Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Majlis Perasmian Busaba Thai Restaurant di Sunway Hotel Resort & Spa, Bandar Sunway

assalamualaikum

 Siapa yang suka sangat masakan Thai? Kolin nak cadangkan lokasi restoran Thai yang baharu untuk korang semua cuba. Ianya terletak di lobi Sunway Hotel Resort dan Spa yang terletak di 
belakang Sunway Pyramid Mall. Ianya ialah Busaba Thai Restaurant.



Melangkah masuk ke dalam restoran ini memang mendamaikan, dekorasi yang berunsurkan negara Thailand sangat terselah dengan keunikkan bau aromaterapi. Nak makan pun jadi berselera. Katakanlah kita stuck jammed kat Sunway tu, boleh berhenti makan dinner dahulu di sini. Memang tidak akan mengecewakan.


Sepetang bersama blogger www.kitepunye.com iaitu Nannie Isa sangat menyeronokkan. Kami memang berkawan dan bersekolah sama dari Tingkatan Satu lagi. Kiranya memang kawan sehidup semati lah. Boleh nannie?! Kiranya hari ni nannie jadi my dinner date lah..


Menu of the day!


Decoration on the center of the table.


We are at table 20. Our lucky number for the night


Kolin try buat iklan gigi  heheheh. Makan malam dimulakan dengan appetizer combo.


ada chicken sate, breaded chicken yang lagi dua tu kolin kurang pasti. Tapi memang sedap dengan cicah sos kacang dan cili yang disediakan bersama hidangan ini. Dengan alunan music syahdu dari band yang didatangkan khas untuk majlis perasmian ini memang membuka selera.



Hidangan ini dinamakan 'Famous Thai Fresh Prawn Salad in Juicy Lime, Chilies & Garlic Dressing'
Rasa udang yang segar dan jus limau memang sederhana. Tak terlalu masam untuk kolin lah. Yang paling menarik tomato tu dipotong cantik dan diletakkan lilin di dalamnya. Lawa dan kreatif sangat.


Ini pula 'Crunchy Angle Bean Salad with Prawns, Minced Chicken, Boiled Egg with Thai Dresing'
Ada kacang botol yang dipotong, isi ayam dan cili ditabur di dalam hidangan ini. Lebih kurang macam kerabu lah. Rasanya sedap dan sesuai kalau kita jadikan dia menu diet. 



Hidangan yang sangat menarik di dalam kelapa muda ini ialah 'Creamy Cocounut Chicken Soup & Mushrooms served in Young Coconut'. Sangat sedap! Udang segar dengan cendawan yang sangat kena dengan kuah yang disediakan.

 'Thai Green Curry Chicken'

'Stir fried Red Snapper Fillets with Thai Celery & Thai Chili Herbs'

'Roasted Duck served with Hongkong Kailan & Topped with special Red Gravy'

'Stir Fried Crab Claws meat with Yellow Curry Powder'

'Mango & Sticky Rice served with Coconut Cream'

Ribuan terima kasih kolin ucapkan kepada Emmy dari MalayMail, En. Shahrul Manager di Busaba Thai dan juga Ms. Trisna Lim, Brand Manager yang bermurah hati menjemput blogger macam kami untuk menghadiri perasmian kali ini. Terima kasih daun keladi, lain kali ajak lagi ye 
nannie, kolin dan emmy

Kolin nak share sikit gambar dekorasi dalam Busaba Thai  ini. Pada kolin memang lawa, cantik, menarik dan sangat-sangat authentic Thailand. 

Di pintu masuk Busaba Thai Restaurant


ada dua kuda kayu di kedua-dua belah pintu masuk utama ke restoran ini

hiasan kuda-kuda comel ini sangat menarik perhatian kolin

hiasan bunga dan lilin aromaterapi yang memang menenangkan di saat melangkah ke dalam restoran ini. 
 lukisan ini memenuhi salah satu ruang dinding di dalam restoran ini

ini pula, ruang tangga untuk ke tingkat atas ruangan VIP


yang paling menarik perhatian kolin pada masa itu adalah tulisan ini ada di dalam tandas wanita
"only do what your heart tells you by Princess Diana"
Good job on the decoration Busaba Thai!!

Disebabkan masa kolin review jatuh pada Hari Kasih Sayang, banyak juga hiasan berkisarkan tema yang ada. Kita memang tak sambut tapi dekorasi yang lawa memang tidak dapat dinafikan.




 cute kan cupcake roses ini, kolin makan dua biji sebab sedap sangat.

  
Dua jejaka ini lah peneman kami pada malam tersebut, kelakar giler mereka berdua ni.
Asyik ketawa saja sepanjang makan malam, banyak juga pengalaman yang mereka kongsikan buat kami
Nice meeting you ethan (malaymail) dan kawan u..kolin dah lupa nama hahahhaha
i pun ada sindrom short memory lost dah ....
Jadi jangan lupa berkunjung ke restoran ini untuk mencuba masakan Thai yang lazat. Kalau nak celebrate birthday, wedding anniversarry atau saja nak melepak boleh juga buat reservation. Jangan lupa try ok!

BUSABA THAI RESTAURANT
Lobby Level, Sunway Resort Hotel & Spa
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway
47500 Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5612 1033
Fax: 03-56131031
busabathai@seacuisine.com.my
Mike - Restaurant Manager

Sebelum terlupa Busaba Thai ini adalah di bawah rangkaian yang sama iaitu Absolute Thai.
Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh layari

http://www.absolutethai.com.my
www.facebook.com/AbsoluteThai



khidmat pesanan masyarakat ini dibawa oleh www.alialisakreatif.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you