Wednesday, May 17, 2017

TAHNIAH RATU EMPAYAR SAJIAN NESTUM YANG PERTAMA

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahniah buat Puan Alisa Roslan yang telah berjaya dinobatkan sebagai Ratu Empayar NESTUM yang didalam acara kemuncak cook-off yang diadakan baru-baru ini. Acara yang melibatkan empat finalis di Sunway Pyramid ini penuh meriah tau. Sebab semua finalis kena masa kat situ dalam masa sejam dan resipi pemenang akan dimuatkan dalam buku resipi masakan 'Quick and Easy Recipes with NESTUM terbitan Nestle Malaysia.



Bertugas sebagai Juruteknik Komputer adalah ibu kepada empat orang anak dari Perlis ternyata memang juara, sebab masakan Serawa Labu Manis NESTUM telah berjaya memikat hati juri pada hari tersebut. Hidangan yang lazat ini mendapat pujian dari ketua juri iaitu Chef Naem yang teruja apabila Nestum turut digunakan dalam hidangan beliau. Menurut kata Puan Alisa, beliau memang gemar memasak sejak zaman sekolah dan selalu mendapat pujian dari kaum keluarga dan sahabat handari. Dengan mengolah resipi hari ini, dapat pulak sokongan dari suami dan anak-anak kan. Beliau yang mengolah resipi tradisional pengat labu yang diadun dengan santan, gula mreah, pandan dan Nestum ternyata mendapat tempat di hati semua juri. Beliau yang sangat gembira turut berkongsi dengan keluarga yang hadir sama. Air mata kegembiraan sudah tentulah kan. Sebab kalau kolin mesti happy giler, sebab dinobatkan RATU EMPAYAR SAJIAN NESTUM. 


Selain berpeluang menerbitkan resipi, Alisa juga meraih hadiah kelas memasak peribadi dan ekslusif dari The Cooking House, perkakas memasak dari Le Creuset, baucer ekslusif dan produk dari Sen Heng, AEON dan jua NESTUM. Hadiah cukup lumayan tau RM28,000.

Tengok lah..resipi ini memang membawa tuah kan !!! Tahniah


Menurut En. Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif Jualan Nestle, Malaysia & Singapura, kami memulakan kempen ini dengan tujuan memberi ganjaran kepada semua peminat setia Nestum dan menunjukkan betapa versatil nestum untuk semua orang cuba. Maknanya kita yang selalu memasak ini jangan lah malas nak ubah resipi. Mana tahu resipi tu makan sedap kan. Lepas ini kolin pun nak cuba jugak lah...resipi biskut raya ke nanti. Lagipun Nestum kan bagus untuk kesihatan seisi keluarga kan. Jadi mesti cuba ! Nanti kolin share resipi kolin cuba dengan nestum pulak tau heheh


Nestum yang menghargai peminat Nestum yang gemar memasak, kini telah ada pemenangnya pun. Dengan berkongsi sajian lazat dengan semua orang, semoga ianya menjadi inspirasi buat semua warga Malaysia nanti. Peserta finalis Empayar Sajian NESTUM yang lainnya terdiri dari pelbagai latar belakang ada food blogger Puan Wan Rogayah dengan biskut makmur semolina, En. Zul Razak dengan NESTUM Awesomeness Fruit Crumble dan Lauren Tan dengan NESTUM Prawn Nuggets yang cukup lazat dan yang terakhir Muhammad Falihin dengan resipi Sate Ayam NESTUM. 


Acara yang dihoskan oleh pengacara kecil molek Sazzy Falak memang meriah. Barisan Hakim pula terdiri dari Chef selebriti iaitu Chef Naem, dan barisan perwakilan dari Nestle. Tahniah buat semua finalis dan tentunya Ratu iaitu Alisa Roslan. Untuk lebih lagi korang boleh ke link ini VIDEO FINALIS NESTUM



Tahniah sekali lagi dan terima kasih kerana menjemput kolin untuk turut hadir di maljis gilang gemilang ini. Dan sememangnya Nestum selalu menjadi kegemaran kolin menjelang berpuasa ini. Korang yang mana belum pernah cuba Nestum, cepat dapatkan ok. 
 Terima kasih untuk apron yang ada nama kolin ni ye..Happy !!!





Love, 

Kolin Zainal 

4 comments:

  1. Replies
    1. tu lahh..best nyaa tengok dema masak pakai nestum

      Delete
  2. Kalau kreatif, serbuk nestum memang leh buat macam-macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah jadi mak mak ni kena kreatif kan. TUkar selera

      Delete

loving me..loving you