Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pusara Abah

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah pusara abah kolin Allahyarham Syed Zainal Bin Syed Ali. Dah 22 tahun abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Kenangan sebenarnya makin pudar, tapi selalu bercerita kat anak-anak mengenai arwah atuk enal. Atuk enal garang, atuk enal pandai bertukang, atuk enal orang yang kelakar dan atuk enal pandai memasak. Memang cara kolin ingat arwah abah macam tu lah. Dengan mengingati apa sahaja menda kelakar yang pernah dia buat. Arwah pergi pada umur 44 tahun dan kami semua masa kecik lagi. Jadi anak yatim dahulu, tak sesenang anak yatim sekarang. Kalau dulu memang terus terang cakap kami tak ade zakat, bantuan atau apa-apa sumbangan. Memang mama atau dikenali sebagai cik timah aje lah membesar kan kami adik beradik. 

Nak pakai apa, nak mewah apa semua sendirian berhad. Itu yang kolin mula bekerja umur 15 tahun. Duit tu lah guna untuk pelbagai benda. Mewah lah kalau time tu kerja dah RM1,000.00 sebulan kan. Itulah dia serba sedikit pasal kami ni.

Inilah kubur arwah abah yang berada di Batu Pahat Johor. Memang mengharapkan sedara mara sanalah tengokkan. Kami ni kalau ada kesempatan balik Batu Pahat memang tak pernah tak singgah tengok rumah abah. Terima kasih kepada pakcik kolin yang sudi share gambar ini kat group wassap keluarga kami. Terima kasih sudi mengemas dan melawat kubur abah kami. Jasa dan budi baik hanya Tuhan sahaja yang membalas. 



Alang rindu sangat dengan abah !! Takpelah Allah lagi sayangkan abah.... Al Fatihah

Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. Saya baru kehilangan umi dan abah saya end of last year. My heart is still broken but I have to move on. Saya faham perasaan rindu tuh masih ada. I am from Revamp Spunky Rena. http://revampspunkyrena.blogspot.sg/ Keep in touch!

    ReplyDelete

loving me..loving you