assalammualaikum
Sebelum kami ke Tanah Abang kami pergi ke Stasiun Gambir dahulu untuk membeli tiket keretapi sebelah petang bagi perjalanan ke Bandung. Rupanya dekat sangat hotel dengan stesen keretapi ini. Tiket ini boleh dibeli secara online dari Malaysia. Tapi kami memilih untuk membeli di sini. Nasihat orang tempatan yang menyuruh kami membeli tiket seawal pagi bagi memastikan kami mendapat tempat perjalanan ke Bandung. Ada juga yang menawarkan kereta
Keadaan stesen ini sangat sederhana dan seperti biasa padat dengan kereta dan pengunjung ke sini. Stesen ini menawarkan ke banyak destinasi di seluruh Indonesia. Kita boleh ke Jogjakarta dan Surabaya dengan menaiki keretapi sahaja. Memang best giler!
Beginilah keadaan tempat membeli tiket di sini. Sangat mudah dan senang. Kita hanya perlu beratur dan tak tahu banyakan lah bertanya. Kolin memang agak fasih berbahasa indonesia, jadi tiada masalah heheh.Dah macam trip balik ke kampung, sebenarnya mereka sangat berbudi bahasa.
Jangan risau lah
Jangan risau lah
Pegawai ini banyak menjawab pertanyaan kolin semasa membeli tiket. Mereka guna microfon so semua orang dengar apa dia jawab hahahah. Lantak lah janji kolin dan kawan-kawan dapat info yang tepat bagi melancarkan perjalanan kami semua.
Beginilah tiket yang telah dijual kepada kami. Kolin ambil kelas pertama iaitu Eksekutif yang berharga RP110,00 (RM30.80). Harga itu berbaloi atau tidak kena tunggu perjalanan kolin ke Bandung nanti.
Dah siap beli tiket, kami terus menuju ke Tanah Abang bagi urusan SHOPPING..
yuk semua..berbelanja di Tanah Abang...
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you