Assalammualaikum dan salam sejahtera
Episod
terakhir kolin update hari tu, kolin dan kawan-kawan berlibur kat Lotte
World kan. Kalau ada yang terlepas baca boleh lah klik link Kolin ke Korea Part 4
Saja nak bagitahu semua perjalanan dan pakej yang membawa kolin bercuti ke Seoul Korea adalah di bawah seliaan KLIA TRAVEL
KPH Travel Sdn Bhd. call 03-89280457, 03-89280467
travel@kliacs.com.my
www.instagram.com/kliatravel
www.instagram.com/kliatravel
So kalau ada yang nak booking dengan mereka amatlah di alu-alukan sebab segala-galanya mereka jaga tau.
Pagi tu kami semua sarapan di hotel Gangnam lah. Sarapan macam biasa roti, cereal dan buah-buahan lah. Hari ini masih ada tour lagi tau. Bestkan !! Datang Seoul dan macam-macam acara ada tau. So tempat pertama kami pergi adalah kedai ubat. Macam biasa penerangan serba sedikit pasal ubat-ubat. Tapi korang jangan risau sebab mereka tak paksa pun korang beli. Korang tak beli pun takpe. Bukan macam pergi China memaksa kan (pernah kena masa kat Beijing dulu).
Selepas kedai ubat kami ke kedai kosmetik tiga tingkat korang. Memang apa aje yang mereka tak jual. Semua orang tahu Korea sangat bagus dalam dunia skincare dan kosmetik mereka. So kat sini korang boleh borong macam-macam mask, krim, lipstick. Bawa aje duit cukup-cukup. Tapi kami tak borong pun, sebab kalau baca blog lain suruh beli kat Itaewon atau Dangdemaun dan satu tempat lagi Meongdong tak silap. Situ lagi banyak pilihan. So selesai dua tempat tour guide kami bawa, kami terus ke kilang proses rumpai laut.
Tempat buat seaweed atau pun rumpai laut. Kolin memang suka sangat makan rumpai laut tu. Tapi kat Seoul ni semacam la sedapnya wei.. Makan berlambak-lambak masa kat sini. Terpedaya jugak beli seaweed hahahha. Tapi tak pe berbaloi sebab rumpai laut premium dan memang sedap giler. Anak-anak kolin bawak bekal pergi sekolah nasi rumpai laut. Tak payah buh lauk apa pun, kepalkan aje nasi panas dengan seaweed terus berasa sedap giler.
yang ini dia bagi rasa wei..terus terang aku cakap aku 'try' banyakkk hahahah. Sebab manis betul la rumpai
laut kat sini.
Nampak tak barisan seaweed depan tu. Macam-macam jenis ada wei, nak pedas, tak mau pedas, nak masin ker semua ada. Pakcik depan tu buat demo macam mana nak buat nasi kepal rumpai laut bagai. Best kat sini kita pun diberi peluang buat sendiri dan paling best boleh bawak balik ooiii
Inilah dia ala sushi roll tu, kolin lupa laa nama kat sini. Tapi lebih kurang sushi lah. Kat tempat yang sama, korang boleh juga pakai pakaian tradisional Korea dan bergambar dengan FREE tau. Sempat lah kolin posing semahu-mahunya kan. Peluang jangan dilepaskan !!
Banyak sangat posing yang korang boleh pose kat sini. Sebab banyak 3D Wall tau, memang puas hati. Selepas selesai semua ini kami di bawa ke Masjid Biru di bandaraya Korea. Tapi kami pergi makan dulu lah, tempat makan kami ialah Taj Palace. Jangan risau kat area masjid ini banyak sangat makanan halal. So kalau korang tak ikut tour pun, di Korea memang banyak makanan halal.
Inilah lunch kolin. Kat sini dihidangkan secara buffet, so korang boleh pilih apa sahaja nak makan. Makan kena lebih, sebab sejuk weiii. Menusuk-nusuk sejuknya. Tak makan betul memang lembik laa. Selesai makan, kolin dan semua rombongan berjalan kaki ke Masjid. Sepanjang jalan tu sempat lah tengok pelbagai juadah halal yang ada.
Ni sedap giler, kalau pergi sila makan !!!
ni restoran halal yang glamor tu, kebanyakkan Malaysian memang makan kat sini lah. Korea food okay, tapi versi halal. So kalau nak rasa masakan tempatan, makan sini ya.
Inilah dia Masjid tu, atas bukit tinggi !! Kena mendaki sikit, bertuah rasa badan sebab dapat solat kat sini.
Kalau korang nak jumpa 'oppa' hensem-hensem banyak kat sini. Manalah tahu jodoh mu di Korea kan. Tapi memang dream come true dapat ke sini. Selesai kami di sini, kami terus di bawa shopping di Dotta Mall dan shopping complex yang berdekatan. Dikatakan area itu adalah tempat shopping orang kaya-kaya. Jadinya kami melepak aje lah melihat-lihat gelagat orang tempatan. Cuaca pun sejuk, sempat lah beli strawberry nak makan dalam hotel nanti.
Cuaca sejuk amat, nasib baik ada geng memekak ni. Memang sepanjang percutian ini happy aje wei..Syukur dapat geng kaki jalan sempoi hahahha. Selesai melepak, malam pun tiba kami di bawa ke satu restoran makanan Korea. Tapi kolin lupa nama apa. Itu yang dapat makan ikan ni, telur yang ada sotong, ada sup dan banyak lagi makanan tempatan sedap-sedap. Makan lelebih ler sebab sejuk malam -7C. Jadi makan sup banyak-banyak. Kolin pun badan dah seram sejuk ooiiii...
Selesai makan, kami semua di hantar ke Urban Place hotel penginapan kami. Memang dari pagi subuh sehingga malam penuh acara dengan travel agency ni. Puas hati !!
Esok kami diberi peluang untuk berjalan sendiri weiii...Memang masa perjalanan balik tour guide kami nama Ms. Anna tu kami soal siasat bebetul hahahah. Sebab esok kami kena naik train dan cari tempat mana kami nak jelajah esok. Baguskan !! So ada satu hari yang kita boleh lepak sendiri. Nak tahu apa jadi pada kami berempat meh laa baca part 6 nanti tau. Pergi bulan Disember 2016 dan bulan Julai 2017 pun tak abis kolin cerita lagi hahahha. Semoga korang tak boring ya...Nak tips apa-apa komen bawah ok.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you