Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Lauk bajet untuk RM20 sahaja

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hujung minggu adalah hari kolin berkarya di dapur. Biasanya lauk tengahari lain, makan malam lain. Dan kebiasaan makan malam memang tak ade pun heheh. Kami lebih suka melepak makan roti canai. Jadi memang masak sekali makan tengahari sahaja lah. Buat pengetahuan korang, kolin ni kan tinggal rumah flat so ada kedai kat bawah blok lah. Tapi bukan blok kolin, tapi blok E. Kedai tu baru buka dan memang lauk pauk yang mereka jual fresh sangat !! Itu yang sedap membeli dan memasak tu. Sekarang ni balik kerja dah boleh beli lauk dan masak sekejap aje. Senang sebab dah ada kedai yang jual lauk fresh lagi murah. 

Lauk pertama untuk hari itu ialah Udang Sambal

  
Haa nampak sikit ek?! hahah tapi banyak sebenarnya weii. Udang ini RM14 kolin beli dan memang cukup aje untuk keluarga kecil kami. Yang penting sedap, meletup tau. Siapa nak tahu resipi sila komen kat bawah, kolin bagi resipi senang. Sure yang baru kawen tu nak nampak macam ni boleh. Memang sedap tau !

Kemudian lauk kedua adalah ikan pari bakar. Ikan ni dua ketul kolin beli RM5 sahaja. Dan bakar guna pes perencah ikan bakar adabi lah. Memang terbaik !! Tak payah buat air asam atau kicap cili nak cicah. Memang dah sedap sangat. Untuk sayur kolin malas nak goreng, membazir. Penyudahnya kolin bubuh daun salad bawah ikan bakar. Siapa yang nak sayur makan salad tu. Ni nak bagitahu semua lauk tu licin sekali santap hahaha. So senang, lauk habis, nasi pun habis. Mak ceria lah kan !! Janji ada orang makan. Semua ini lebih kurang RM20 tak?! Boleh lah kut, ikut kiraan kolin yang matematik sendu ni. Tapi ok lah kan, RM20 makan untuk 4 orang sekeluarga. Lega otak tau. Sekarang semua bahan dah mahal so kalau dapat lauk pauk harga macam ni memang ok dah pada kolin. Yang nak try wat hidangan macam ni cubalah. Sure anak korang suka sangat nak makan nasi. Senang sebab ikan pari tak ada tulang, so bebudak senang makan. 


Begini lah cara kolin pikat hati anak-anak dan jua suami. Dengan masakan simple dan ala-ala kampung. Memang kalau weekend tu masak nasi 3 pot pun habis tau. Mana tahu esok-esok anak-anak ke asrama belajar atau oversea kan. Mudah-mudahan air tangan masakan kolin buat anak-anak rindu kat kolin. So semua ibu-ibu kalau hari kerja tak masak, hari cuti masak tau !! Ini lah rahsia yang bagi anak ingat kita selalu. Air Tangan Ibu !!

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you