Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Dugaan sakit

Assalammualaikum korang

Masih cuti sakit, tak berapa nak sihat sangat. Mula mula jaga anak sakit, end up kolin demam virus campur gastrik. Sebab double sakit cucuk dah kat bontot. Demam kebah tapi sakit perut akibat gastrik masih merengut rengut. Doakan kolin cepat sihat ye, tak sabar nak posing tepi tangga huhu

DOAKAN KOLIN SEKELUARGA SIHAT SELALU YE. THK U KORANG


coretan sambutan hari lahir tahun ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Akhirnya sempat juga kolin nak berkongsi dalam blog ini. Sambutan hari lahir pada 2018 yang penuh dengan kejutan. Tak sangka ramai pula yang sudi sambut birthday kolin. Syukur ada kawan-kawan yang sama 'masuk air' yeay. Birthday kolin pada 31 Ogos yang lalu tau, jangan terpedaya tengok update ini hahahah. Tapi sayang kalau kolin tak abadikan sambutan birthday 2018 ini dalam blog rasanya. 

Bermula dengan sambutan di pejabat lah. Terima kasih buat suzi, azie, zati, syirah, reena dan semua lah yang lelain buat surprise. Keluar masuk bilik pejabat, sekali tengok atas meja ada kek dan hadiah. Serius kita terkejut sangat hahahha. Paling teruja suzi hadiahkan kita set berus mekap dari Sendayu Tinggi. Kita suka awak..melompat kita suka tau.. 




Tempahan manik ada lagi !!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

REZEKI tak pernah salah alamat!!! Sebenarnya rezeki kolin memang dengan menjahit manik. Dulu cari duit raya, duit nak travel sana sini dengan bermanik. Lepas tu tak larat, kolin stop promote dah. Maklumlah mencari masa, dengan sibuk macam-macam. Tapi pelanggan setia kolin memang ada aje menempah. Dan yang terbaru, kolin buat simple sahaja. Ala-ala bracelet atau gelang. Agak berat tapi nampak mewah laa..sesuai untuk kain cotton ni. Terima kasih menempah ye sis





Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan. Semoga kolin lebih rajin mencari job memanik hahahha. Boleh la beli gelang emas baru oii. Yang ini kolin caj RM80 sepasang. Nak tempah email kita tau...



Babai,

Kolin Zainal 

Memperkenalkan saluran hiburan umum, inilah dia BLUE ANT ENTERTAINMENT

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat hari rabu uolsss... kali ini kolin nak berkongsi dengan korang semua saluran hiburan umum dengan gabungan terbaik rancangan realiti, drama, komedi dan program harian. Memaparkan siri dan rancangan televisyen lewat malam popular telah kembali ke udara pada hari yang sama dengan pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom. Bagi korang yang memang suka The X Factor UK, Entertainment Tonight dan lelain tu, boleh terus ke ikuti Blue Ant Entertainment di www.facebook.com/BlueAntEntertainment atau di twitter www.twitter.com/BlueAntEnt manakala di IG www.instagram.com/BlueAntEntertainment untuk informasi penuh mengenai apa sahaja tayangan yang ada. Kali ini kolin nak berkongsi dengan korang Rancangan TV Realiti First Date yang mendedahkan selok belok memadankan pasangan kekasih berpotensi iaitu FIRST DATE hanya di Blue Ant Entertainment tau.



Majlis Pelancaran Penuh Gaya, Tahniah Irisa Cosmetics!


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahniah Irisa Cosmetics !!! Tiada kata yang boleh kolin katakan, terima kasih sebab menjemput kolin. Inilah dia gandingan dua beradik iaitu Irisa dan juga Iman telah menghasilkan jenama kecantikan hak milik Bumiputera sepenuhnya dan dikenali kini sebagai Irisa Cosmetics. Jangan korang tak tahu, alat solek yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, bebas dari paraben dan sesuai untuk kulit sensitif ini telah ada dipasaran. Buat korang yang tak suka gincu bibir yang ada bau tu, patut cuba pewarna bibir dari mereka. Sebagai langkah permulaan, mereka telah menghasilkan 5 pilihan pewarna bibir atau Flux Matte yang terdiri daripada warna yang segar dan memang trend sekarang lah. Lagi membuatkan kolin kagum, orang kuat atau adik beradik ini muda sangat Irisa berumur 17 tahun dan Iman 15 tahun sahaja. Ini lah dia usahawan muda Bumiputera yang perlu kita beri perhatian tau. 

 inilah Irisa dan Iman

Bukti kejayaan mereka, apabila telah mengadakan majlis pelancaran secara gilang gemilang yang bertempat di Black Box, Publika pada hujung minggu yang lalu. 



Malah ramai selebriti dan insta femes ada atau. Antara selebriti yang hadir ialah Aprena Manrose, Fazdlun Abass, Arenaliena Nourul Depp, Emma Shazleen dan juga Cilibling. Tak lupa jua, ramai media, kawan-kawan dan kaum keluarga bersama datang meraikan kejayaan produk mereka. 

Minum Segelas Susu Dutch Lady PureFarm untuk melengkapkan Sarapan Pagi Anda

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sarapan pagi adalah sangat penting kann..Kolin percaya korang semua sama juga mementingkan sarapan pagi. Apa yang kita makan pagi tu memberikan mood yang berbeza, betul tak! Ada yang suka roti canai, nasi lemak, mihun, kuih-muih namun ada yang suka roti atau biskut sahaja. Pada kolin pula, BREAKFAST LIKE A KING. Jadi kolin makan berat masa sarapan, lunch kolin kekadang skip. Kunun nak jaga makan lerrr kan. Maklumlah orang perempuan memang takut naik berat badan wei, termasuk lah aku. 


 
Namun dalam menjaga ada juga yang abaikan kerana tak sempat. Ye lah tergesa-gesa nak ke tempat kerja atau ke sekolah sampaikan kita lupa hidangan paling penting. Selepas tidur semalaman, hakikatnya badan kita memerlukan banyak khasiat, di mana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Dan jangan kita tak tahu, sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. Dan disebabkan itu, kolin hari ini nak kongsi dengan korang semua bagaimana kolin bersarapan. Haaa...kalau tak sempat sangat, kolin minum segelas susu sudah tentu dapat memberikan nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Ini kalau korang semua tak sempat bersarapan tau. Minum susu, siap dah tenaga untuk menghadapi hari-hari yang sibuk. Haa bebel haha




REUNION: CLASS OF 97, ASSUNTARIANS

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ha...akhirnya terlaksana jua reunion sekolah weii. Puas berdebat, melalak dan beri cadangan dalam group wasap tu. Korang mesti ada juga kan. Kolin syukur dikurniakan kawan-kawan yang baik-baik. Ada group sekolah rendah, sekolah menengah, uitm pahang dan juga uitm perak. Nampakkk takk..itu lah pasal kolin sendiri jadi keliru hahaha. Terlalu ramai sangat kawan, masalah dengan kolin pulak, selalu lupa nama, ingat muka. So sesiapa yang kenal aku tu mesti tegur aku dengan meriah. Kita buat baik dekat orang, mesti orang buat baik dekat kita. Kita nak berkawan sampai mati! korang kalau nak berkawan kenalah ikhlas tau, jangan ambil kesempatan, mesti korang rasa manisnya sebuah persahabatan. 

Seperti yang dijanjikan, kami nak makan di Seoul Garden, Sunway Putra pada 13 Oktober yang lalu, jam 4.00 petang. Maklumlah kalau pagi atau tengahari kami semua kaum ibu ada hal nak buat. Dah berjanji kita terus pergi wei..tema pulak seluar jeans, baju putih dan tudung navy blue. Aku bantai aje royal blue hahahhaha. 




Projek CSR DMR #darihati123mamanet


 Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hujung minggu yang lalu, kolin berkesempatan turun padang dan turut sama dalam PROJEK CSR DMR #darihati123mamanet. Pada 14 Oktober yang lalu, bertempat di Dataran Shah Alam acara amal yang penuh kemeriahan ini telah memberikan banyak kebaikan dalam meringankan beban golongan susah atau golongan "miskin bandar" ini dalam meneruskan kelangsungan hidup. Bukan semua  mampu, betul tak. Harap dengan usaha murni ini dapat diteruskan bagi memastikan golongan yang memerlukan terus terpelihara. Kita jalankan tanggungjawab sosial kita tau, jangan lah harapkan agensi kerajaan sahaja, kita sendiri sebagai individu pun boleh menyumbang tau. Inilah yang dilakukan oleh www.123mamanet.com dalam memastikan usaha mereka dapat membantu orang lain.



Pelancaran MAX FACTOR di Malaysia menampilkan Lisa Surihani sebagai Duta #unlockingrealwomen

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Salah satu ikon dalam industri kosmetik iaitu Max Factor telah pun berada di Malaysia. Majlis yang  gah telah diadakan baru-baru ini di Lot 10, Jalan Tangsi tu tau. Majlis yang diadakan bersempena meraikan pelancaran jenama ini bersekali dengan pelancaran The Max Factor Beauty House yang turut menampilkan artis tanahair terkemuka iaitu Lisa Surihani sebagai duta mereka. Majlis yang dihadiri hampir 150 orang para tetamu ini dijemput bagi merasaikan kemeriahan majlis di petang itu iaitu #UnlockingRealWoman 


Wordless Friday

Alhamdulillah...syukur ....Kalau korang nak tahu hari ini pelbagai dugaan dari pagi. Kolin lambat ke pejabat gara-gara kemalangan maut di NKVE. Takziah buat keluarga mangsa ye. Dan rasanya musim hujan, musim banjir ini kita semua kena berhati-hati lah. 

Kolin keluar rumah jam 7.00 pagi dan sampai Shah Alam jam 11.00 pagi. Memang 'pishang' dalam kereta. Tapi kolin berhenti lah minum kat kedai mamak di Kota Damansara. Akibat tak tahan betul dengan kesesakan jalan raya tu. Lagipun kereta kolin tak tahan lama-lama duduk dalam jem tu. 

Ini rezeki hujan petang jumaat pula, tak tau nak gambarkan macam mana laa pulak nak balik uuuwaaaa..Doakan kolin selamat sampai ke rumah ye. Salam Jumaat korang semua ...

Muka berseri dengan Shimmer Shine Jolie

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin adalah sejenis yang suka bermekap. Haaa..tak tahu lah nak kata apa kalau bab bermekap memang suka giler. Tapi lagi best kalau dapat bedak yang dapat ringkaskan masa untuk berbedak. Buat pengetahuan korang, selalunya kolin nak mekap pergi kerja mulanya pakai moisturiser atau pelembap. Dah kering elok, kolin sapu foundation dan seterusnya berus pulak bedak compact tu. Tapi korang tak rasa ker beg mekap aku besar hahahha. Hatta memang handbag tu berat pasal beg mekap. Tapi korang jangan risau, buat kaki mekap, nak travel, nak cepat senang sangat. Bertema kan Less Is More ini dia JOLIE yang comel tapi ada kelas tersendiri. 


Happy 9th Birthday Alisa Maisara

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Anak kedua kolin dan pun genap 9 tahun, bermakna aku dah tua hahahha. Nak kata apa, semua orang bakal tua, so korang jangan ejek orang tua, sebab korang pun tua jugak nanti tau. Siapa aje yang kenal muda umur tak bertambah weii. Tapi yang penting kita tua dengan baik, gembira dan bahagia. Kita tua di usia, tapi muda di jiwa..giteww...

Buat lah sikit majlis hari lahir buat anak dara ini. Selalu kolin bawa ke hotel, mandi pool, makan luar. Tapi tahun ini dia mahukan parti di rumah. Kecil aje pun majlis dia, jemput jiran yang dekat sahaja. Itu pun masak bihun aje..lelain mcm biasa lah kan. Apa yang ringkas kita sediakan untuk dia.



Tiada apa yang kolin harapkan, cuma kolin doa, Alisa Maisara selalu dilindungi dan dipermudahkan dunia dan akhirat. Good luck for your coming exam baby girl !! Have a blast ya..29.09.2009 

Mami sayang lisa tau..jangan lupa baca blogpost ini masa mami dah takde yee sayang...love you always




Cara lebih sihat untuk mengoreng dengan AirFryer XXL Philips

assalammualaikum dan salam sejahtera

hai selamat hujung minggu weii..di hari ahad yang sibuk ini kolin nak berkongsi dengan korang semua mengenai produk yang best untuk kita yang suka masak dan makan. Perasan tak kita ni selalu duk mengoreng macam-macam, terfikir juga kalau nak sihat macam mana lah asyik ada minyak. Inilah dia AirFryer terbaru saiz lebih besar iaitu AirFryer XXL dari jenama terkemuka Philips. Sesiapa yang belum ada lagi kat rumah boleh lah rapat sikit, baca apa kolin nak kongsikan ini okay. Ini lah dia satu produk yang korang ada satu aje cukup untuk buat segala benda. Jimat tenaga dan masa mengemas...itu paling penting.




Tips murah rezeki dengan berZAKAT

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat berhujung minggu korang semua. Hari ini kolin terasa nak berkongsi dengan korang mengenai TIPS MURAH REZEKI. Siapa yang tak berdoa hari-hari dimurahkan rezeki betul tak..semua nak kaya, nak senang dan nak jumlah akaun simpanan tu meningkat setiap hari. Tipu lah kalau kita sendiri tak mencari bagaimana nak menambah pendapatan dan juga simpanan. Jangan risau, kolin bukan nak jual korang skim cepat kaya ker, nak suruh korang jual apa-apa ker. Cuma kolin nak kongsi tips yang mungkin korang terlepas pandang yang ada dalam rukun islam yang kita ketahui selama ini, iaitu berZAKAT. Kita mesti ingat berzakat ini perlu kalau masa hari raya aje kan iaitu zakat fitrah. Ikutkan banyak lagi zakat yang kita ada tau, zakat harta, zakat emas, zakat perniagaan dan pelbagai lagi. Kenapa kita perlu berzakat, kenapa eh...sebab setiap dari harta atau pendapatan kita ada hak orang lain. Itu bukan kolin kata ye..korang boleh semak dengan ustaz atau guru yang korang kenal tau. Zakat tu membawa berkat....malah dengan bantuan zakat ramai orang susah atau Asnaf di kalangan kita mampu merubah gaya hidup mereka. 




Some By Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Produk dari Korea

Anyeoonngggg.... korang 💓

Disebabkan produk yang bakal kolin kongsikan kali ini dari Korea, memang kolin seronoklah. Siapa yang tak suka produk Korea. Antara barangan kosmetik yang terbaik di dunia. Buat korang yang ada masalah kulit dan selalu rasa cemburu tengok kulit halus mulus orang-orang Korea, sila baca entri kolin sampai selesai okay. Sure tidak menyesal. Ada masalah jerawat dan kulit kusam terutamanya ini khas untuk korang. Sebelum kulit muka jadi 'kertas pasir' inilah dia produk :

SOME BY MI AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle



Set lengkap skincare ini ada 4 barang tau. Jadinya memang penjagaa kulit rapi buat korang. Sebelum itu, mesti korang tertanya apa maksud AHA, BPA dan PHA kan. Maksud AHA ialah mengeluarkan kekotoran dan kulit kering dari permukaan kulit. Maknanya kulit korang bebas dari sebarang kekotoran. Maksud BHA ialah mencuci dari dalam liang pori, mengeluarkan kekotoran yang tersumbat malah sebum pun habis dicuci. Dan akhir sekali maksud PHA ialah mengekalkan kelembapan kulit wajah serta menanggalkan sel kulit mati. Semua set ini dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti ekstrak pokok teh. Jadi korang jangan risau akan bahan merbahaya dalam produk ini. Dijamin selamat! Kalau korang kurang percaya, boleh google mengenai produk ini. Dah ramai rupanya orang pakai, sebab bahan asas yang mesra. 


NIGHT OF FRIGHT 6 kembali lagi di Sunway Lagoon Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Memang tak pernah terlepas, rugi  kalau tak pergi tahun ini!! Night of Fright 6 di Sunway Lagoon dah kembali lagi wei. Dari 2013 #NOF sehingga ke #NOF6 memang kolin selalu akan sama-sama hadir. Biasanya memang nak ke sambutan Halloween memang kempen ini akan bermula. Ambil sebagai hiburan okay...best tau masuk rumah hantu hahahah..kat sini ada lebih 7 ke 8 rumah hantu wei!! Kali ini lagi seronok sebab rumah hantu dah bertambah dari tahun sebelumnya. Tiada siaran ulangan!




Terima kasih sudi menjemput kolin di majlis meriah ini!

Nestle Ice Cream meraikan Wanita Hari ini dengan Melancarkan Kolaborasi Beg MIMPIKITA

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kita wanita hebat kann..siapa yang cakap tak hebat. Wanita zaman sekarang dah macam super hero tau semua boleh buat. Kerja cari duit, suri rumah dan ada juga yang berniaga online. Semua ini wanita hebat kan. Bagi meraikan wanita-wanita moden hari ini, Nestle Ice Cream Malaysia dan jenama fesynen tempatan MimpiKita akan melancarkan dua beg koleksi terhad dalam satu kolaborasi eksklusif yang boleh didapati di pasaran mulai Oktober 2018 ini. Beg ini keluaran terhad yang boleh didapati dalam dua reka bentuk yang unik dan serasi. Kolaborasi ada dua rekaan tau, iaitu Zara yang menampilkan corak geometri dengan warna yang cerah manakal Jasmine yang mempunyai penampilan reka bentuk lebih lembut dalam warna pastel buat pengemar yang lebih feminin