Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

DIY telur masin dengan kos RM7.69 sahaja.

assalammualaikum dan salam sejahtera

Semalam kolin sarapan nasi kerabu daging. Korang semua tau kan macam mana nasi kerabu. Tapi feeling terus tak best sebab nasi kerabu yang dibeli dengan harga RM5.50 tu tak ada telur masin. Adei....memang tak kick dan tiada maknanya terus tau. Kolin suspek telur masin tu mahal ! So penjual nasi kerabu ni asingkan telur masin tu dijadikan lauk jugak kut. Maknanya macam nasi lemak tak letak telur rebus lah. Kalau nak telur rebus tambah lagi kut duitnya. Terus macam tak best kan !

Disebabkan itu lah kolin share cara buat telur masin senang dan murah. Murah la kalau dah 10 biji telur masin kos hanya RM7.69 aje. Sebab kalau beli 3 biji telur masin siap tu dah RM5 ke RM6 kan. Yang ini lagi bagus, lagi bersih sebab kita sediakan sendiri.  Semua bahan-bahan ini kolin beli kat Sri Ternak Selayang. 


 Telur itik 10 biji RM7.00 dan garam tu sekilo RM0.69 sahaja. Balang tu kita guna semula dan letak air dalam balang tu. Tak perlu penuh-penuh sebab nanti nak masukkan telur itik tu. 


Korang semua basuh bersih-bersih ok telur itik tu. Masa beli memang agak kotor pun. So basuh bersih-bersih dan letakkan di dalam satu bekas. Berkilat putih telur kita kannn 


 Haa..susun semua telur dalam balang dan masukkan 10-15 sudu garam dalam balang air tu. Nak bubuh lebih pun boleh, sebab kita memang nak masinkan telur itik tu kan. Tak sedaplah kalau tak masin kan. Selepas tu kacau pelan-pelan tepi-tepi balang sebab nak bagi garam larut. Kalau nak lebih larut, korang bancuh 15 sudu garam dalam bekas lain dan tuang dalam tu. Pun boleh jugak.


Hah..siap sudah 10 biji telur masin pada kos yang sangat berpatutan iaitu RM7.69 sahaja. Senang dan sememangnya bersih dan suci sebab kita buat sendiri kat rumah. Tinggalkan dalam balang dan biar lah seminggu dua dalam balang tu. Nanti korang nak masak senang aje. Ambil terus dan rebus. Tapi kalau malas masa masak nasi dalam rice cooker tu masukkan telur tu. So nasi siap, telur masin pun siap terus untuk dihidangkan. 

So kepada penjual nasi kerabu kalau rasa mahal kos nak beli telur masin yang dah siap tu. Buatlah sendiri macam ini. Satu telur boleh potong 6 bahagian dan masukkan dalam bungkusan nasi korang tu. Tak lah mahal sangat kos tu kan. Jangan lupa buat begini tau. Semoga semua nasi kerabu dah boleh ada telur masin hihih

Love, 

Kolin Zainal 

3 comments:

  1. Eh...senang giler buatnya la...kena tunggu je betul2 boleh masak kan..jimat pun jimat ye tak...apa la maknanya kalau takde telur masin dalam nasi kerabu..tak nak letak sebelah pun takpe letak je la suku...failed org yang meniaga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah murah buat sendiri aje. Tak payah beli kat kedai. Buat banyak2 nanti takde lauk boleh buat tambah-tambah kan

      Delete
  2. haaa...len kali kalau agak nak beli nasi kerabu...tanya dulu keyh...skrg zaman malaysia semua benda kena byr..hahahaha

    ReplyDelete

loving me..loving you