assalammualaikum
Selamat hari lahir mama!!
Sempena hari lahir mama kolin aka cik timah kami decided nak belanja mama makan. Pada cuti CNY yang lalu kami pun try pergi Midvalley Mega Mall yang dah berkurun sangat kolin tak pergi. Maklumlah kat sini ramai sangat pengunjung dan parking pun boleh tahan lah jugak.
Pilihan kami lunch untuk meraikan birthday mama ialah NY Steak & Shake di tingkat LG Midvalley.
yang tudung biru tu adik kolin nama dia awen, yang tudung kelabu tu cik timah dan seorang lagi anak buah kolin nama dia ayin. Baru tingkatan empat tapi tinggi sangat. Jom kita review pilihan menu yang disediakan di sini. Kita boleh pilih nak daging kambing, lembu atau ikan.
Mama kolin try Ribeye Steak minta dimasak 'well done' dan sos nya pula
button mushroom yang berharga RM25.00.
Sos button mushroom tu pun dituang di atas steak, lembut dagingnya. Dia ada 150 gram dan 200 gram, harga pun berbeza sedikit. Tapi kolin rasa agak berbaloi kalau teringin nak makan steak sekali sekala.
Inilah 'all time favourite' kolin. Memang kalau ke tempat western inilah yang kolin pesan. Hidangan penuh ini cuma berharga RM17.90 sahaja. Ikan nya segar dan cukup besar dan side dish yang sangat sedap.
Anak sedara kolin, ayin pula memilih burger, Yankee burger atau dikenali sebagai cheese burger yang berharga RM18.90 dan awen memilih Mushroom Burger yang berharga RM19.80. Nampak macam mahal kan, tapi memang berbaloi sebab burger tu besar. Terkial-kial juga awen dan ayin nak abiskan hidangan itu. Termasuklah kolin, sampai rasa nak melompat-lompat bagi padat perut.
Selesai makan, kami pun bersiar-siar di dalam Midvalley. Maklumlah keadaan agak lenggang sebab ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung dan bercuti. Lawa sangat dekorasi Midvalley sempena sambutan perayaan tahun baru cina tahun ini.
Untuk mama..Puan Fatimah Bibi Binti Noor Muhammad
Nothing can compare your love in the world
I am bless to have you as my mom
May you have a fantastic year ahead, may Allah SWT bless you, may you have a long life,
i wish for your good health, prosperous year ahead.
I LOVE YOU MAMA
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you