Assalammualaikum
dan salam sejahtera
Dah
nak puasa kan minggu depan, jadi hari ini kolin nak kongsi dengan korang tempat
berbuka yang best ala 60an. Korang mesti nak sangat makan lauk orang dulu-dulu
kan. Jangan risau korang semua boleh rasa hidangan masa silam kalau ke Holiday Villa Hotel & Conference Centre
Subang tau. Bertemakan Santapan
Klasik Ramadan’ memang banyak
hidangan yang memang korang tak pernah jumpa pun. Maknanya kolin pun tak pernah
jumpa hahahah. Memang klasik sangat-sangat berbaloi untuk datang berbuka puasa
di sini. Inilah Chef Azram yang menyediakan semua ini bersama-sama team beliau. Semua sedap-sedap, bau pun sedap, memang masa tangkap gambar semua hidangan ni, kolin duk lah telan-telan air liur ni haaa...
Antara
lauk pauk yang menjadi tumpuan kolin ialah Sup Huru Hara. Sup ini yang direneh
dengan pelbagai jenis rempah, daging pun lembut sangat. Korang boleh makan
dengan roti, nasi atau minum lah sup ini begitu sahaja. Kolin sangat-sangat
suruh korang try sup ini sebab sedap dan tak pernah kolin rasa kat tempat lain
lagi.
Selain itu ada Daging Bumbang Nyior, Serawa Buah Semangka, Gulai Daging
Rebah Bangun, Ayam Percik Bermadu dan kalau nak cerita ada 250 hidangan bakal dihidangkan sepanjang Ramadan
nanti di Holiday Villa Subang. Lokasi pun senang, parking pun banyak, surau dan
toilet pun di aras yang iaitu di Palm Terrace Coffee House. Banyak juga gerai
yang bakal ada nanti. Jadi datang di sini bermula dari 27 Mei sehingga 24 Jun
2017 nanti. Tapi pastikan buat tempahan awal tau. Nak tempah mudah sahaja call 03-56338788 ext. 7211/7201 atau emel
mereka di fbrest@holidayvillasubang.com.my.
Kalau
stall atau gerai pula ada banyak pilihan yang ada. Antaranya ‘teratak bonda’
yang bakal menyediakan hidangan seperti cempedak goreng, lempeng pisang,
keledek goreng dan pelbagai hidangan yang selalu mak kita semua sediakan dulu.
Senang cerita memang semua menu klasik bakal di hidangkan, so kenalah dengan
tema mereka SANTAPAN KLASIK RAMADAN tu kan.
Selain
lauk pauk, kuih muih tradisional juga banyak pilihan. ABC, cendol, lai che kang
dan banyak pilihan minuman yang korang boleh pilih. Kan kolin dah cakap 250
menu kan..so datang dan pilih sahaja ok. Tempat pun selesa disediakan.
Kalau ikutkan memang banyak sangat gambar menu dari Hotel Holiday Villa Subang ni yang kolin nak kongsi dengan korang. Tapi lagi bagus korang tempah aje berbuka puasa di sini. Sebab korang memang sure akan rambang mata. Dah la menu banyak, Chef pun masak sedap-sedap. Tempat dekat, selesa, tak sesak semuanya mudah aje. Lagipun bukan jauh pun bagi yang tinggal di lembah klang. Kalau selalu cuba di area pusat bandar, apa kata cuba Hotel Holiday Villa Subang ini pulak kan.
Santapan
Klasik Ramadan buffet ini berharga RM120nett untuk seorang dewasa dan RM74.oo
unuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan jua untuk warga emas. Masa ini lah
korang boleh datang beramai-ramai dengan keluarga kan. Makan bersama tanpa
perlu fikir siapa nak kemas selepas berbuka hahahha. So tempah ok, datang
ramai-ramai. Nikmati potongan 50% diskaun jika korang datang berbuka di sini
pada 3 hari pertama dan 3 hari terakhir di bulan puasa nanti. Untuk pembelian
awal korang bakal dapat 30% diskaun juga. Jadi beli bermula dari 1 May sehingga
21 Mei nanti. Pastikan korang semua datang dan cuba makan Sup Huru Hara ok. Highly recommended !!!
Love,
Kolin
Zainal
bagus banget top abang villa ini
ReplyDelete