Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kolin suka sangat memasak. Sebab apa suka memasak, sebab kat rumah ada orang tukang makan. So apa aje masakan kolin memang mendapat pujian. Kiranya kolin ni macam artis pujaan lah kat rumah kalau bab memasak ni. Anak-anak dan suami pulak jenis tak memilih dan makan aje apa sahaja terhidang atas meja. Kolin bekerja dan balik pun dekat senja setiap hari. So kolin memang masak lauk ringkas sangat. Yang penting ada 2 menu.
Ini sotong dengan udang goreng kunyit. Kolin masukkan kacang panjang dan tomato sekali. Nak lawan dengan goreng kunyit ni dengan sambal belacan lah kan.
Ini pula ikan kembung goreng lawan dengan masak lemak cili api ikan bilis feat pucuk paku. Memang sedap !!
Ini pula kami layan siput sehari. Kepah tumis air bubuh serai dan halia. Untuk siput pepahat kolin goreng cili masak aje. Cili besar merah tu tumis, so siput tu rasa manis la. Tak pedas pun.
Ini pula kari kepala ikan nyok-nyok. Dan bahagian isi tu kolin goreng garing. Simple dan memang membuka selera. Kat kari tu lambakan sayur bendi dan tomato. Buat anak dara kolin yang suka sangat sayur memang menu ni suka lah dia.
Inilah matlamat kolin kalau boleh nak masak hari-hari. Jadinya satu hari, 2 menu buat penyeri makan malam kami. Bajet pun tak lah teruk sangat sebab masih terkawal. Kolin suka pergi Pasar Chow Kit kalau hujung minggu. Buat 'field trip' dengan anak-anak.
So korang boleh lah simpan semangat memasak hari-hari. Supaya esok lusa anak ko pergi London pun akan teringat masakan ko, rindu dengan ko. Sebab masakan emak tiada tandingan tau.
Love,
Kolin Zainal
perghhh...tak boleh lawan ibu laaa...dia palk tak reti masak sikit...selagi ada benda dalam peti la dia nak masak kalau boleh..hahaha
ReplyDeleteibu tetap JUARA wei hahahah
Delete