Assalammualaikum
dan salam sejahtera
Tipulah
kalau kolin tak jatuh cinta dengan Philip
All In One Pressure Cooker ini. Kalau korang nak tahu ini memang dalam ‘wish list’ kolin selama ini. Dengan nak
menempuh bulan puasa dan hari raya dalam masa sebulan memang lah kita ni nak
cara mudah dan cepat nak menyediakan segala-galanya kan. Jangan tak tahu,
hidangan yang selama ini kita nak siapkan selama berjam-jam boleh siap dalam
masa 30 minit sahaja !!!! Betapa mudahnya kan, dalam mengekalkan rasa tradisi yang
sama, menjimatkan masa dan memang menepati dengan suri rumah zaman moden yang
inginkan segala-galanya
mudah dan ringkas.
Oleh
itu, Philips Malaysia telah melancarkan satu inovasi moden yang kolin percaya
semua yang baca post kolin hari ini terus jatuh cinta. Mana tidaknya proses
panjang jadi sekejap dan lagi penting sedap dan sangat memuaskan. Inilah yang
dimahukan oleh Philips Malaysia dengan kreativiti baru ini mereka dapat
membantu semua warga Malaysia menyediakan hidangan berbuka dan berhari raya
dengan senang. Menurut kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips
Malaysia, Ramadan dan Hari Raya adalah satu masa untuk kita semua berkumpul
sekeluarga. Dalam menyediakan hidangan tradisional seperti rendang, sup atau
kari, kita juga perlu masa untuk beramah mesra kan. Dalam menyediakan makanan,
kita juga perlu masa untuk bersama keluarga kan. Jadi dalam menyediakan makanan
lazat untuk sekeluarga, masa bersama pun dapat dilebihkan sebab hidangan yang
rumit mengambil masa 3-4 jam telah di singkatkan dengan mengunakan Philips
All-In-One Pressure Cooker. Kami turut berkerjasama dengan Chef Marina Mustafa
sempena pelancaran ini dan beliau juga telah berkongsi pelbagai resipi dan tips
memasak yang sihat dan lazat bagi semua pelanggan Philips. Terima kasih ya chef bagi buku resipi cara memasak mengunakan alat ini.
Chef Marina bersama En. Muhammad Ali Jaleel
Dilengkapi
dengan sistem masakan pintar generasi baru menawarkan pelbagai pengalaman
memasak dengan laras yang korang boleh gunakan. Samada masak mengunakan tekanan
atau perlahan dengan mengunakan satu alat sahaja. Nak memasak cepat boleh guna
saute, boleh bakar ke, memanaskan lauk
pauk dan pelbagai lagi. Jangan tak tahu korang boleh buat dodol dalam masa
setengah jam tau !! Itu lah wawasan Philips Malaysia nak mengekalkan hidangan
tradisional dalam gaya mereka yang moden. Philips All-In-One Pressure Cooker
ini boleh menjimatkan masa lebih lapan kali dan masakan rendang tok tu boleh
siap dalam masa 30 minit. Bahagian dalamnya di perbuat daripada aloi aluminium
yang membolehkan ianya bertahan lama dan menawarkan pengaliran haba yang lebih
menyeluruh dan hasil masakan yang sekata. Turut disalut oleh salutan Whitford
keemasan istimewa, anti calar dan tidak melekat. Dengan adanya penjaga masa
yang diprogramkan korang semua hanya perlu letakkan masa masakan dan tunggu
sehingga siap. Tak perlu nak sekejap-kejap buka periuk dan tengok dah masak ke
belum. Yang ini dah sah siap masak selepas waktu yang disetkan berakhir.
Bagi
menambahkan lagi keghairahan korang memiliki barangan ini, kolin nak tambah
lagi informasi yang bakal membuatkan korang seronok. Ada sembilan sistem
perlindungan keselamatan dan sekali dengan pengawal atur tekanan yang dikal
dengan cip mikro. Selepas siap memasak, pengawal atur tekanan yang dipasang
akan automatik melepaskan tekanan yang asa. Jadi Korang tak perlu lepaskan
tekanan secara manual atau menunggu sehingga tekanan tu turun. Jadinya korang
boleh terus menikmati hidangan panas-panas terus dari periuk ni tau. Best kan
!! Harga runcit yang ditawarkan adalah RM799, Philips All-In-One Pressure
Cooker ini boleh dibeli di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan
The Gardens Mid Valley dan bagi yang berada di Johor Bharu korang boleh beli di
Sutera Mall. Bagi warga Petaling Jaya, korang boleh ke Menara Axis dan bagi
tempat-tempat lain korang boleh singgah ke semua rakan runcit dan pengedar sah
Philips di seluruh negara. Bagi yang ingin membeli dalam talian korang boleh ke
www.blip.my dan kedai rasmi Philips di LAZADA www.lazada.com/philips-official-store
dan lebih banyak informasi cara guna dan pelbagai maklumat yang lain korang
boleh klik sini www.philips.com.my/pressurecooker
Tak
sabar nak memasak sempena Ramadhan dan Hari Raya nanti. Kolin pasti lebih
banyak masa dapat kolin jimat dan paling penting hidangan yang masih
mengekalkan tradisi dapat kolin hidangkan buat seisi keluarga.
Tahniah buat kak anie yang menang lucky draw ini !!
Terima
kasih PHILIPS !
Love,
Amboi ada juga hehehe bestkan guna produk Philips ni...
ReplyDelete