Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Menginap 3 hari 2 malam di Holiday Villa Hotel & Suites, Kota Bharu Kelantan

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bulan Mac lalu dah pergi, tapi kolin tak review bebetul hotel ini. Ini baru lah review yang bebetul, jadi sesiapa yang nak ke Kota Bharu boleh baca serba sedikit pengalaman kolin menginap di sini selama 3 hari 2 malam.  Nak dijadikan cerita, masa nak pergi ini malas giler nak cari sponsor. Terus ambil keputusan booking dalam Agoda hotel ini. Dapat bilik yang okay cuma agak sempit bagi kami berempat. Tapi pada kolin nak tidur 2 malam sahaja kan, dah cukup bersyukur. Yang penting kat hotel ini ada kolam renang, itu aje yang penting buat kami sekeluarga. Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu lokasi yang cukup strategik. Sebelah Macdonald, Watsons dan banyak kedai. Bertentangan hotel, seberang jalan dah boleh shopping Wakaf Che Yeh. Belakang hotel ini tempat parking kereta. Haaa..simple kann

Masa sampai dah agak tengahari, jadi memang sendat sikit lah kaunter daftar masuk. Secara jujur, lama kolin sekeluarga tunggu baru lah dapat bilik. Mungkin masa kami sampai tu timing salah, ramai group check in sekali. Dapat bilik 801 yang terletak di aras paling tinggi..yahoooo...kami nak tengok KB waktu malam. Tapi lemau nak tunggu bilik sampai sejam....lepas tu Front Desk Officer tukar-tukar orang, tetiba tutup kaunter..tetiba aku tukar barisan. Itu aje lah tak best masa nak check in hari tu. Tak ler komplen, kita cerita yang benar kejadian aje. Sebab ini review ikhlas tau....



Seminar Pemasaran Online Anjuran Sahabat Zakat PPZ- MAIWP

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Seronok dan teruja !! Itu yang boleh kolin katakan  masa nampak Sahabat Zakat PPZ-MAIWP berkongsi mengenai ini. Inilah untungnya jadi Sahabat Zakat dan berzakat dengan Pusat Pungutan Zakat Wilayah. Kolin memang tercari-cari kelas macam ini. Maklumlah, berapa kita boleh bekerja, berapa lama kita boleh berblog begini. Satu hari nanti memang menjadi impian kolin untuk buat satu perniagaan. Kalau bukan 'offline' kolin target 'online'. Kita tak nafikan lah sekarang semua orang membeli belah di alam maya. Kalau tidak masakan lah pelbagai platform e-commerce yang muncul macam cendawan selepas hujan kan. So sabtu yang lalu kolin berkesempatan hadirkan diri ke seminar ini. 



99 Wonderland Park di Selayang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau korang ingat taman ini pernah viral dalam sosial media. Viral sampai jem sana sini, parking pun payah sebab tak perlu bayar untuk masuk. Masa tu kolin selalu lalu sebab tempat ini dekat sangat dengan pasar borong selayang tempat kolin stok barang makan. Jadinya bila u-turn kat area ini memang sesak. Sekarang dah kena bayar tau. Untuk warga Malaysia RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Jadi untuk kami 4 orang hanya RM26.00 sahaja. Kalau tanya kolin, berbaloi atau tidak..bergantung kepada korang lahhh. Anak-anak kolin memang suka binatang, cuma kat sini tak boleh pegang-pegang macam kat Farm City tu.






RESIPI: Udang tumis bersama pucuk paku

assalammualaikum dan salam sejahtera

Mesti korang asyik tengok kolin kongsi video masak aje kan. Lagi lah kalau korang subscribe youtube channel Alialisakreatif Blogspot tu. Yang paling banyak adalah video masakan. Bukan kolin rajin sangat masak atau terer masak tau. Malahan dulu masa mula-mula kawen pun suami aje yang masak. Dan terus terang kolin belajar dari suami, lepas tu barulah belajar dari mak, kakak ipar, kawan-kawan dan ada juga kutip resipi online. Dan sekarang boleh lah kalau nak panggil orang datang rumah makan tu tak malu. Confirm sedap gituuuuu...Anyway video kolin buat ini untuk semua yang nak mula belajar masak. Bagi mereka tengok sendiri betapa senangnya memasak. Paling penting apabila seseorang ibu itu memasak untuk anak dan suami dapat pahala kan. Lagi best anak selalu ingat masakan ibu. Kat mana dia berada, masakan ibu lah dia ingat. Oh kolin memang suka anak ingat masakan kolin. 


Part 3: Menginap di D'Muara Marine Park, Sg. Haji Dorani


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah menjelang siang, kami pun cari breakfast. Disebabkan anak-anak kolin berjaga sepanjang malam untuk memancing pagi tu memang rabak la mata. Kami bersarapan aje lah dalam chalet, suami yang keluar pergi cari sarapan.  Tapi kalau ikut kata orang tempatan kat sini boleh cari remis. Gigih kami bertiga pergi mencari hahaha. Dengan mak kolin sekali ikutttt...carii oiiii


Dapatlah remis tu haaaa...sikit aje kolin cari. Sebab dah panas dah. Lagipun sebenarnya nak bagi anak datang cari, sekali dedua dah mamai sebab tak tidur malam tadi. Maklumlah musim air pasang cuma waktu malam sampai ke subuh. Siang memang air surut, so nak memancing macam mana kan. Yang belum baca part 1 dan part 2 klik link bawah ini okay.



RESIPI: Sotong Sambal Petai

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa tak suka makan petai? Rugi lah..ada juga kawan-kawan kolin cakap dema dah berhenti makan sebab ada orang mengata ke tandas berbau. Pada kolin lah kan...tak pernah kisah pun. Kalau you tak suka tutup lah hidung. Lagipun bukan lama pun. Sesiapa yang tahu kebaikan petai tu, memang berebut nak makan. Kalau nak tahu jugak, mat saleh pun dah mula makan okay..Sedeh laa kalu tak makan petai kan. Sekarang musim durian kan, petai pun naik sekali tau. Kalau nak tau minggu lepas kolin ke pasar borong selayang. Ada yang jual 3 papan petai RM5 sahaja. Kolin beli lah RM10, simpan stok katanya. Suka gila sebab mata petai yang kolin dapat tu besar-besar. Sesiapa yang tak makan petai mentah macam kolin, memang suka lah kalau petai ini masuk dalam lauk pauk kan. Nasib baik kami sekeluarga memang peminat petai!


Fakta Benar Mengenai DURIAN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 Musim durian..tahun ini semua buah menjadi kan. Cewaahh, aku borak macam ada dusun hahha. Tapi serius laa kan, tahun lepas punyalah mahal, sampai rasa nak makan durian pun tak mampu tau. Tahun ini melimpah ruah, sampai kat rumah tu hari-hari makan. Ibarat aku ada kebun laa belakang rumah. Siap yang masuk peti ais lah, yang buat tempoyak la, meriah. Yang aku paling gembira, sebab jiran lama aku bawak durian kampung dari Melaka. Ini lah dia satu kereta penuh dengan durian kawen dan durian kampung. Aku sejenis yang memang suka durian kampung yang pahit-pahit tu. Manis sangat macam musang king tu kureng feel makan durian ini. Satu lagi durian kampung kan, makan banyak mana pun sure korang tak rasa panas sangat. Jadinya kalau durian kampung tu berdesup-desup aku makan. Inilah durian ex-jiran kita bawa


MAKAN: yang suka makan daging kambing, jom makan di 'NY Steak Shack'

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sekali lagi NY Steak Shack telah melancarkan menu untuk si pengemar daging kambing. Kolin memang suka sangat lah kan, kalau dapat makan tu rasa puas hati. 'Sizzling Lamb Sensations' sudah tentunya memberikan korang satu keterujaan yang baru. Menu seperti Lamb Noisette, Lamb Noisette & Chicken Cevapi, Lamb Noisette & Garlic Shrimps dan Lamb Noisette & Smoked Beef. Menu yang sangat mewah ini lah yang membuatkan sesiapa yang makan kat sini rasa best! Mau tak best...Sizzling Lamb Sensations ini bermula dari 16 Julai sehingga 31 Ogos 2018 dan dilengkapi dengan dua side dish dan juga sos lada hitam istimewa. 


Hasilkan smoothie beku sendiri di rumah dengan Pengisar Koleksi Viva Philips

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Cuaca panas, paling sedap adalah ice blended. Siapa yang tak terliur dapat minum ice blended yang sedap, sejuk dan paling best kalau lah boleh buat smoothie beku atau ice blended sendiri. Kadang kita ni takut nak guna blender yang ada kat rumah tu. Maklumlah bukan semua pengisar atau blender boleh pecahkan air batu kan. Sesilap hari bulan, jahanam laa pengisar korang tu. Sebab kolin pernah guna pengisar biasa kisar air batu hahahah. Pecah wei, terus kena beli yang baru. Penyudahnya tak ada lah buat dah smoothie beku kat rumah dah.  Tapi jangan risau, buat korang yang nak buat smoothie beku, tak mau yang macam kat luar tu terlebih manis terlebih gula kan. Kolin nak kongsi pengisar KOLEKSI VIVA PHILIPS HR2157/91 yang baru sahaja dilancarkan dari PHILIPS. Siapa yang tak suka brand ini kan, tak pernah mengecewakan. 


Jom dapatkan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee Julai ini !!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Shopee..korang dah shopping ker belum...??  Sekali lagi platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggar ini bakal melancarkan kempen pecah tabung tau. Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah -(LPG) yang akan bermula dari 23 sehingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik bakal terlibat iaitu, Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russle Taylors, Tefal, Vivo, Xiomi dan pelbagai lagi. Segala gadjet berbentuk telefon pintar, komputer, alat kelengkapan rumah malah aksesori boleh kita semua beli dengan potongan harga sampai 90% tau. Teruja sangat kolin dah, sebab kolin memang mencari mirroless camera. Hopefully masa sale ini boleh lah sangkut satu huhuhu. Korang pun jangan lah lupa tengok memana barang yang boleh korang beli pada harga meletops nanti. Eiii..tak sabar nak beli kamera baru!


Travel: Aktiviti Malam di D'Muara Marine Park, Haji Dorani -


 Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kalau yang mana baca entri pertama tu, kolin nak sambung dah episod kedua. Sesiapa belum baca jemput lah klik link kat bawah ni


Macam yang kolin cakap kami semua dah lapar. Misi pertama selepas maghrib kami mencari restoran untuk makan. Punya meronda sana sini kami terus berhenti kat restoran yang nampak gah ini. Tapi...kalau korang datang sini, pendapat peribadi kolin, cari lah kedai lain. Tak berniat nak kacau ganggu bisnes orang. Tapi rasanya kalau lapar..mengamuk rasanya...ye saya mengamuk masa bayar tu. Nak tahu kenapa mengamuk takkk...aishhh


Resipi Masak Lemak Cili Api Ayam tanpa minyak

Assalammualaikum dan salam sejahtera

 Buat yang mencari resipi mudah ini, kolin berbesar hati sangat nak berkongsi. Bahan-bahannya ialah:

Ayam sebelah
cili padi secukupnya, kunyit hidup (ditumbuk bersama)
santan kotak
asam keping 
air
serai 
daun kunyit dan garam




Baju raya dari ZALORA



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Syawal dah pun berlalu Jumaat lepas. Dah masuk Zulkaedah pun kan. Tapi kolin tak mahu terlepas nak share baju raya yang kolin beli dari Zalora. Murah, senang nak beli dan cantik. Mana yang komen dalam socmed tu, kata baju meletop tu.. Zalora aje uolss


Katil Leirvik dari IKEA

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ikutkan dari dulu suka sangat pergi ikea dan tengok cadangan dekorasi mereka. Dedulu terasa nak sangat, tapi kadang tu mahal. Dan sebenarnya aku ni mengemas kekadang, jejarang, tu hiasan ala minimal. Tiada dekorasi pun, ala orang-orang kebanyakkan aku zass segala hahahah. Kebetulan katil bilik dah runtuh sebelum bulan puasa hari tu. Maklumlah katil tu dibeli tahun 2005 sejak kami menginap kat situ, masa tu pun anak kolin Ali Imran belum lahir. Dah kayu, reput la kan..korang kalau kita cakap nak beli katil baru semua 'otak kuning', pikiran ke lain ye hahahahha. Tapi tak apa aku ampunkan sebab kekadang aku begitu gakkkk hahahhaha.


Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) dari PPZ MAIWP

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Skim potongan gaji melalui gaji atau lebih dikenali Skim Thohir  telah kembali tau. Hari ini Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ- MAIWP) telah melancarkan kembali KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT ATAU SKIM THOHIR 2018. Skim Thohir ini bakal berlangsung selama 4 bulan dari 1 Julai sampailah 31 Oktober 2018. Tahun lepas lagi sebenarnya dah lancarkan kempen ini tau. Disebabkan tahun lepas dapat sambutan hebat, tahun ini  usaha ini diteruskan bagi menarik semua orang berzakat. Berzakat kalau nak pergi kaunter, tiap-tiap bulan nak online kan susah. Kali ini senang, korang buat potongan gaji aje terus. Terus tetiap bulan tanggungjawab zakat dapat dilaksanakan. Antara syarikat swasta yang dah mula mengalakkan kakitangan mereka berzakat melalui potongan gaji ialah Malakoff, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd dan Telekom Malaysia Berhad. Best kan...harap lebih banyak lagi majikan yang benarkan kakitangan mereka buat potongan gaji dan join skim thohir ini.

TRAVEL: D'Muara Marine Park, penginapan chalet terapung di Sungai Besar Selangor


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pergembaraan yang tak jauh ini memang memberikan pengalaman buat kami sekeluarga. Siapa sangka di dalam negeri Selangor sendiri ada tempat yang menarik untuk kami singgah dan menikmati untuk satu malam. Teruja sangat bila dapat tahu chalet terapung ini dibenarkan untuk memancing. Ada 13 unit chalet terapung, ada sea view atau village view. Untuk kami yang sememangnya niat datang nak memancing menempah bilik yang balkoni paling hujung dengan harga RM170 untuk satu malam. D'Muara Marine Park, Haji Dorani yang terletak 5km dari Pekan Sungai Besar ini telah dibangunkan di persisiran Pantai Sungai Haji Dorani. Mengadap air laut yang biru dari Selat Melaka memberikan pengalaman baru buat kami sekeluarga. 

 pemandangan di waktu matahari terbenam dan air surut. Lepak sambil tengok matahari terbenam ini. Priceless !!!

Rangkaian penjagaan gigi dari JORDAN untuk dewasa dan kanak-kanak

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sering kali kita mengabaikan pemilihan berus gigi. Tetap dengan jenama lama, tetap dengan rekaan lama kan. Tak perasan ker sekarang dah ada pilihan yang lebih baik untuk kita guna. Kita tak pernah nak ambil tahu pun apa yang sesuai dan apa yang patut digunakan. Lagi lah untuk budak-budak, kita main beli yang murahan yang di jual tidak mengikut spesifikasi yang perlu untuk anak-anak kita. Gigi kan penting, benda pertama, senyuman kita tu penting. Kalau gigi bersih, senyuman menawan bukan kah membawa seribu satu kebahagiaan. Ceeewwwahh..kakak dah bermadah. Tapi betul tau, kalau kita bersedih senyuman la penawarnya. Untuk itu kolin memang tak pernah pilih yang lain selain dari jenama JORDAN untuk kegunaan keluarga kolin. Ikutkan dah hampir 5 tahun kolin pegang jenama ini dan selalu kolin sarankan pada kawan-kawan untuk lihat rangkaian berus gigi jenama ini dahulu sebelum yang lain.  Dan mesti korang tak sangka, jenama ini ada rangkaian penuh untuk anak dari umur 0 bulan tau. Lagi seronok, floss gigi untuk anak-anak pun dah ada juga. Kita kena lah didik pendidikan menjaga gigi dari kecil tau. Dan pastinya berita baik buat semua ibu bapa, ubat gigi untuk gigi susu dah ada, gigi kekal pun dah ada...HALAL lagi. Kalau nak tahu banyak lagi maklumat buka sahaja laman web https://en.jordan.no



Lengkap tau untuk kanak-kanak dari Jordan. Dedahkan mereka kepentingan jaga gigi dari kecil memang tak rugi. 

The RubBar di RED by Sirocco Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Siapa yang tak suka pergi mengurut weiii...Tipulah kalau orang perempuan tak suka ke Spa, mengurut-ngurut. Kalau kolin ke Indonesia kan, memang tempat pertama cari adalah pusat mengurut. Tapi susah juga nak cari tempat urut yang 'decent' atau kalau dalam bahasa kita yang sesuai dan bersih. Macam tak percaya kat Kuala Lumpur ada satu pusat kecantikan atau spa mengurut yang sangat-sangat memenuhi permintaan kolin. The RubBar KL atau dalam bahasa melayu 'raba' ini  menyajikan satu pengalaman yang premium dan servis yang berkualiti buat tetamu yang berkunjung di sini. Kalau dah premium dan berkualiti mesti korang ingat mahal kan. Tak mahal pun sis, harga patut !! Lebih dari 10 rawatan yang ditawarkan, hiasan dalam pun lawa, tukang urut yang berpengalaman dan warga negara kita tau. Bukan orang asing, itu yang tambah selesa tu. Perlukan rehat, nak segarkan badan dan perlu urutan yang menyenangkan, baca lebih lanjut okay !!!


Mana yang nak pergi dengan keluarga boleh, anak-anak pun boleh, kalau pergi dengan kawan-kawan sebagai aktiviti bersama lagi lah boleh. Kolin ke sini dengan kawan media kolin yang lain tau. Yang best, anak kolin Alisa Maisara umur 9 tahun pun join mengurut tu.


Saya marah tapi saya dah maafkan, TIADA dendam


Saya ingat, saya tak lupa...tapi saya dah maafkan. Tapi saya tak membenci apatah lagi nak menyakiti. Life is too short for me ...So SIFAT DENDAM is not in my list. Believe me....'berdendam' is not in my list...

Love, 

Kolin Zainal