assalammualaikum
Kalau menginap di Bandar Kuching jangan lupa try Topspot Food Court tau. Di sini menyajikan makanan laut yang segar dan murah sangat. Tetapi tempat makan ini tutup awal, jadi kolin cadangkan pergi seawal yang boleh untuk duduk dan menikmati hidangan di sini.
Kalau nak tahu tempat food court ini di mana, boleh sahaja tanya orang tempatan. Dekat saja dari tepi sungai sarawak. Kami dicadangkan oleh orang tempatan untuk mencuba di gerai no 25 di Topspot ini.
Memang rambang mata nak memilih. Semua makanan laut ini nampak segar sangat. Berbagai size dan pilihan yang kita boleh cuba. Dan semua ini dijual dengan mengunakan timbangan yang kita kehendaki. Misalannya, kalau kita nak udang dan kita datang bersama rakan-rakan yang jumlah 10 orang, cuba ambil seorang seekor sahaja. Itu pun sudah cukup mengenyangkan.
ini siput pahat goreng cili, rasanya sangat manis dan lebih besar dari yang pernah kolin makan sebelum ini di umbai atau langkawi. Mesti cuba!
yang ini pula telur yang digoreng jadi sampai macam keropok dan rapuh. Mereka taburi dengan tiram (oyster) di dalam telur ini. Siap dengan bahan cicah yang memang membuka selera.
ini lah dia udang yang digoreng mentega, sangat sedap. Rasa udang yang manis dan segar memang mengamit selera kolin. Awal-awal lagi udang ini dah disebat terlebih dahulu.
Ini pula ikan kerapu yang dimasak tiga rasa. Sedap...sedap..sedap sangat
kolin memang tak dapat nak kata apa, terima kasih kepada kawan-kawan yang membuat pilihan untuk semua hidangan ini. Great choice!!
Ini pula ketam yang digoreng dengan telur masin. Bayangkan lah kami makan seorang seekor. Ketam ini besar sangat wei. Memang memenuhi citarasa sangat. Korang kalau ke Kuching harus makan di sini. Jangan risau restoran ini diselia oleh JAKIM.
Ini pula sotong goreng tepung!
Kalau lah nak tahu, semua hidangan ini termasuk air dan nasi hanya berharga RM280.00 sahaja. Kalau kita pergi seramai 10 orang hanya RM28 seorang. Mana nak dapat hidangan laut yang segar dan manis ini dengan harga yang sangat berbaloi. Hidangan kami kuantiti sangat banyak, sampai memang senak perut nak mengabiskan semua lauk pauk yang ada. Sampaikan ada kawan-kawan memang tak sentuh nasi langsung.
Nampak tak penuh sangat-sangat meja kami tu. Memang kami beramai-ramai jemaah rasa puas hati dengan hidangan di sini. Buat semua jangan lupa try ok. Gerai 25 di Top Spot Food Court di Kuching.
kolin..jom repeat trip ke kuching....
ReplyDeletetiket dah murah weii...
Deletejom bebila masa nih hahahha