Assalammualaikum dan salam sejahtera
Dah 
penghujung tahun 2017, memang kalau kita perhatikan pelbagai kempen 
jualan hebat, kempen diskaun dan banyak lagi lah. Dalam kita berbelanja 
dan berniaga kadang kita terlupa kan. Oleh sebab itu Pusat Pungutan 
Zakat Kuala Lumpur atau dikenali dengan PPZ-MAIWP melancarkan KEMPEN YEZ
 2017 iaitu YEAR END ZAKAT buat semua bagi mengalakkan orang ramai 
berzakat. Kempen ini dilaksanakan selama sebulan tau, bermula dari 1 
Disember sehingga 31 Disember 2017. 
Bagi 
memeriahkan dan menyenangkan korang semua berzakat, PPZ-MAIWP telah 
membuka 11 kaunter yang bakal beroperasi 7 hari seminggu sepanjang bulan
 Disember 2017. Buat makluman kaunter ini akan dibuka dari jam 8.15 pagi
 sehingga 4.45 petang. Kalau hari bekerja korang tak sempat, boleh lah 
pergi hari cuti hujung minggu kan. Masa ini lah korang boleh pergi dan 
bertanya apa sahaja mengenai zakat yang perlu korang lakukan. Iyelah 
pendapatan kerja dan berniaga sepanjang tahun tu mesti ada bahagiannya 
kan. Tak pasti, tak tahu, tak mengapa, semua kakitangan yang ada sedia 
membantu korang nanti. Kalau tak mula sekarang, bila lagi kan. Kita 
semua umum tahu, ZAKAT adalah salah satu rukun Islam. Jadi lebih banyak 
kita berzakat, lebih murah rezeki kita kan. 
Pada
 tarikh 26-31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan dibuka dari jam
 8.15 pagi sehingga jam 8.00 malam. Inisiatif ini dibuat bagi memenuhi 
semua yang ingin berzakat tapi takut tak sempat kan. 
Buat
 yang datang berzakat pula, pelbagai cenderahati yang bakal diberikan 
oleh pihak PPZ-MAIWP nanti. Ada CD MAU'IZATI oleh Ustaz Ahmad Dusuki 
Abd. Rani, ada kalendar meja yang padat dengan informasi jadual waktu 
solat, Buku Siri Rukun Islam jua akan diberikan kepada anak-anak yang 
mengikut korang ke kaunter PPZ-MAIWP tau. So nak pergi bayar zakat tak 
perlu tinggal anak-anak pun. Boleh bawa mnereka sekali, lagi best maskot
 Omar dan Hana akan turut sama memeriahkan suasana Kaunter Shamelin 
Perksa pada 30 dan 31 Disember 2017 nanti. Bukan itu sahaja tau, korang 
pun layak dapat peluang untuk cabutan bertuah juga. 
Bagi
 yang tak sempat nak ke kaunter atau manalah tahu korang ke luar negara 
ke apa kan. Korang boleh bayar zakat melalui portal mereka sahaja. 
Layari www.zakat.com.my dan ikut semua langkah yang telah diterangkan. 
Berzakat zaman sekarang semuanya dah dipermudahkan demi pembangunan 
ummah bersama juga kan. So yang meniaga online pun, korang boleh lah 
semak berapa bayaran zakat korang. Maklumlah dah online mana sempat nak 
ke kaunter kan. Ada masalah atau pertanyaan lanjut korang hubungi talian
 ini 1-300-88-5757 dan semua warga PPZ-MAIWP akan melayani korang. 
Dengan
 PPZ-MAIWP memang memudahkan anda berzakat. Jangan lupa okay, jangan 
lupa berzakat, dah nak habis tahun 2017 dah. Tanggungjawab jangan lupa 
tau. 
Love, 
Kolin Zainal
 
 


nice. very informative
ReplyDeleteMoga info ini dpt diaebarkan kepada semua. Agar mereka mudah untuk membayar zakat
ReplyDeleteBagus info ni. Tq
ReplyDelete