assalammualaikum
Hotel yang menjadi pilihan untuk penginapan kali ini adalah Hotel River Majestic di Kuching, Hotel ini terletak betul-betul dekat dengan patung kucing tidur yang menjadi mercu tanda bagi bandar Kuching Sarawak ini. Perjalanan dari airport ke hotel cuma 15 minit sahaja dan cuaca pada hari ketibaan kami sangat-sangat baik.
Ini lah keadaan kawasan reception di dalam hotel ini. Penyambut tetamu di sini kelihatan sangat cekap dan mudah tersenyum. Ini yang senang nak bekerja nanti nih
kawasan lobi yang dihiasi dengan perabot dan frame gambar yang moden
Sangat mudah untuk 'check in' dihotel ini. Semua penghuni bilik diberikan dua akses kad untuk twin sharing. Maknanya mudah lah kalau kita tak keluar sekali kan. Masuk dan keluar senang, tak macam hotel yang kolin pernah menginap sebelum ini yang hanya membekalkan satu kad akses bilik sahaja.
Ruang business centre mereka sangat menarik dengan hiasan hiasan keaslian bumi Sarawak yang memang terkenal dengan ukiran kayu yang berwarna warni. Hotel ini tak silap kolin bertaraf 4 bintang. Jom kita review bilik penginapan yang disediakan.
Katil yang lembut, yang lebih menarik kita boleh request bantal yang kita hendak. Banyak sangat pilihan bantal yang disediakan bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka. Memang lah layanan hotel ini manja betul. Seronok wei...memang malam karang tido lena sangat ler..
Lawa dan besar sangat bilik yang disediakan di hotel ini. Kalau lah kita datang bercuti bersama keluarga di sini memang tak payah nak risau pasal keselesaan. Kolam renang juga ada disediakan di tingkat 4.
tapi yang menjadi perhatian kolin adalah toiletteries set dia yang kelihatan sangat mewah. Lumayan dong
Lagi lah tambah menarik, pemandangan dari bilik kami yang memang best!
Memang pada masa ini tahap air sungai sarawak agak tinggi, sebab masih ada kawasan yang dilanda banjir kan. Tapi ianya tidak mematahkan semangat kolin untuk ke seberang petang nanti heheh
yang bagusnya hotel ini bersambung dengan shopping complex parkson. Kalau nak cari ATM pun tak susah hanya perlu ke LG sahaja. Lagipun hotel ini bertentangan dengan 7 eleven, kalau tengah-tengah malam nak cari apa-apa pun senang sahaja, lintas jalan aje lah.
cermin yang ada dalam lif ni memang jadi bahan kolin selfie sepanjang 3 hari di sini lah nanti. aku ni memang pantang nampak cermin besar-besar. Memang jadi sawan bergambar lah
So..dah cerita habis pasal hotel kan...
Selamat bercuti uoolss...
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you