Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bert's Cafe di Shah Alam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa sangka Shah Alam ada kafe hipster kan. Haa bercakap pasal hipster mungkin masing-masing ada pandangan memasing pada terms tu. Tapi pada kolin kalau design tempat tu berlainan, makanan pun dah di upgrade. Ramai pulak student dan budak muda melepak, itu salah satu tanda tempat tu hipster hahahaha. So terpulang pengunaan terms tu pada korang memasinglah. Kafe ini terletak di kawasan yang di tidak berapa sibuk. Tempat letak kereta pun banyak. Mesti korang tak sangka tempat ini ada tempat melepak yang best sangat. Yang penting tempat kan. So kita tengok apa yang ada kat sini. 


BERT'S ini terletak di U12 Shah Alam. Korang boleh search mereka di IG dan FB iaitu @cafeberts. So cari mereka kat sana dan kalau boleh call dulu sebelum datang ok. Lagi mudah kalau takut sesat, korang gunakan waze sebelum datang. Memang confirm dapat jumpa tempat ini tau. Tempatnya kecik sahaja ada bahagian dalam berhawa dingin dan bahagian luar. Interior pun simple sahaja dan hiasan lebih kepada hipster tu lah. Yang macam kolin cakap tu. Tempat ini kawan baru kolin introduce. Thank you Azie bawak kita tempat makan baru kat Shah Alam. Asyik makan menda sama dan jemu dan bersarang lelabah dah tau. Baru lah rasa hidup sikit dapat makan tempat baru begini hihih


Ini antara menu yang ada. Pilihan masih terhad tak lah banyak sangat. Tapi ok lah buat first timer datang sini. Cara order kat sini korang perlu masuk ke dalam dahulu di kaunter. Order dan bayar siap-siap, nanti mereka akan hantar pesanan korang dengan berpandukan nombor pesanan yang diberi. Letak aje nombor atas meja kita, nanti sampailah hidangan. Tak lama sangat masa menunggu untuk makan. Masa kolin di sini pada hari Jumaat lunch, so agak ramai. Yang penting tak lama sangat menunggu kan. 

Inilah dia harga yang perlu kami bayar makan berdua. Kami memasing memilih hidangan yang sama iaitu Butter Chicken. Sekali siap nasi putih rupanya. Inilah dia hidangan tu. 



Hidangan yang berharga RM14.90 ini boleh tahan juga lah portionnya. Mungkin ayam tu terasa macam cekodok sedikit. Tapi kuahnya memang creamy. Dah kata hipster kan...so makanan dia tak boleh lah compare dengan yang lain. Tapi boleh diterima lah, sedap jua. Selain itu kami turut memesan Pink Float. Atau bahasa biasa air sirap bandung hihi. Itu lah korang mesti terpikir apa tu Pink Float kan. Tapi cantik warna pink ini. 

  Ini belum di kacau lagi...


 Lepas di kacau bertukar lah warna. Rasa agak creamy dan lazat. So kalau nak cuba yang baru kan, kolin cadangkan korang ke sini. Nanti dapat gaji bawak keluarga makan sini ok. Tempat lawa dan makanan pun agak berlainan sedikit. Azie order pink float tapi kolin macam biasalah air mineral. Memang kalau makan suka air kosong baru terasa nikmat rasa hidangan kan. Air ini berharga RM8.50 untuk satu gelas. Manakala air mineral RM2.50.

Dah makan mesti ada manisan kan. Azie yang memesan mini pavlova. Ada tiga pavlova tau. 


Kurang manis, teksturnya ok, buahnya segar dan kolin memang suka. Dua Azie makan, kolin makan satu aje (kurang sikit kilo) hahhaha. So inilah review kolin makan di salah satu Cafe Hipster di Shah Alam. Kalau korang ada tempat yang perlu kolin terjah dan kongsi, boleh lah email kolin. Mana tahu boleh buat food review atau berkongsi review kan. Nanti ada rezeki kita cuba spaghetti kat sini pulak ok. Korang jangan tak cuba tau !

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you