Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Salam Maulidur Rasul

Assalammualaikum semua

Salam MAULIDUR RASUL buat semua. Jom baca sesama perkongsian ini ye. Menarik sangat tau 

DIANTARA SIFAT-SIFAT MULIA RASULULLAH SAW

1. Baginda Rasulullah SAW selalu diam.
2. Berbicara ketika perlu.
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
5. Hatinya selalu sedih (Inginkan umatnya dalam kebaikan dan terlepas dari azab Allah SWT).
6. Selalu menundukkan pandangan kerana Tawaddu’.
7. Berfikir terus-menerus.
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun.
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan, jika tidak maka ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu.
12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan wajah.
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji yang melampaui batas.
16. Tidak pernah berteriak-teriak (menjerit-jerit).
17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan dan berlapang dada.
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad (mempertahankan bukan berlawan) di jalan Allah SWT.
20. Apabila menghadapi dua  perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.
21. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang mencuci pakaian, memerah susu (haiwan) dan membuat sendiri segala keperluan diri.
22. Ketika duduk ataupun berdiri, Baginda selalu berdzikir.
23. Raut Wajahnya selalu ceria. Perangainya boleh menjadi suri tauladan dengan mudah, lemah-lembut dan peramah.
24. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak (menjerit-jerit), lebih-lebih lagi mencela orang lain.
25. Tiga perkara yang dijauhi Baginda : perselisihan, perdebatan dan segala yang tidak diperlukan.
26. Tidak pernah mencela dan memaki orang lain.
27. Tidak pernah mengetahui rahsia orang lain.
28. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang mendatangkan pahala.
29. Cara berbicaranya menarik dan siapa pun yang mendengarnya terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
30. Sesiapa yang melihat Baginda sepintas, maka ia akan tertarik dan hormat terhadapnya.
31. Sesiapa yang selalu bergaul dan telah dekat mengenali Baginda, maka ia akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
32. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membezakan di kalangan mereka.
33. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
34. Tangan Baginda selalu terbuka kepada siapa saja tanpa pilih kasih. Baginda adalah Ayah bagi mereka semua (umat).
35. Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu dan sabar serta amanah.
36. Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.
37. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya : Menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan orang asing.
38. Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.
39. Paling berlapang dada.
40. Paling tepat dalam berbicara.
41. Paling halus keperibadiannya.
42. Paling ramah dan beradab dalam pergaulan dan Muamalah (kemasyarakatan)nya.

(Dipetik dari Biografi Lengkap Rasulullah SAW oleh Prof Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Allahumma Shalli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad.

Majlis Ta'lim Al Muhtadin
Salam Maulidur Rasul 1440H



1 comment:

loving me..loving you