Allahuakbar. Saya minta sedekah untuk tolong orang, kawan kita, tapi orang tu MEROYAN ye. MEROYAN DALAM MEDIA SOSIAL okay. Takpe lah, saya doakan Allah buka pintu hati awak bab sedekah. Mintak RM5 pun...siap tawar menawar. Dakwaan dia sedekah tak boleh paksa, tak boleh letak amaun. Okaylah sis...esok u susah, orang pun cakap yang sama jugak. Dunia berpusing, roda berputar, dan saya dah maafkan awak.

Jom korang baca sesama...
Mana tau...korang terbuka hati sikit...


TAK MISKIN PUN KALAU BERSEDEKAH, INGAT TU DIK~



Jumaat yang indah ini saya maafkan semua orang, dan saya harap semua yang baca ni maafkan saya. Rajinlah sedekah, jadikan habit sehari RM1 sedekah. Kolin confirm dalam perjalanan korang masuk opis mesti ada satu tabung sedekah kat lobi pejabat tu. Sedekah la...kita tak pernah tau kawan-kawan kita memerlukan. Sedekah dan zakat lain yer..itu lain kali kita cerita...happy fridays guys!

2 comments:

  1. sedekah ni umpama bersihkan harta, kan.
    jgn berkira. semampunya...
    memang la sedekah kena ikhlas. tapi, jgn la berkira naw naw, kan :)
    aduhai.

    ReplyDelete
  2. semoga Allah jauhkan kita daripada sifat bakhil. aamiin

    ReplyDelete

loving me..loving you