Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

XES Chinese New Year Luncheon 2015

assalammualaikum

Berterima kasih sangat kepada pihak XES yang sudi menjemput kolin ke kempen mereka yang terbaru sempena sambutan tahun baru cina yang bakal diraikan pada 19 & 20 Februari 2015 nanti. Berbagai pilihan yang boleh digayakan bersempena tahun baru cina, Yang penting ianya berbaloi.





Sempena tahun kambing yang bakal diraikan, XES menawarkan tawaran terhebat dan berbagai gaya untuk menjelang tahun baru cina nanti.



Duta XES bersama dengan Ms. Mico Pun yang mengayakan koleksi daripada XES.

Jangan kata XES hanya untuk wanita, untuk lelaki juga ada tau..
lihat lah koleksi yang digayakan oleh Gibson.


Sememangnya acara ini diraikan dengan meriah dengan semua kedatangan media dan blogger yang hadir bersama. Acara dimulakan dengan Lou Sang untuk tuah dan kebahagian yang hadir. Majlis ini juga menganjurkan sesi make over untuk semua yang hadir yang ditaja oleh Sense & Style Beauty Academy.



Selesai make over kami semua diberi peluang untuk menjalani satu photoshop dan berangan menjadi cover girl untuk majalah XES. Betapa perasaan nya kolin pada masa itu memberikan berbagai pose tau. Perasan lawa selama 5 minit ok! Kami diberi sesalinan untuk di bawa pulang sekeping gambar sebagai kenangan menjadi cover girl.


Tapi posing dan bergambar bukan sekadar itu sahaja, semua yang terlibat ini berpeluang untuk mengambil bahagian di dalam XES Chinese New Year Facebook Contest yang membawa slogan ' BE STYLISH WITH XES". Gambar akan diupload bermula dari 17 Februari sehingga 17 Mac 2015. Jangan lupa vote untuk kolin ok. Gambar yang menerima paling banyak 'like' akan membawa pulang RM888.00 wang tunai dan RM1388.00 dan barang yang berjumlah RM1388.00 atau RM1888.00 untuk pemenang.

Please vote for me!!

XES juga ingin memberi penghargaan kepada sponsor Fitness First Malaysia yang sudi memberikan angpau berupa 'trial pass' selama 8 hari untuk dicuba.


Acara yang meriah ini dihadiri oleh blogger yang sporting sangat. Kolin beruntung sangat dapat mengenali blogger yang hadir secara dekat. Selama ini hanya dapat baca blog mereka sahaja.

kolin, vinny dan iqa


Kolin with Emmy from Malay Mail

Jangan lupa ke butik XES yang berdekatan untuk memiliki barangan hebat mereka tau. Ianya buatan Malaysia dan harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan. Terima kasih XES kerana sudi menjemput kolin sekali lagi. 

Tanam pisang dan keladi
Ada rezeki jumpa lagi 

ok bai!



jangan lupa hashtag #xesshoes di instagram ok



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you