Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hati kita gembira ~

assalammualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih sebab ajar anak-anak saya cikgu !!!
Alhamdulillah Ali Imran dan Alisa Maisara cemerlang di kedua-dua sekolah.
Samada Sekolah Kebangsaan atau pun Sekolah Agama.
Seronok aje pergi ambil report kad jumpa cikgu kan.

Ali Imran dapat tempat kedua keseluruhan sekolah untuk darjah 4. Semoga abang terus cemerlang 
dan berjaya ya abang. Sorry lah lama tak bagi abang update blog abang. 
Buat korang yang nak baca apa kid blogger ini tulis
boleh lah terjah blog dia www.imranbercerita.blogspot.com

Kat sekolah agama abang Ali Imran dapat no 4. dalam kelas. Alhamdulillah.

Alisa pun tak kurang nak bersaing. Disebabkan dia sekolah aliran mandarin agak payah sikit lah. 
Semua matapelajaran satu aje B dia dapat, tapi no 13. Sebab susah kan. 
Tapi cikgu kelas cakap 'she is the best malay student in my class'
lagi best 'alisa can speak mandarin fluently'... 

Di sekolah agama Alisa dapat No. 6..syukur Alhamdulillah

Mami sengih lebar sangat hari tu.
Terima kasih anak-anak buat papa dan mami gembira tau.
Seronok sangat...teruja nak tengok apa ada untuk masa depan 

Terima kasih cikgu !
Terima kasih anak-anak mamy Ali dan Alisa !
Terima kasih semua yang mendoakan yang baik-baik untuk kolin sekeluarga. 

Share ini dalam blog sebab ini berita gembira sangat wei...
Walau bukan no. 1, tapi dah happy sangat..
Buat semua yang anak cemerlang atau kurang cemerlang tu tahniah korang.
Takpe kalau dapat kurang, nanti kita cuba lagi ye..



Love,

Kolin Zainal

Domino's Pizza menyambut bulan perayaan dengan pelbagai tawaran menarik

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bersempena bulan Ramadhan ini, sekali lagi Domino's tidak melepaskan peluang memperkenalkan tawaran pakej berbuka puasa mereka dengan harga yang berbaloi-baloi. 

Untuk pesanan untuk di bawa pulang atau take away korang dapat promosi istimewa tau kalau beli dua pizza. Dari jam 6 petang sehingga 11 malam peminat Domino's boleh menikmati potongan harga sebanyak RM3, RM8 dan RM15 tau. Tambah syiok korang dapat percuma minuman Tropicana Frutz 330ml tu. So order sahaja regular atau large pada harga promosi mereka sepanjang bulan ramadhan ini. Semestinya pasti korang suka giler.

Sebagai tambahan Domino's juga menawarkan 50% pada 1.5 litre Lipton Ice Lemon Tea jika korang membeli dua pizza dari jam 10.30 pagi sehingga 6.00 petang.


Sebagai meraikan perayaan bersempena Aidilfitri nanti, Domino's memperkenalkan pelbagai tawaran istimewa bagi semua peminat setia dan pengemar pizza. Pada hari raya pertama akan ada satu tawaran hebat untuk semua pelanggan mereka. Nantikan promosi hebat ini di www.dominos.com.my

Dan asyik cerita pasal promosi, apa kata kolin tunjuk korang apa jenis pizza yang ada di Domino's. Manalah tahu korang tak pernah cuba kan. Kolin suka Domino's sebab doh dia tak tebal dan isi atas pizza yang banyak. Tapi paling favourite ayam dia laa...sedap wei. Makan hampir 6 ketul pun tak perasan huhuhuh

Owesome Forsome

 Chessy Mozarella Stix

Spicy Sambal 

Classified Chicken

Chicken Confidential

Prawn Passion

Ini sebahagian daripada pizza yang sempat kolin rasa masa berbuka hari tu. Untuk korang nak tahu apa lagi pizza yang ada boleh buka laman web mereka. Malah nak order online pun boleh. Hampir 30 jenis pizza dari Domino's yang boleh korang pilih dan cuba makan. Sekarang tengah promosi memang sesuai lah nak cuba pizza yang baru kan. 


Kalau Chessy Mozarella Stix ini pula sesuai untuk pengemar cheese. Sure korang terlebih kasih sayang dengan keju kalau cuba makan yang ini. Yang sebelah itu meatball, sesuai kalau nak bagi budak-budak makan. Senang nak makan dan tak keras langsung. 

Mengutamakan pelanggan mereka semenjak 1997, Domino's Pizza telah memberikan pelbagai tawaran istimewa serta promosi bagi memudahkan peminat setia mereka. Malahan pesanan boleh dibuat 7 hari lebih awal dan pelanggan ada pilihan samada pembayaran tunai, debit atau pun kad kredit. Best kan !!!

Lagipun Domino's Pizza ini boleh order guna telefon, online dan 30 minit masa penghantaran itu janji mereka. Kalau terlambat, Domino's akan memberikan free regular pizza voucher untuk pesanan anda yang berikutnya. So kalau lambat, dapat voucher. Teringin nak makan Domino's, order lagi siap dapat extra regular pizza. Seronok lah kan, free !!

Kalau take away atau bawa pulang pula, anda hanya perlu tunggu selama 15 minit sahaja tau. Dan kalau lambat dari masa yang dijanjikan dapat lah free Personal Pizza Voucher yang boleh kita order bila datang lagi. Murah rezeki dengan Domino's ini. Tu sebab kolin suka melepak Domino's. 


Ini pula antara pemanis mulut yang ada di sini. Banana Kaya, tapi kalau korang tak suka boleh cuba Choc Lava mereka, lembut sangat. 


Ini pula minuman istimewa terkini daripada Tropicana Frutz.
Order pada promosi mereka tu, dapat lah rasa Tropicana ini secara percuma. 

Kalau teringin selepas tengok blog kolin, korang dah boleh order untuk berbuka hari ini. Tak rugi pun sebab harga berbaloi sangat untuk berbuka bersama keluarga. Asyik makan nasi berlauk kan, apa kata ubah selera ini berbuka makan western sikit. Ada pelbagai topping pizza dari Domino's untuk kita cuba.

Terima kasih Domino's Malaysia untuk pengalaman ini.
Happy sangat dapat jumpa kawan baru dan kawan lama 

 Love,

Kolin Zainal



Blogger Jahit Manik

assalammualaikum dan salam sejahtera

Macam yang kolin cerita sebelum ini kan, blog ini tercipta sebab kolin suka share hasil manik kolin. Tapi Alhamdulillah, blog ini semakin seronok pula kolin nak share pelbagai cerita kan. 

Tahun 2016 kolin slowkan manik kolin sedikit, sebab nak tumpu kepada hal yang lain. Kalau buat manik sahaja macam tahun-tahun yang lepas memang income meletops. Tapi ada benda yang kolin missing. 
So tahun ini, kita seimbangkan dan ok aje rasanya.

Inilah sebahagian manik yang kolin buat untuk kawan-kawan. Sebenarnya banyak lagi tapi lupa nak tangkap gambar. Kalau sudi singgah lah FB kolin dan tengok album manik-manik. Banyak sangat dah gambar manik kat situ.  Yang mana kolin tolak tu, lepas raya lah eh antar jahit manik. Ni mood dah raya weeiiiiii



ha bawah lampu dan bukan bawah lampu. Padahal baju tu hijau warna dia. Ini tailor kolin suruh kolin buat sebab regular customer request. Terima kasih ya



Ini pula jubah dari Zaila, terima kasih tempah ya.
Ada a few lagi yang kolin x sempat snap gambar. 
Terima kasih semua ya...


Ini pula baju tutu kurung Alisa Maisara
Sikit aje kolin letak manik dia sebab budak tak lawa manik tebal-tebal pada mata kolin.
Cukup macam brooch udah...less is more kan..

Terima kasih semua !!!
Rezeki Langit Ramadhan

Love,

Kolin Zainal

#syukurselalu

Senangnya nak berbuka puasa, order saja Shogun2u

assalammualaikum dan salam sejahtera 

Dah tinggal 8 hari menuju Syawal kan. Lagi dah dekat dengan pelbagai persiapan makin sibuk lak kita. Bab berbuka puasa pula kalau boleh nak yang simple dan sedap. Kali ini kolin order Shogun dan terus order sampai di depan pintu rumah. Senang gile !!!

Pakai handphone canggih kolin tu, kolin terus online. Log in guna emel dan masukkan password. Kebetulan memang ada promosi buka puasa buy one free one ! Alhamdulilah rezeki kan. Kami pun sekeluarga empat orang sahaja, cukup lah seorang satu. 



Kolin beli satu Beef Rendang Briyani dan Japanese Nasi Briyani Ayam Percik dengan harga cukup istimewa iaitu RM54.80 sahaja. Disebabkan masih di dalam tempoh promosi dapat la, 
beli satu percuma satu. 

Best kan !!! Lagi best sampai depan pintu. Sepatutnya sampai jam 6.00 petang, tapi sampai setengah jam lebih awal. Tinggal kolin buat air dan cari kuih muih sedikit untuk berbuka.

Lagi senang, kolin biarkan sahaja dalam bekas Shogun tu. 
Tak perlu nak basuh banyak-banyak pinggan hari ini.




Ini lah dia Japanese Briyani Ayam Percik.
Nasi cukup dan ayam yang besar untuk seorang makan. 
Terus terang kolin cakap, kolin tak dapat habiskan portion ini.
Besar sangat portion. Boleh share dengan Alisa kalau order Shogun ni



Yang ini pula Daging Rendang bersama Nasi Briyani. 
Punya la sedap sambil makan, sambil anak kolin si ali imran tu memuji. 

Kepada koran yang nak rasa kesedapan kedua-dua hidangan ini sila lah ke 

Dan lihat lah sendiri promosi serta apa pilihan hidangan yang ada.
Buat pengetahuan korang, ini bukan lah pertama kali kolin order dari Shogun. 
Dan kali ini order lagi sebab tak pernah mengecewakan. Setakat malas nak singgah bazar tu, order sahaja dari Shogun tu. Terus mereka hantar ke pejabat, tinggal bawak balik sahaja. 

Jangan lupa cuba Shogun ok !! Sure korang suka giler, sebab mudah dan cepat sangat.

Love,

Kolin Zainal 

Iftar bersama Blogger di 7Eleven

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selagi dalam bulan puasa memang ada saja undangan berbuka puasa kan. Kali ini kolin bersiaran bersama 7Eleven Malaysia di No. 32 Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. 

Majlis iftar yang cukup ringkas, kami di hidangkan dengan semua hidangan Fresh 2 Go dari 7Eleven. Macam yang pernah kolin share dulu ada Spaghetti, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng America, Sandwich, Kek dan pelbagai lagi. Pendek cerita kalau korang tak tau nak berbuka kat mana, boleh aje berbuka di 7Eleven. Dari air panas sehingga ke air sejuk ada tau.
Makanan pun boleh dipanaskan di dalam microwave. Simple !!

Terima kasih 7Eleven sudi menerima kedatangan kolin sekeluarga. 




Macam yang kolin mention, berbuka dengan pilihan yang paling simple.
Asalkan kenyang dan semua yang datang dapat beramah mesra.
Jom kolin share seleksi makanan yang ada untuk bagi idea kat korang kalau nak makan apa kat 7Eleven ni.





tapi sebenarnya event kali ni lebih daripada nak berbuka bersama blogger. Tapi 7Eleven nak memperkenalkan kad yang boleh digunakan apabila korang datang membeli kat sini.


Sekarang korang boleh apply kad ini for free dan swipe di mana-mana. Nampak sahaja logo BCard boleh swipe dan redeem voucher atau cash tau. So sekarang berbelanja di 7Eleven tambah berbaloi lah kan.
Swipe, Collect dan Redeem.

Kolin dah dapatkan kad kolin sendiri weii..


 Ini lah antara tempat yang boleh korang swipe, collect dan redeem


Nampak tak?! best kan...
selain promosi kad dari 7Eleven ini, anda juga boleh menang tiket ke Taman Burung
Ikuti langkah seperti di gambar ya


Senang sahaja kan nak dpat tiket free. Buat cepat-cepat ok sebab hanya 100 tiket percuma sahaja bakal diberikan kepada yang mengikuti syarat di atas tu.  Simple aje kan !! Dengan RM10
kita boleh redeem tiket ke Taman Burung nanti.

Kolin sekeluarga happy sangat dapat berbuka puasa bersama rakan blogger yang lain.
Harap kita berjumpa di lain majlis lagi ye. Jangan lupa register untuk kad di 7Eleven ya.


 Inilah Alisa Maisara yang pandai posing sekarang kalau ikut mommy pergi event.
Semoga jadi blogger sambung alialisakreatif ya Alisa heheheh

Terima kasih semua !!!!
Semoga jumpa lagi..Terima kasih Irma sudi menjemput kolin ya.



Love,

Kolin Zainal

PROMOSI BIOGREEN NEIGHBOURHOOD PROGRAM (BNP) 25 JUN NANTI !!


assalammualaikum dan salam sejahtera


Dan kali ini kolin berbesar hati ingin berkongsi Biogreen Neighbourhood Program (BNP) iaitu satu program di mana mendidik dan menyokong agar lapisan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan pemakanan organik.


BNP yang menyokong cara pemakanan sihat ini ingin berkongsi dengan semua masyarakat tentang kebaikan mengenai makanan semulajadi dan organik ini. Macam yang kita tahu banyak sangat sumber makanan kita yang banyak menggunakan bahan kimia tau. Sebenarnya lama-lama memang bawa mudarat pada tubuh kita. Kini nak sihat dah senang dah mudah dengan adanya store Biogreen. 

Ini semua usaha Biogreen bagi merealisasikan makanan organik yang sihat ini agar dapat direalisasikan dan didapati dengan mudah pada bila-bila masa. 

Berita baik untuk anda yang ingin badan yang lebih sihat tau. Pada 25 Jun 2015, Biogreen Neighbourhood Program (BNP) bakal mengadakan kempen terbaru mereka. Siapa yang nak rasa Set Nasi Lemak Vegetarian dari Biogreen kena datang ke Biogreen@Kepong pada 25 Jun 2016 !! Datang cepat sebab 30 pelanggan pertama dapat redeem 1 Spirulina Vita 7 (30 biji). 
Tambah lagi seronok korang yang membeli melebihi RM100 ke atas dapat
 PERCUMA Biogreen Cloud Pillow berharga RM22.05.

Download CheQQme mobile app dan jangan lupa tunjuk kepada petugas Biogreen di kedai mereka. Sebab apa, korang semua boleh dapatkan keahlian membership mereka secara PERCUMA !!! Tak perlu beli apa pun. Hanya download CheQQme Mobile App sahaja ok !!! Free Membership



Inilah promosi BioGreen @Kepong untuk 25 Jun 2016 nanti:

 1. Beli satu Biogreen Organic Spirulina Vita 7 (250g), dapat percuma 30 biji Spirulina pada harga RM218.47 (RSP:RM242.74)

2. Bio-Enzymes Vinegar pada harga promosi RM41.79 (RSP: RM46.43)

3. Beli 1 minyak kelapa dapat percuma 1 Biogreen Handmade Soap berharga RM26.40. Minyak Kelapa Biogreen berharga RM64.80 (RSP: RM98.40)

4. Biogreen O'Tigres Quick Oatmilik (diskaun 30%) pada harga promosi iaitu RM44.52 (RSP: RM63.60)

5. Biogreen OxyLemon Enzymes (diskaun 30%) pada harga promosi iatiu 62.18 (RSP: RM88.83).

6. Valentime Bakery Buy one Free one




Datang beramai-ramai pada 25 Jun 2016 di Biogreen@Kepong untuk menikmati semua ini ok. 
Rugi lah kalau tak mula sekarang pemakanan sihat kan. Biogreen ada beras, susu, gula dan pelbagai lagi sumber organik tau. Tak salah pergi sahaja pada 25 Jun nanti dan dapatkan sedikit informasi mengenai Biogreen. Teringat kata Chef Wan pada event yang lalu, kalau tak mula sekarang, bila lagi kan!!

Promosi yang bakal berlangsung di Biogreen@Kepong beralamat di No. 9, Jalan Burung Tiung, Taman Bukit Maluri, Kepong, 52100 Kuala Lumpur. 
Beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga 7.30 malam. 

Promosi Biogreen berlangsung di seluruh negara juga tau. Pada 24 Jun 2016 di Jaya One, D'Pulze, Puchong Gateway, Melaka dan Butterworth. Manakala pada 25 Jun 2016 di Main Place, Johor Bharu dan Penang. 

 Layari laman web mereka di  www.biogreen2u.com untuk lebih informasi dan promosi. Kolin memang suka sangat produk Biogreen sebab semua sihat dan boleh kurang berat badan tau. Jangan lupa Biogreen@Kepong untuk dapatkan promosi mereka sementara stok masih ada tau.

Love, 

Kolin Zainal 



Tambah saham bukan kurang saham ~

assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah main saham ker kolin sekarang? hihihihi
Bukan ler main saham korang, tapi ini kan bulan mulia, bulan ramadhan. Saham yang kolin maksudkan kali ini adalah PAHALA. Ha...sure nak tambah saham pahala kan. Siapa tak nak rugi tau.

Baru-baru ini kolin dapat belajar satu istilah baru iaitu Tabayyun. Sebenarnya tak pernah dengar pun istilah ini sampailah satu sahabat menyebut. Perasan atau tidak, Tabayyun ini sudah mula di kempenkan di dalam media sosial. Apa yang kolin faham dengan Tabayyun ialah sebelum sebar, siasat atau semak dahulu. 
Maknanya, kalau kita dapat sesuatu informasi atau gambar melalui media sosial, tangan tu janganlah duk gatal terus nak share. Takut-takut yang kita share tu tak betul. Kalau tak betul dah kurang saham, betul tak?
Kurang saham, kurang lah pahala...adeii..rugi

 Ini sebagai contoh, ilustrasi comel mengunakan bahasa Indonesia ini simple dah mudah. Bukan nak cakap kolin tak pernah. Pernah juga ter 'share' dulu, tapi sekarang dah belajar hahahha
Sekarang nak share kena semak dan siasat dahulu ok. Kita 'Tabayyun' dahulu ok.

Sama juga lah kalau kita dengar ada orang susah di dalam taman atau kawasan flat kita. Selama ini dengar dia selalu tak cukup beras kat rumah, sebagai contoh. Apa kata kita pergi tengok dahulu, apa bantuan yang diperlukan. Kolin sangat setuju konsep macam ini. Bukan apa, kekadang bila orang bercerita ini banyak 'perisa tambahan'. Patut jadi gulai daging, terus jadi gulai ikan punya nak sedap bercerita kan.

Mungkin kita sendiri boleh turun padang dan tengok ada ke insan yang memerlukan bantuan. Kena faham, kadang-kadang orang susah ini diam sahaja sebab tak nak menyusahkan orang lain. Masyarakat sekeliling kena lah prihatin sedikit. Kolin rasa lah kan, siapa lah yang nak hidup susah kan. Kalau boleh semua orang kat dunia ini nak hidup selesa dan senang. 

Untuk golongan seperti ini pula, ada agensi yang mampu membantu mereka jua. Malaysia beruntung kerana ada Pusat Pungutan Zakat bagi setiap negeri di Malaysia. Bersyukur dengan cara begini dapat juga kita membantu saudara yang dalam kesusahan kan. Yang pentingkan kita jalankan salah satu dari rukun Islam.

Rukun Islam yang ke 3 ini dipermudahkan dengan adanya agensi yang mengutip dan mengagihkan zakat. 
Kat sini kolin semangat sangat nak senaraikan semuanya bagi rujukan korang. 
Listing pusat zakat satu Malaysia. 

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ)

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) – Kutipan zakat.
Website : http://www.zakat.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/myzakat

Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan – Agihan Zakat.
Website : http://www.maiwp.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/maiwp.hq

Lembaga Zakat Selangor – Kutipan dan Agihan Zakat.

Bahagian Khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor:
3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5522 7700 Fax: 03-5522 7722
Talian Zakat Selangor : 1-800-88-5353

Pusat Kutipan Zakat Pahang-MAIP

Pusat Kutipan Zakat Pahang-MAIP – Kutipan Zakat.
Website : http://www.zakatpahang.my/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatpahang

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang – Agihan Zakat
Website : http://www.muip.gov.my/v3/

Pusat Zakat Melaka

Pusat Zakat Melaka – Kutipan Zakat
Website : http://www.izakat.com/
Facebook : https://www.facebook.com/pusatzakat.melaka

Majlis Agama Islam Melaka

Pusat Zakat Negeri Sembilan

Pusat Zakat Negeri Sembilan – Kutipan Zakat Sahaja.
Website : http://www.zakatns.com.my/ver4/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatns

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

Pusat Urus Zakat Pulau Pinang – Kutipan dan Agihan Zakat
Website : http://www.zakatpenang.com/zpp/
Facebook : https://www.facebook.com/pusaturus.zakatpenang

Jabatan Zakat Negeri Kedah

Jabatan Zakat Negeri Kedah – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website : http://www.zakatkedah.com/

Pusat Zakat Sabah (MUIS)

Pusat Zakat Sabah (MUIS)
Website : http://www.zakat.sabah.gov.my/index.php?lang=en(kutip manakala agihan oleh Majlis Agama Islam Sabah)

Majlis Agama Islam Negeri Johor

Majlis Agama Islam Negeri Johor – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website : http://www.maij.gov.my

Pusat Urusan Zakat Terengganu

Pusat Urusan Zakat Terengganu – Kutipan dan Agihan Zakat
Website : http://www.maidam.terengganu.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/maidampuz

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak Darul Ridzuan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak Darul Ridzuan – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website : http://www.maiamp.gov.my/maiamp/maipk/index.php
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Zakat-Perak-MAIPk/1426992360871782

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website: http://www.e-maik.my/v2/index.php

Tabung Baitulmal Sarawak

Tabung Baitulmal Sarawak – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website : https://www.tbs.org.my/www/
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Tabung-Baitulmal-Sarawak/110233099029503

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis – Kutipan dan Agihan Zakat.
Website : http://www.maips.gov.my/
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Majlis-Agama-Islam-dan-Adat-Istiadat-Melayu-Perlis-MAIPs/203294833048179


Macam kolin yang tinggal di Kuala Lumpur, pusat pungutan zakat ialah Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan atau dikenali sebagai PPZ Wilayah. Agensi ini lah selama ini yang telah banyak berbudi kerana mengumpulkan semua pembayaran zakat untuk diagihkan oleh pihak Baitulmal. Suatu tanggungjawab yang besar bagi kolin, bukan senang kan nak pikul. Tabik spring kepada mereka yang di bawah Agensi ini kerana melakukan kerja dengan baik. Bukan senang kan!!

Zakat ini ada pelbagai jenis tau. Macam nak raya ini zakat fitrah lah kan. Tak silap kita di Wilayah Persekutuan RM7 kan untuk zakat fitrah kali ini. 

Untuk bahagian kolin pula potongan gaji untuk setiap bulan untuk membayar zakat. 
This is part or my duty sebagai seorang Muslim.
So nak berzakat sekarang sangat mudah online pun ada juga tau tak perlu nak isi borang segala. 
Simple sangat sampai nak guna handphone canggih korang pun boleh.


Ni nampak tak payslip kolin tu. Siap potong gaji setiap bulan. Dah potong lega betul rasanya.
Korang macam mana dah berzakat ke? Kalau belum, korang boleh dah mula sekarang. Tak terlambat lagi pun. Bagi yang tinggal dan kerja di wilayah senang aje tau. Kaunter PPZ Wilayah banyak !!!

Kaunter PPZ Wilayah dibuka setiap hari dari Isnin sehinggalah Sabtu. Tapi UTCKL Pudu Sentral tu sampai jam 10 malam tau. Nak mudah lagi boleh call talian zakat 1 300 88 5757.
Mana yang nak tahu berita atau perkembangan terkini tentang PPZ Wilayah layari sahaja 

Nak lagi best tonton video mereka di www.youtube.com/ppztv
Pelbagai kisah, tauladan dan juga senario semasa di videokan. Sure korang tak tahu semua ini ada kan.
PPZ Wilayah ini ada menjalankan pelbagai usaha bagi memberi kesedaran semua yang layak mula berzakat. Percayalah setiap sen yang kita berikan untuk berzakat pasti ada kelebihannya. Jangan pula korang dah berzakat pergi soal lak, mana duit tu pergi. Pendek kata, orang yang bekerja di PPZ Wilayah tu pun takut kalau main duit zakat tau. 


So jangan cerita banyak, sebar cerita yang tak elok ok.
Mula berzakat dan jadikan Tabayyun sebagai salah satu cara hidup kita yang dibelenggu oleh 
media sosial tu. Semak, siasat ok !!! Bawak kebaikan kita share, tapi kalau tidak baik 
jangan sebarkan. Mana tau, jadi fitnah pulak kan.

So jangan lupa berzakat !!!!


Love,

Kolin Zainal






Nelayan Titiwangsa Gombak tawarkan RM35 nett untuk Iftar

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat korang yang kat area KL nak berbuka puasa dengan harga berbaloi, boleh lah berbuka puasa di Nelayan Titiwangsa Gombak yang terletak di Lot 1183, Batu 8 3/4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.



Tempat yang luas dan selesa ini sesuai untuk kita hadir bersama keluarga. 
Dengan harga RM35 nett cukup murah bagi kolin bagi restoran yang terletak di pinggir bandar ini. 
Dedulu kolin selalu makan di Restoran Nelayan Terapung kat Tasik Titiwangsa tu. Tapi sekarang dah berpindah ke sini pula. Tapi elok juga, lagi selesa dan lawa sangat dekorasi kat sini. 

Kalau tak silap kolin, ada dewan untuk penempahan sekali.
So siapa yang nak melangsungkan perkhawinan tu boleh lah usha dewan kat sini. 

Seperti biasa, Nelayan Titiwangsa Gombak memang dengan signature mereka iaitu stimbot. Pelbagai jenis hidangan yang boleh korang pilih untuk makan. Tapi bukan setakat stimbot sekarang dah boleh grill juga.
Simple dan memang sedap. Sesekali berbuka kita tukar lah selera kan. 




Ada udang, ketam, ayam dan juga daging yang telah diperap. Sos pencicah juga ada beberapa yang boleh korang semua cuba kat sini. Kalau tak berselera nak berbuka dengan stimbot dan grill. Jangan risau, Restoran Nelayan Titiwangsa Gombak juga ada menghidangkan nasi dan lauk pauk melayu untuk korang. Kiranya jangan takut lah kalau tak cukup kenyang makan stimbot tu. 

Siap ada sambal belacan, tempoyak, ulam ulaman lagi tau. 
Tinggal cedok dan letak dalam pinggan aje tau.








Kalau tak ada kambing golek tak sah kan. Kat sini pun ada. Kann kolin dah cakap dengan RM35 nett tu sangat berbaloi untuk makan berbuka puasa di sini. Tak jauh pun dan masih sempat lagi kalau nak plan berbuka di sini. 

Selain makanan hidangan utama ini, kek dan buah-buahan pun ada juga. Salad pun ada.
Kiranya hidangan buffet di sini lengkap dan boleh lah sekeluarga enjoy berbuka kan. 







Surau yang selesa pun ada juga. 


Kepada korang yang nak berbuka kat sini boleh lah call no seperti di bawah ini. 
Call cepat sebab setahu kolin restoran ini memang full setiap kali berbuka.
So jangan tunggu, sebab sure berbaloi giler.

Jangan tak cuba ya!!

Love,

Kolin Zainal

Kredit gambar kepada blogger yang baik hati

www.livelifelah.com
www.qasehsu.com
www.mamatisya.blogspot.com
www.afzalsukasuki.com