Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Review: Spicy Korean Burger terbaru dari Macdonald

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Semalam kolin berkesempatan makan burger terbaru dari Macdonalds Malaysia. Memang panjang betul beratur, dan sudah pastinya yang ini jadi buruan. Satu set begini dalam RM15 tak silap kolin untuk medium. Dan masa order tu tak best lah sikit, sebab air Fanta yang sama dalam gambar set hidangan ini mesin nya rosak. So kolin kena order air Coke aje lah. Rugi betul...cadangan kolin, kalau mesin rosak ganti dengan air mahal sikit boleh hehehe. Ini air biasa dah minum. Itu aje lah nak komplen. 



 Inilah dia set kentang dan burger. Kentang tu macam keras sikit pada kolin. Tapi oklah kelainan kan, kita cuba !! Dan burger ini burger daging tau bukan ayam. Tahap kepedasan biasa-biasa aje. Tak pedas lah sangat, boleh makan lagi lah. Saiz pun biasa aje. Cuma lain lah roti tu, warna hitam. 


Yang lelain semua sama aje, sayur dan sebagainya. Mungkin sos tu lain, lupa pula nak tangkap gambar selepas selak roti tu. Korang boleh lah ke Macdonald dan rasa sendiri. Kolin dah makan dan pastinya tak ulang semula heheh. Sebab pada kolin biasa-biasa aje, tak sedap macam double cheese burger hahahah. So i will stick to my double cheese burger kalau ke MacD lain kali. 

Cuba ok, jangan tak cuba. Mana tahu pada kolin kureng tapi pada korang sedap kan. Thank you MacD sebab buat pelbagai variasi burger buat kami semua. Kita kan perlukan pembaharuan, asyik yang lama pun bosan juga kan. So tilam lama tukar baru !! 

Love, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. oo yeke...tak jadi nak beli..baik makan yg biasa kita makan..big mac tetap di hati hahaa

    ReplyDelete

loving me..loving you