Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Tahniah !!! Kempen komuniti 'TOP Pass It On' berjaya



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kempen komuniti dari TOP Pass It On baru-baru ini telah pun berjaya mendapat maklumbalas yang sangat baik dari semua warga Malaysia di dalam niat murni mereka mengumpulkan 5,046 baju terpakai yang dalam keadaan baik. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat telah bersama-sama di Grand Finale kempen ini dimana penyerahan baju yang telah bersih ‘micro-clean’ untuk 5 pusat kemasyarakatan yang bertempat di Mydin Mall USJ. Kempen komuniti TOP Pass It On percaya dengan pengumpulan secara besar-besaran, pengagighan dan semua pakaian terpakai ini masih dalam keadaan baik. Komuniti kempen ini menyarankan pelbagai lapisan masyarakat sama-sama menyumbang di samping memperkenalkan inovasi terbaru daripada TOP Micro-Clean yang mampu membersihkan kekotoran yang 
tidak nampak oleh mata kasar. 


Menurut Dato’ Sri Rohani sebanyak 30 pusat kemasyarakatn akan menerima baju yang telah dibersihkan dengan micro-clean ini bersama-sama dengan TP dari 7 Mac sehingga 18 May 2017 termasuk di Lembah Klang, Kuala Terengganu, Penang, Johor, Sarawak dan Sabah. Beliau memuji usaha yang dijalankan oleh TOP kerana berjaya memelihara alam sekitar dan dapat jua memberi sumbangan untuk suasana yang lebih sihat, 
segar dan bersih. 



‘TOP Pass It On’ ini memang seiring dengan saranan yang dijalankan oleh pihak Kementerian. Disebabkan itulah beliau amat menyokong kempen ini. Dan jika korang terlepas kempen ini, manalah tahu ada ruang di masa akan datang untuk menyumbang, kita sertai ok. Semoga semua sumbangan ini dapat memberi kebaikan kepda orang-orang yang memerlukan. Buat makluman korang, jenama pencuci dari TOP adalah No. 1 di Malaysia buat masa kini. Dengan Anti- Malodour ditambah pula dengan teknologi Micro-Clean yang ada Anti Sebum ini memang membuatkan TOP di kalangan yang terbaik di bawah naungan Lion Corporation Japan. 

Dengan fungsi menghilangkan kotoran yang nampak dan tidak, teknologi FreshCare turut dapat mewangi setiap cucian kita. Jadi kenapa tidak kita gunakan untuk seisi keluarga kan. Dah terbukti pun dekat 5000 baju terpakai di bersihkan dan nampak baru ! Menurut Ms. Carmen Foo,Senior Marketing Manager dari Southern Lion Sdn. Bhd., jenama ini telah mendapat sokongan yang luar biasa kerana masyakat sudah mula mempercayai TOP. Banyak sangat kempen dan roadshow yang telah dijalankan di pusat kutipan dan juga beberapa pasaraya menjadikan kempen ni berjaya sepenuhnya. 



Beliau jua mengucapkan ribuan terima ksih kepada semua yang telah menyumbang. Sedikit sebanyak orang yang memerlukan akan menerima baju bersih dengan mengunakan teknologi dari TOP. Kini buat korang yang nak beli, tak perlu susah-susah. Sebab TOP kini boleh di dapati di seluruh pasaraya di Malaysia. Jika korang ingin dapatkan maklumat lebih mengenai kempen murni ini bole ke link ini www.southernlion.com.my atau 
hubungi talian ini 1800-88-0133.



Kolin sendiri gunakan TOP untuk cuci baju sekolah anak-anak dan suami. Mungkin kita tak nampak kesan kotoran secara kasar. Tapi peluh tetap terperangkap di dalam setiap pakaian. Jadi untuk kesihatan dan kebersihan sekeluarga kita guna TOP ya.




Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you