Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

HARI PERTAMA DI HEALTHY BEAUTY MEDIA RETREAT BERSAMA GUARDIAN MALAYSIA

Assalammualaikum korang. Trip ini kolin pergi awal bulan oktober yang lalu iaitu dari 2 Oktober sehingga 4 Oktober 2019. Siapa sangka kolin bertuah dan terpilih untuk bersama-sama dalam trip yang meninggalkan satu kenangan manis buat kolin seumur hidup. Dari tidak mengenali antara satu sama lain, sehinggalah kami semua mesra dan saling menjaga satu sama lain. Itu lah dia apabila lebih 30 orang wanita bersatu dalam satu program. Girls power!

Hari pertama tu seawal 9.00 pagi kami berkumpul di Giant Shah Alam untuk menaiki bas. Selesai urusan pendaftaran kami terus menaiki bas yang disediakan. Seronok masa tu bukan nak kata lah, masa tu masing-masing masih perangai malu-malu lagi. Maklumlah hari pertama kan. Perjalanan sejam ke Avillion Port Dickson sekejap sahaja kolin rasa mungkin sebab kolin excited sangat kut. Tu rasa duk dalam bas sekejap aje hahhahha



Dalam perjalanan kami dihidangkan dengan snek ringan dari Nature's Heart. Makan kekacang dan biskut bersama air mineral memang terbaik untuk pagi kan. Maklumlah nak jaga badan. 

LOKASI RETREAT DI AVILLION PORT DICKSON

Sampai sahaja di Avillion Port Dickson kami disambut ramah oleh coordinator/emcee/bodyguard kami sepanjang kami 3 hari di sana iaitu En. Ramzan. Selesai sedikit taklimat di ruang lobi hotel, kami terus makan tengahari. Maklumlah perut memang dah lapar sebab hampir masuk jam 12.30 tengahari kan. 




Selesai menjamu selera yang enak-enak kami terus di bawa ke bilik yang bakal menjadi tempat kami berkumpul beramai-ramai iaitu Bilik Riau 1. Semua aktiviti bakal dijalankan kat sana lah, masa ini kami masih senyum-senyum simpul aje. Sebab antara kami yang hadir ada yang hebat-hebat kolin tak kenal lagi. Tapi jangan risau mereka sangat peramah tau, suka senyum, tak sombong pun!


Inilah tempat kami berkumpul. Program dimulakan dengan sedikit taklimat keselamatan hotel dan kami diberikan segala informasi mengenai perjalanan program yang bakal berlangsung selama 3 hari. Dan sudah tentunya kami juga diberikan buku nota yang mengandungi semua maklumat yang diperlukan. Malah buku nota itu bakal mengikuti kami sepanjang program sebab kami dikehendaki mencatat apa jua yang kami rasakan sepanjang program. Menarik kan! Lagi menarik dalam buku nota tu di muka surat belakang ada soalan..soalan yang kolin dapat ialah: 

if you can instantly become an expert in something, what would it be? 

jawapan kolin: a professional baker! sebab keluarga kolin suka sangat makan kek! dan kolin tak lah pandai masak kek. Lagi pulak si alisa suka nak kek pelik-pelik princess bagai. Itu impian kolin lah kalau nak jadi expert tetiba. Tapi malangnya kolin tak minat baking hahahahah. So itu hanya laaa impian dan kenangan ye. 



Opening ceremony memberikan kami kata-kata semangat dan harapan sepanjang program berlangsung. Sesuai dengan HEALTHY BEAUTY RETREAT 2019 BY GUARDIAN MALAYSIA semua kata-katanya memberikan kami gambaran yang program yang kami bakal lalui adalah satu program yang sangat bermakna. 


ICE BREAKER ACTIVITY

Acara 'ice breaker activity' di adakan bagi kami mengenali satu sama lain. Masa ni semua perserta kena jawab lah soalan yang kolin kongsikan kat atas tu. Macam-macam idea dan curahan perasaan lah bila 30 wanita hebat bergabung hahahah. Kelakar ada, emosi ada dan gembira pun ada. Hebat mereka ini! sepanjang kolin mengamalkan media blog ini, pertama kali kolin ke program macam ini. Alahai..baru hari pertama dah rasa terharu. Terima kasih Guardian Malaysia atas penghargaan ini. 


Macam-macam perasaan kolin masa ini. Padahal bukan pertama kali sesi macam ni tapi itu lah hahaha. Kami gelak aje sepanjang sesi ice breaker ni berlangsung. Kolin tambah ramai kawan baru tau, semuanya sangat sporting betul.


HEALTHY LIVING WITH GUARDIAN PHARMACIST

sebelum kami ke bilik penginapan masing-masing kami diberikan taklimat 'Healthy Living with Guardian Pharmacist". Ms. Aga memberikan kami sedikit sebanyak maklumat yang kami perlu tahu untuk jalani hidup yang lebih sihat dan positif. Banyak tips yang diberikan dan kolin rasa perlu sangat. Maklumlah sebelum program ini kolin sertai, kolin kan baru baik dari demam denggi! Hampir-hampir sebenarnya kolin nak tarik diri, nasib baik ngam-ngam sebelum pergi kolin sembuh walaupun bukan 100%. Tapi nasib kolin baik sebab kak ani dan sally (rakan sebilik) tawarkan diri jaga kolin hahaha. So buat segala benda perlahan-lahan aje momentum kolin hari pertama tu. 



Selesai segala taklimat kami terus buat Basic Health Check. Untuk BMI badan, kadar gula dan kadar kolesterol. Masa ni kolin dah tahu kena kurangkan lagi berat badan kolin. Nampak kurus aje kan, padahal kolin ni terlebih berat badan sebenarnya. Menginjak umur 'the glory 40's' kolin memang dah mula sebenarnya buat check up. Baru aje buat full urine dan blood test kat klinik. Korang semua jangan tak buat tau. Buat dan ketahui badan korang sendiri apa yang perlu di jaga. Kurangkan gula, minyak dan lemak, bersederhana dalam pengambilan makanan ye. Jaga diri!




SUNSET VOLLEYBALL GAME

Dan seterusnya kami balik ke bilik dan berehat sebentar. Petang tu kami ada perlawanan 'Sunset Volleyball Game'. Mulanya kolin tak mahu nak bermain, disebabkan badan masih sengal-sengal. Tapi kolin kuatkan semangat aje lah, nak seronok kan. Itu kita join aje lah. Sebelum bermain semua kaki foto berkumpul laa..tangkap gambar tu mesti! Terima kasih laa abang razak, photographer kami sepanjang program ini bertungkus lumus tangkap gambar kami. Semua memang kaki 'instagram' kan..tak melepaskan peluang tau!






Sebelum bermula, En. Ramzan memberikan taklimat terlebih dahulu. Apa yang kami akan lakukan sebelum bermain. Bagi memulakan permainan, kami diberikan sesi pemanasan badan terlebih dahulu sebelum bermain. Takut juga ada yang cedera pun iye juga. So mana yang tak mahu bermain pun tidak dipaksa. Betul juga, mereka ada alasan tersendiri kan. Kolin tak melepaskan peluang, main terussss....walau badan bukan sihat pun lagi wei. 




inilah group volleyball kolin, dari kiri betty, farah, lisa, kolin dan qis. Semua ni tak pandai main! hahah kolin ni badan aje macam atlet, tapi tak suka bersukan. Bersenam pun boleh kira dengan jari. Maklumlah masa sekolah lebih ke arah modelling dan juga tarian. Kalau bab tu memang no. 1, kalau bersukan, semua ke laut. 

Ada 6 kumpulan dan kami lah kumpulan 1. Main aje lah wei, main macam tiada esok katanya. Lepas satu, satu game kami main. Rasanya macam kelakar bila menang satu perlawanan, gelak besar kami. Sebab memang kami semua tak pandai main.



Kelakar bila kolin cuba 'serve' bola, ada yang lepas jaring ada juga yang ke bawah jaring. Tapi tetap cuba. Tapi nak tahu!! kami tak kalah-kalah terus menerus menang weiii!


sampai lah kami semua masuk final ! Rezeki menyebelahi kami dan kami JUARA petang tu. Kenangan manis satu lagi tercipta, dengan kawan-kawan yang tak pernah kolin kenal, kami berjaya sebagai satu pasukan yang berjaya. Syukurr...


Untuk pemenang kami dapat kipas bateri dan barangan penjagaan rambut dari Nurigins (masa tu en. ramzan kata portable air-cond hahaha). Itu yang kami main sungguh-sungguh tu. Tapi tak apa, yang paling penting kami bawa balik kenangan terindah. Walaupun memula semua blurr cara nak main kan. 




Petang yang sangat manis dan kami sudahi dengan gambar dari drone abg razak yang selalu menjadi pujaan hati! 



HEALTHY BEAUTY VISION BOARD ACTIVITY

Sebelah malam selepas makan malam, aktiviti terus disambung. Kali ini kami dikehendaki membuat satu 'vision board'. Dalam 10 tahun atau lebih akan datang, apa yang kami harapkan. Satu matlamat hidup yang positif yang boleh menjadi satu laras yang boleh kami ikuti. Kami diberikan semua alatan dan pelbagai majalah yang kami boleh koyak dan gunting. Semua itu kami tampal atas kertas keras yang diberikan tanpa apa peraturan. Ikut suka kami nak buat macam mana pun! Masih di dalam kumpulan yang sama kami duduk dan fokus kepada vision board yang bakal kami siapkan. Untuk diri sendiri ya, bukan orang lain. 


Ms. Jennifer menerangkan dahulu serba sedikit mengenai vision board yang bakal kami hasilkan. Dan dia beritahu, tidak ada cara salah atau betul untuk dihasilkan. So jommm..dalam masa sejam kita buat vision board jommmmm...


Jenuh buka majalah main gam dan gunting memasing masa ini. 


Vision board kolin dah siap. Cukup setakat itu. Kalau korang nampak ..nampak laa ye. Tak nampak pun tak apa, kolin cuma nak fokus dan terus bersederhana dalam kehidupan. Semoga tercapai la dengan berkat doa korang semua ye. 


Siap dah vision board kolin dengan kak anie. Berakhir sudah hari pertama di HEALTHY BEAUTY MEDIA RETREAT bersama Guardian Malaysia. Tak sabar kolin nak sambung entri kolin dengan hari kedua di sini. Terima kasih korang baca entri ini ya. Jangan lupa entri kedua nanti tau! Sayonara :)









2 comments:

loving me..loving you